BTC USD 85,851.0 Gold USD 4,315.67
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PDRM bantu PDN

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

NOOR RASHID IBRAHIM (berdiri) beramah mesra dengan anggota polis yang menderma darah selepas merasmikan Program Derma Darah Sempena Peringatan Hari Polis Ke-208 di Subang Jaya, Selangor, semalam. BERNAMA​

SUBANG JAYA 18 April - Anggota polis dijangka menjadi antara penyumbang bekalan darah terbesar kepada Pusat Darah Negara (PDN) menjelang tahun hadapan apabila satu pelaksanaan khas sedang dirancang Polis Diraja Malaysia (PDRM), tidak lama lagi.

PDRM dijangka melaksanakan program derma darah secara berkala yang memerlukan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada 130,000 penjawat polis dan kakitangan awam institusi itu berbuat demikian setiap tahun.

Tiada paksaan atau kewajipan untuk melakukan aktiviti itu, namun perkara itu dilakukan sebagai salah satu tanggungjawab dalam melindungi dan menyelamatkan nyawa orang awam.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim memberitahu, walaupun perkara itu masih dalam peringkat kajian, namun usaha keras telah dilakukan di setiap kontinjen dan daerah seluruh negara.

“Buat masa ini, kempen sebegitu dilaksanakan ketika sambutan Hari Polis sahaja namun polis akan mengaturkan satu program derma darah secara berjadual yang akan dilakukan oleh anggota atau pegawai polis sendiri.

“Dalam memastikan kejayaan program ini, kita menyasarkan Indeks Prestasi Utama (KPI) sebanyak 10 peratus atau seramai 13,000 polis menderma sepanjang tahun. Kita tidak mewajibkan setiap polis melakukan itu sebaliknya hanya dilakukan secara sukarela,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Kempen Menderma Darah sempena Hari Peringatan Polis di Kompleks Beli-belah Subang Parade, di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Pengarah Pusat Derma Darah Negara, Dr. Norhayati Abu Amin dan Pengurus Kanan Su- bang Parade, Nik Azlan Nik Aman.

Sementara itu, Dr. Norhayati berkata, pihaknya menyambut baik cadangan yang bakal dilaksanakan PDRM itu dan berkata, bekalan darah daripada anggota polis memberi impak besar kepada PDN.

Katanya, langkah itu juga dijangka memberi perubahan besar kepada seluruh hospital jika KPI 13,000 orang pegawai dan anggota polis menderma darah dapat dicapai setiap tahun.

“Kita perlu menghantar hampir 500 beg darah kepada hospital di seluruh negara pada setiap masa dan jangka hayat darah yang diperoleh adalah antara lima hingga 42 hari sahaja.

“Jadi apabila 13,000 polis melakukan program derma darah secara berkala, bayangkan sebesar mana bantuan yang mampu diberikan kepada mereka yang memerlukan. Untuk rekod pada tahun 2013 sahaja, sebanyak 624,000 beg darah berjaya dikumpul,” katanya.

Ujar beliau, PDRM sebelum ini sentiasa memainkan peranan penting terhadap PDN kerana jika terdapat kesuntukan bekalan darah, institusi itulah yang menjadi sumber utama.
 
Back
Top
Log in Register