BTC USD 60,920.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PDRM ada unit tembak jatuh dron

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
AF2498526_1474623318.jpg

dron_1538194642.jpg

DoOi_GQU0AAYAN4.jpg

PDRM melakukan pemantauan rapi larangan penggunaan dron sepanjang proses penamaan calon PRK Port Dickson di Dewan MPPD, pagi tadi. - Foto Mohd Khidir Zakaria

Orion-anti-drone-03.jpg

PORT DICKSON: Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan pemantauan rapi larangan penggunaan dron sepanjang proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), pagi tadi.

Tinjauan NSTP mendapati dua pegawai polis dilengkapi senjata Orion-7 MP untuk menembak dron, berkawal di sekitar kawasan MPPD.

Kelengkapan itu dikendalikan Asisten Superintendan Wee Beng Chuat dan dibantu Inspektor Mohd Ahya Abd Hadi serta Koperal Adreen Abdullah.

Mereka bertanggungjawab untuk bertindak jika mengesan penggunaan dron di kawasan berkenaan.

Mohd Ahya berkata, senjata itu berupaya menembak dron jarak maksimum efektif sejauh dua kilometer.

"Arahan sudah diberi dan kami bersedia jika ada yang ingkar.

"Ia dilakukan demi keselamatan orang ramai. Alat ini turut digunakan di PRK Seri Setia lalu,” katanya.


https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/09/479438/polis-sedia-tembak-dron
 
Dron boleh digunakan utk letak bom ..jd unit nie mmg diperlukan
 
caya lah PDRM.. sentiasa seiring dgn teknologi semasa :)cgrock
kalo x .. nnti kn gelak je ngan org jahat..
 
Mcm senapang starship troopers
 
POLIS PANTAU PENGGUNAAN DRON

Langkawi, 27 Mac 2019 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan pemantauan rapi larangan penggunaan dron sepanjang Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2019 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), pagi tadi.


Kelengkapan itu dikendalikan pegawai dan anggota Unit Dron 'Drone Detector & Drone Jammer' Pasukan Gerakan Udara (PGU) Bukit Aman diketuai DSP Rasha Azaldin dan dibantu ASP Wee Beng Chuat serta Sarjan Muhammad Adreen.

Mereka bertanggungjawab untuk bertindak jika mengesan penggunaan dron di kawasan berkenaan. Senjata itu berupaya menembak dron jarak maksimum efektif sejauh dua kilometer.

Menurut peraturan am yang terkandung dalam kenyataan dimuat naik penganjur pada laman Facebook rasmi LIMA’19 sejak Ahad lalu, pengunjung dilarang menerbangkan dron atau kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) di tapak pameran.


 
Back
Top
Log in Register