Dobit127
Active+ Member
- Messages
- 2,890
- Joined
- Oct 29, 2007
- Messages
- 2,890
- Reaction score
- 87
- Points
- 45
GEORGETOWN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia memberikan kerjasama penuh kepada Filipina bagi mendapatkan kepastian mengenai tiga rakyat Malaysia yang didakwa terbunuh dalam serangan kubu kuat kumpulan Abu Sayyaf di Sulu, wilayah selatan negara itu, awal bulan ini.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar, berkata pihak PDRM masih menunggu maklum balas daripada pihak berkuasa Filipina mengenai status sebenar yang berlaku di situ.
Katanya, pihak berkuasa negara itu masih menghadapi kesukaran mencari mayat dan ujian DNA untuk mengesahkan identiti mayat masih tidak dapat dilakukan.
“Saya percaya pihak berkuasa Filipina sedang berusaha untuk mendapatkan sampel DNA mayat dan kami bersedia untuk memberikan kerjasama sepenuhnya berhubung perkara yang mereka minta,” katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan kerja ke Pasar Pulau Tikus di sini semalam.
Sebelum ini, tentera Filipina mengumumkan warga Malaysia, Zulkifli Abdul Hir@Marwan yang juga pemimpin kanan Abu Sayyaf dan Jemaah Islamiah Singapura antara yang terbunuh dalam serangan tentera Filipina ke atas kubu kuat kumpulan Abu Sayyaf dan pertubuhan Jemaah Islamiah (JI) itu.
Dalam laporan baru-baru ini menyatakan pihak berkuasa Filipina gagal menemui mayat Zulkifli bersama dua anggota Darul Islam Sabah, Amin Bacho dan Jeknal Adil dan mereka yang berkemungkinan masih hidup dipercayai telah meninggalkan Pulau Jolo.
Khalid yang tidak menolak kemungkinan mereka ini masih hidup, berkata segala persoalan akan terjawab apabila kerajaan Malaysia memperoleh keputusan DNA dari negara itu. – BERNAMA