eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
BESUT: Sekumpulan penjenayah memecah bilik kebal sebuah pusat menjual senjata api dan peluru berlesen yang beroperasi di belakang sebuah klinik di Kampung Alor Lintang di sini sebelum melarikan dua pucuk pistol dan 55 butir peluru, kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Fauzi Abduri, berkata kejadian itu hanya disedari seorang pekerja ketika mahu membuka premis berkenaan, kira-kira jam 9 pagi semalam.
Menurutnya, pusat jualan senjata api dan peluru itu milik seorang lelaki yang dikendalikan sejak Jun 2006, manakala klinik terbabit milik isterinya.
Katanya, penjenayah disyaki memecah masuk premis berkenaan antara jam 5.30 petang kelmarin hingga jam 9 pagi semalam selepas kedai itu ditutup.
Pemilik itu membuat aduan di Balai Polis Kampung Raja, kira-kira jam 10 pagi.
“Suspek dipercayai lebih daripada seorang menceroboh masuk dengan mengumpil pintu sisi klinik menggunakan kuku kambing. Bagaimanapun, tindakan itu tidak menjejaskan tiga kunci mangga yang dipasang pada pintu berkenaan.
“Penjenayah melarikan dua senjata api iaitu pistol Baretta .32 dan pistol pelepas ME.380 (lapua), lima peluru .32 serta 50 peluru 9mm/.380 kaliber. Status pistol berkenaan belum dapat disahkan,” katanya.
Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum lebih lima tahun serta denda.
Katanya, kes itu yang paling besar membabitkan kecurian kedai menjual senjata api dan peluru di Terengganu setakat ini.
Sementara itu, pemilik premis berkenaan, Wan Zali Wan Abdul Kadir, berkata dia hanya menyedari kejadian itu selepas dihubungi seorang pekerjanya yang mahu membuka kedai berkenaan kira-kira jam 9 pagi semalam.
Menurutnya, ketika kejadian, dia berada di Kota Bharu kerana ada urusan perniagaan selepas menutup perniagaan kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.