BTC USD 85,694.7 Gold USD 4,341.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pecah rekod dunia angkat berat dalam air.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,719
Points
191
PARIS – Seorang lelaki berjaya memecah rekod dunia apabila mengangkat satu bebanan seberat 50 kilogram sebanyak 36 kali ketika berada di dalam air.

Lelaki tersebut, Gerald Rioual mengangkat bebanan berkenaan dalam tempoh 90 saat ketika menyelam di dalam air tanpa memakai sebarang alat bantuan pernafasan.

Rioual berkata, dia mendapat idea untuk memecah rekod berkenaan selepas membaca Buku Rekod Dunia Guinness bersama dua anaknya.

“Dalam buku itu ada menyatakan bahawa rekod dunia mengangkat bebanan dalam air dipegang oleh lelaki Itali, Marcello Paredi yang berjaya mengangkat bebanan sebanyak 20 kali pada tahun 2010.

“Saya memberitahu anak saya bahawa saya mampu untuk memecahkan rekod yang dipegang oleh Paredi itu,” katanya.

Rioual turut merakamkan aksinya memecahkan rekod dunia tersebut dan memuat naik video berkenaan di laman perkongsian video YouTube. – Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1111&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm

YouTube - AKSI Riqual ketika mengangkat bebanan seberat 50 kilogram sebanyak 36 kali di dalam air sekali gus memecahkan rekod dunia.


du_07.1.jpg
 
Amik terus masuk kt misteri,,,kerana dia perenang,,kapasiti udara dlm paru2 dia lebih berbanding manusia biasa
 
wow lama tu kalau aku paling mala pun 30saat je
 
Bukan ke berat akan berkurang dlm air? Setakat 50kg akan terasa mcm angkt 30kg je
 
aku pulak nak angkat ringan dalam air...
 
Bukan ke berat akan berkurang dlm air? Setakat 50kg akan terasa mcm angkt 30kg je

penggunaan oksigen tinggi sbb dia melakukan kerja berat tu. tahan napas lagi.... huhu
 
Back
Top
Log in Register