wslm..
mana nk tgk tu??
)
)
adeiii...cpu skang ade kat kedai da..xdpt nk cek..~X(
Salam, label certificate 80+ gold, silver atau bronze ini menunjukkan efficiency PSU untuk penggunaan elektrik. Ia juga menunjukkan efficiency power loss serta kepanasan yang terjadi semasa penggunaan PSU tersebut pada PC.
Jadi jika korang guna PSU yang ada certificate 80+ gold, jadi sepatutnya bill elektrik korang rendah sedikit jika pakai PSU yang takda cert 80 tu.
PC yang restart ni ada beberapa hardware yang perlu di periksa.Dan selalu nya simptom ini adalah masalah overheating atau tak cukup power.
Untuk masalah overheating:
1.Check kipas, heatsink serta thermal compound Processor.Sila periksa heatsink betul2 rapat dengan permukaan processor.
Check juga kipas serta heatsink Grafic card tu skali.Buat pemerhatian secara fizikal serta software.Kalau untuk periksa tempreture hardware, selain kat
bios, software yang boleh diguna
HW monitor , combine sekali dengan stabiliti software tester contohnya
Pcmark7.
Untuk masalah tak cukup power.
1. Ada 2 harware yang perlu diperiksa PSU serta motherboard PC.
Untuk PSU, boleh cuba guna PSU lain yang dipastikan ok.atau cuba lihat dekat Bios, bahagian Power, voltage yang dibekalkan ok ke tak.
Untuk motherboard, biasanya adalah masalah kapasitor bocor macam ada forumer sebutkan sebelum ini.tapi kapacitor bocor ni ada macam-macam jenis dia, ada yang kita boleh nampak secar fizikal dia bocor sebab kapacitor dah pecah ada yang kita tak nampak jadi kena periksa guna multi meter kalau kembung (tak bocor) pun dah kira tak bagus dah.
Disini saya sebutkan beberapa simptom dan kerosakkan yang mungkin korang akan alami jika kapacitor pada motherboard korang mengalami kerosakkan.Tanda-tanda ini mungkin akan dialami ataupun tidak,tapi korang boleh refer pada post ni untuk agak apa yang rosak pada PC:
- Motherboard tak dapat POST (keluar logo brand Motherboard atau system cheking).
- Memory Test Fails.
- System kadang-kadang atau selalu reboot dengan sendiri.
- Operating System tak boleh nak loading Startup atau install(lepas format).
- System kadang-kadang atau selalu freezes (hang).
- Kadang-kadang atau selalu dapat 'Blue Screens of Death'(BSOD) atau hard freeze bila dalam keadaan hdd heavy laod drive activiti (Either RAID, SCSI, atau standard ATA)
- CPU temps agak tinggi dari yang sepatutnya walaupun dalam keadaan idle.
- Motherboard mengalami blankscreen
http://wangsamajucomputerrepairservices.blogspot.com/2011/08/baik-pulih-motherbord-foxcon-blank.html