BTC USD 62,571.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pecah Rumah: 'Geng Macho Serdang' Diberkas

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Polis menahan empat lelaki yang dikenali sebagai 'Geng Macho Serdang' dalam satu serbuan pada Khamis kerana disyaki terlibat dalam jenayah pecah rumah.

Ketua Polis Daerah Serdang Supt Abd Razak Elias berkata dua lelaki ditahan ketika cuba memecah masuk sebuah rumah di Bandar Kinrara pagi Khamis, manakala dua lagi rakan mereka ditahan selepas polis menyerbu sebuah kondominium mewah di Cheras.

Beliau berkata polis bertindak hasil maklumat seorang jiran di Bandar Kinrara yang mengesyaki ada orang cuba memasuki rumah terbabit dengan meletakkan kereta di depan rumah mangsa.

Polis kemudian mengepung rumah itu dan berjaya menahan suspek, katanya kepada pemberita pada Jumaat.

Selepas itu, polis menyerbu sebuah kondominium mewah, dipercayai didiami keempat-empat lelaki dan menahan dua rakan suspek serta menemui peralatan yang digunakan untuk aktiviti pecah rumah.
 
nama geng xleh blah....hahahahahaha.....macho2 gi ngurat janda kaya lg bagus...hahahahaha....
 
nasib baik macho...kalau x dh mati kena tembak...
 
Back
Top
Log in Register