tr4falgar
Legendary Member

- Messages
- 14,155
- Joined
- Oct 14, 2012
- Messages
- 14,155
- Reaction score
- 2,468
- Points
- 266
hehe, terima kasih quote saya tn Sniper .. baru bangun, ada oncall pulak
saya pernah alamni situasi camgini, jika sebelum ni PC ok tapi tiba2 tunjuk isu sepertimana atas;
1. tanggalkan semua IDE / SATA dan power soket dari devices
2. jika guna RAM dua atau lebih slot, keluarkan dan hanya guna satu slot primary (ada ditanda dalam board contoh DIMM1 / DIMM2, dalam situasi ni guna DIMM1 sahaja,lain keluarkan
3. jika ada graphic card dipasang, tanggalkan guna Onboard Display pada motherboard
4. keluarkan CMOS battery (CR2032) dari motherboard dan tanggalkan power-cord dari power supply
5. naikkan / alihkan jumper CLRTCMOS ke atas (seperti gambarajah bawah)
6. pasang power-cord dan ON komputer (tunggu dalam 10 - 15 saat), kalau ada display tekan kekunci DELETE untuk masuk bios (board ni guna DELETE bukan F1 atau F12), jika ada display
7. biasanya bila reset CMOS xder display, usah risau .. ok lepas dah buat arahan no. 6, cabut power-cord dari PSU
8. alihkan kembali jumper CLRTCMOS tadi ke lokasi asal
9. pasang power-cord kembali, on komputer .. pastikan hanya RAM sahaja dipasang, power / SATA / IDE ditanggalkan
10. lihat jika ada paparan di skrin
reply sini selepas arahan no. 10 dan jangan cemas, rilek masa buat ..
ini user manual untuk board tersebut, kalau boleh bookmark / download dan simpan untuk rujukan https://workupload.com/file/htpuCSs8
macam mana bos, dah test?
ok den nak hapdet..
mula skali den nak ucap terima kasih dan nak mintak maaf pada abam @Xploit Machine .. cara yg diberikan agak kurang detail nya.. utk org yg ada ilmu tentang pc, insyaallah mereka bole faham .. tapi bagi org yg baru2 nak belajar, mgkn mereka akan stuck kat satu peringkat, jadi izinkan den cuba detailkannya .. ni apa yg den buat mlm semalam.. dan pc den berjaya hidup kembali dgn langkah2 dibawah ini..
1. tanggalkan semua IDE / SATA dan power soket dari devices
2. jika guna RAM dua atau lebih slot, keluarkan dan hanya guna satu slot primary (ada ditanda dalam board contoh DIMM1 / DIMM2, dalam situasi ni guna DIMM1 sahaja,lain keluarkan
(seeloknya cabut semua ram, gunakan pemadam dan gosok pada bahagian pin yang bewarna gold, jika ada byk ram, cuba pasang satu dlu, kalo masih tak ok, bole cuba guna ram yg lain, agak jarang jika ada byk ram, semua skali akan rosak serentak)
3. jika ada guna graphic card, tak perlu tanggalkan (sebab den tak tanggalkan pon semalam), hanya cabut cable dari graphic card dan pasang pada Onboard Display pada motherboard
(ini utk pastikan yg graphic card tak rosak)
4. keluarkan CMOS battery (CR2032) dari motherboard .
5. cari jumper CMOS ada yg dekat ngan bateri CMOS ada yg jauh, utk kes den ia jauh dari bateri cmos, kat motherboard mmg ada tulis, den pnya ada 3 pin dan dia duk kat pin 1 & 2 (seperti gambarajah 1) cabut benda biru tu dari tempat asal dia, pindahkan pada pin 2&3 pula.. , ada juga yg takde jumper biru tu, kalo anda punya ada 2 pin sahaja (contoh gmbr kedua) , guna apa2 konduktor (contoh testpen, skru driver, tweezer atau apa2 besi.. sentuhkan pada kedua2 pin tu dlm bbrp saat (contoh mcm mana nak sentuh, ikut gambarajah 3)
tulisan tu tak sama.. ada yg tulis CLEAR CMOS, CLEAR, CLR CMOS , CLR PWD .. ikut pada motherboard anda..
1 2 3
6. dah buat tu semua, cabut power plug, dan tekan button on dalam 10saat ..
7. selesai tekan button on selama 10saat tu, kembalikan semula benda biru tersebut ketempat asal (jika anda punya ialah jenis 3 pin) dan pasang bateri CMOS , jika dua pin, tak perlua buat apa2, terus pasang bateri CMOS je ..
8. pasang semua cable2 yg anda cabut pada permulaan tadi .. baca Bismillah dan tekanlah button on dgn hati yg tenang.. jika hidup, sebutlah Alhamdulillah.. jika tidak, sebutlah Innalillah
harap anda boleh faham dengan penjelasan den ini .. jika ada yg tak faham atau ada yg den tersilap, silalah tegur dan betulkan kesilapan den..
semoga tulisan ini bermanfaaat ...