BTC USD 60,548.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Patah pinggul dirempuh kereta

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
Kuala Pilah: Seorang lelaki parah selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta dari arah bertentangan petang kelmarin.

Kejadian jam 4.40 petang di Kilometer 27.5 Jalan Seremban-Kuala Pilah itu membabitkan kereta Proton Persona, sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Fortuner dan motosikal.

Ketua Polis Daerah Superintendan Azmi Abdul Rahim berkata, kejadian berlaku apabila kereta Proton Persona dinaiki sepasang suami isteri dari arah Seremban ke Kuala Pilah hilang kawalan.

Katanya, kereta dipandu lelaki berusia 60-an itu memasuki laluan bertentangan dan terbabas ke dalam longkang selepas merempuh motosikal Honda Wave 125 ditunggang Mohd Zulkairil Amri Abu Bakar, 27, sendirian dari arah Kuala Pilah ke Seremban.

“Akibat rempuhan kuat, Mohd Zulkairil tercampak ke belakang lalu terhempas di atas kenderaan pacuan empat roda dinaiki sepasang suami isteri berusia 30-an dan terjatuh di atas jalan raya.

“Cermin hadapan pacuan empat roda pecah turut pecah manakala motosikal mangsa tersangkut di cermin sisi sebelah kanan,” katanya.

pix_gal1

Foto
KEADAAN kereta yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Seremban menghala Kuala Pilah, semalam.

Menurut Azmi, Mohd Zulkairil mengalami patah pergelangan tangan kiri dan pinggul dihantar dengan ambulans ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) bagi menerima rawatan lanjut.

“Manakala pemandu dan penumpang kedua-dua buah kereta tidak mengalami kecederaan,” katanya memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Patahpingguldirempuhkereta/Article/index_html
 
Back
Top
Log in Register