BTC USD 63,660.0 Gold USD 4,469.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pecah cermin kereta curi duit syiling

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
PENDANG – Beberapa pencuri bertindak memecahkan cermin kereta bahagian hadapan penumpang sebuah kereta kancil milik peniaga dobi bagi mengambil wang syiling yang diletakkan dalam laci kereta terbabit.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 malam itu, peralatan lain di dalam kereta kancil yang diparkir di hadapan sebuah kedai dobi dekat Taman Wawasan Batu Menunggul itu bagaimanapun tidak diambil.

Abang pemilik dobi berkenaan, Shukri Jusof, 51, berkata, dia mengetahui kejadian itu setelah dihubungi pembantu kedai yang datang untuk membuka kedai itu pada waktu pagi dan terkejut melihat cermin kereta bahagian terbabit pecah.

“Kereta itu adalah untuk kegunaan kedai dobi mengambil dan menghantar pakaian pelanggan.

“Kedai kami mula beroperasi dari jam 8 sehingga 9 malam dan saya pulang ke rumah kira-kira jam 12 malam mendapati keadaan kereta itu masih elok,” katanya.

Difahamkan kejadian itu merupakan kali pertama sejak membuka perniagaan di situ.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/pecah-cermin-kereta-curi-duit-syiling-1.37427
 
Back
Top
Log in Register