BTC USD 61,682.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pegang b.a.b.i lagi bagus..

Al-Hafiz

Active Member
Messages
1,805
Joined
Jan 23, 2010
Messages
1,805
Reaction score
34
Points
30


.....dari pegang perempuan yang tak halal..



189296_168588113191129_113886428661298_337785_2079954_n.jpg







---------------------------------------------------


KISAH LEMBU & ANJING

Lembu : Hai anjing,apa kabar? Macam ada yang tak kena ja?

Anjing : Aku tengah tension ni.Mau ja aku gigit manusia tadi.

Lembu :eh,kenapa ?

Anjing : Aku lalu tepi dua orang manusia lelaki & perempuan yang sedang berkepit.Tetiba si lelaki Terperanjat dan terus melompat dan berkata “hoi anjing!!!Pergi jauh-jauh!!!Najis!!!”

Lembu : Iya lah.Kau kan haram.Najis tahap berat bagi manusia .Biasalah tu.

Anjing : Kalau aku najis sekali pun,kalau dya tersentuh aku,boleh disamak kan.Yang dya sentuh & raba -raba awek dya tu apa?Boleh ka nak samak dosa?

Lembu : Betul tu.Memegang wanita yang bukan mahram tanpa ikatan sah lebih dasyat kenajisannya dp Memegang kau anjing,malah tak boleh suci sekalipun di samak.

Anjing : Wah…Ayat ko memang power la.

ANJING dan B.A.B.I adalah makhluk Allah sama seperti kita. Kekuatan manusia adalah pada iman dan akal fikiran.Menilai sesuatu perkara baik dan buruk, kemudian baru tindakan di buat.Ini adalah perbezaan di antara pegang ANJING dan B.A.B.I berbanding pegang BUKAN MAHRAM

Sekiranya kita saja PEGANG ANJING atau B.A.B.I:


1) TAK BERDOSA

2) KENA SAMAK

3) BERDOSA JIKA KITA MAKAN DAGING

Kalau saja pegang BUKAN MAHRAM pula:

1) BERDOSA

2) AURAT TIDAK DIJAGA, TENGOK HARAM

3) BERDUA-DUAAN BERPEGANG TANGAN BOLEH TIMBUL FITNAH DAN HARAM

4) MENGHAMPIRI ZINA YANG BOLEH TERJEBAK DENGAN ZINA YANG KEJI


5) KENA MINTAK AMPUN KEPADA ALLAH DENGAN BERTAUBAT


“Bergerombolan dengan b.a.b.i (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan(secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahramnya.” Riwayat Ibnu Majah

Berdasarkan hadith di atas, jelas sekali Islam melarang keras lelaki dan perempuan yang bukan mahram untuk bersentuhan, sehingga dikatakan menyentuh kulit khinzir adalah lebih baik daripada menyentuh kulit orang yang bukan mahram kita. Khinzir tu dah dikira sehina-hina makhluq pada pandangan kita, orang Islam. Tapi lihatlah, ternyata rupa rupanya, ada lagi yang lebih hina daripada tu. Orang yang membiarkan dirinya disentuh oleh orang yang bukan mahram itulah yang ternyata lebih hina daripada khinzir!

Bersentuhan (dengan sengaja dan apatah lagi bertujuan syahwat) antara lelaki dan perempuan bukan mahram tanpa adanya ikatan pernikahan yang sah adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing/ khinzir tidaklah berdosa dan hanya perlu disucikan melalui samak (bukan bertaubat!). Ini kerana, yang diharamkan ke atas kita adalah untuk memakan dagingnya, dan bukanlah menyentuhnya. Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh pasangan bukan mahram yang tidak halal bagi seseorang itulah yang dikira sebagai dosa dan maksiat!
 
mmg tajam ayat dia...i like :D
 
hadis daif... rujuk ustaz...
 
hadis daif... rujuk ustaz...

riwayat ibnu majah

kalau hadis dhaif adalah soalnya..maka ketepikan hadis itu

tapi intipatinya

memegang wanita bukan muhrim yg tidak halal adalah berdosa

memegang anjing dan b4bi bukan dosa

pegang perempuan, menaikkan nafsu syahwat untuk menggalakkan lagi buat yg bukan2
pegang b4bi, adakah menaikkan selera kita untuk makan dia?
 
Kalau post kat facebook mesti ramai yg terasa
 
Back
Top
Log in Register