BTC USD 61,610.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pasukan Mercy ke Sumatera Barat

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR 1 Okt. - Dua pegawai Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia) berlepas ke wilayah Sumatera Barat, Indonesia hari ini dalam misi bantuan kemanusiaan kepada mangsa gempa bumi di negara itu.

Mercy Malaysia dalam satu kenyataan di sini memberitahu, dua ahli tersebut ialah Pegawai Kanan Program Mercy Malaysia, Maria Lauranti dan seorang sukarelawan, Oh Boon Haan.

Mereka berlepas ke wilayah negara itu dengan penerbangan AirAsia untuk menyertai pasukan perubatan lain di negara tersebut.

Kenyataan itu menambah, Mercy Malaysia akan turut menghantar bantuan keperluan asas kepada mangsa gempa bumi tersebut seperti ubat-ubatan, peralatan untuk tempat perlindungan sementara dan bekas untuk mengisi air bersih.

Mereka yang prihatin boleh menyalurkan sumbangan Dana Kemanusiaan Mercy Malaysia menerusi nombor akaun CIMB bank iaitu 1424-000-6561053 atau Maybank 5621-7950-4126
 
Back
Top
Log in Register