Xploit Machine
CG Hardcore Club

- Messages
- 73,458
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 73,458
- Reaction score
- 7,735
- Points
- 916
25.06.2019 - Bachok, Suami isteri cedera selepas bergelut dengan peragut dalam kejadian di Kampung Keting di Bachok, pagi hari ini.
Dalam kejadian 11 pagi tadi, mangsa Alias Awang, 64, parah di tangan dan kaki kanan manakala isterinya, Rahimah Mat Hasan, 56, cedera di mulut.
Alias kini masih di wad kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu untuk rawatan.
Rahimah pula sudah dibenarkan pulang selepas mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Klinik Kesihatan Gunung, Bachok.
Anak mangsa, Mohammad Ayub Alias, 35 berkata, ketika kejadian ibu bapanya dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Pauh Lima, Bachok dengan motosikal Honda Ex5 selepas mendengar kuliah agama di Pasar Selasa di Kampung Kedai Menanti, Pasir Puteh.
Katanya, sebaik keluar dari Pasar Selasa, ibu bapa dikejar dua peragut yang turut menaiki motosikal dari arah Kedai Menanti ke Kampung Keting, Bachok.
Menurut cerita ayah, dua peragut itu tiba-tiba mengejar mereka dan cuba merampas beg yang diletakkan di atas riba mek (ibu).
Tindakan itu menyebabkan ayah dan mek terjatuh daripada motosikal menyebabkan mereka cedera teruk.
Seorang daripada peragut cuba merampas beg, namun gagal apabila mek sempat memulas tali beg dan kebetulan penduduk kampung melalui jalan itu menyebabkan dua peragut melarikan diri, katanya ketika dihubungi, hari ini.
Ayub berkata, pihaknya akan membuat laporan polis sebaik selesai mengurus bapanya masuk wad di HRPZII, Kota Bharu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah ketika dihubungi meminta keluarga mangsa segera membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.
Berita asal https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/06/469089/peragut-jahanam

Terima 60 Jahitan
25.06.2019 - Bachok, “Tiada maaf buat peragut kerana menganiaya orang tua seperti kami hanya untuk dapatkan duit dengan mudah,” kata suri rumah yang cedera bersama suami akibat diragut di Kampung Keting, Bachok, kelmarin.
Rahimah Mat Hasan, 56, berkata, dia dan suami, Alias Awang, 64, menerima lebih 60 jahitan di bahagian mulut, lengan, kaki kanan dan kedua-dua belah betis selepas terjatuh dalam parit akibat bergelut dengan dua peragut.
Katanya, dia sendiri menerima 20 jahitan di mulut dan sakit seluruh tubuh manakala keadaan suami lebih teruk apabila parah terkena jalan raya.
“Keadaan suami sendiri memang sudah tidak sihat memandangkan dia baru menjalani pembedahan membuang usus pada 2016 lalu dan sekarang pula perlu menanggung kesakitan akibat peragut menyebabkan kesihatannya bertambah teruk.
“Sebab tu sukar saya nak maafkan peragut itu, tambahan pula kami berdua pernah kena ragut pada dua tahun lalu di Kubang Kerian. Sekarang saya jadi trauma nak pergi ke mana-mana,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pauh Lima, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian jam 11 pagi kelmarin, Rahimah dan suami diragut dua lelaki menunggang motosikal selepas pulang mendengar kuliah agama di Pasar Selasa di Kampung Kedai Menanti, Pasir Puteh.
Ketika tiba di kawasan sawah padi di Kampung Keting, Bachok kira-kira 50 meter dari pasar, motosikal EX5 yang dinaiki dikejar dua peragut sebelum pembonceng cuba meragut beg tangan di riba Rahimah.
Rahimah berkata, dia mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Gunung manakala suami mendapatkan rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), di sini dan baru dibenarkan pulang malam, semalam.
“Mak cik tak nampak wajah mereka sebab mereka berdua memakai topi keledar yang menutup muka mereka. Cuma mak cik ingat pemboncengnya bertubuh kurus,” katanya.
Bagi Alias pula, dia berharap masyarakat mengambil iktibar kejadian menimpanya dan isteri apabila meletakkan beg tangan di tempat terdedah kerana boleh mengundang jenayah.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, pihaknya sudah menerima laporan berhubung kejadian itu .
“Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan akibat meragut. Polis berusaha memburu suspek,” katanya.
![]()
![]()
![]()
Berita asal https://www.hmetro.com.my/utama/2019/06/469523/luka-berjahit-60-kali