qba437
CG Top Poster Club

- Messages
- 32,538
- Joined
- Oct 20, 2008
- Messages
- 32,538
- Reaction score
- 92
- Points
- 120
The Malaysian Insider melaporkan hari ini Pakatan Rakyat bersetuju kepada satu polisi bersama untuk ditubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja untuk menangani isu-isu antara ugama.
Menurut laporan tersebut, Pakatan Rakyat termasuk PAS bersetuju mengatur satu mekanisma lengkap berkenaan kes-kes di mana terdapat pertindihan isu antara mahkamah syariah dan mahkamah sivil.
Persoalan di sini adalah adakah Suruhanjaya yang dimaksudkan adalah satu Suruhanjaya berupa badan yang khusus untuk membuat kajian dan membuat syor atau satu badan berupa perlaksana?
Memang ada ruang untuk diperbaiki dalam hal-hal pentadbiran dan perlaksanaan undang-undang berkenaan agama Islam dan agama lain. Barisan Nasional juga sentiasa mencari jalan dan berusaha mencari penyelesaian kepada permasaalahn antara agama yang mutakhir ini sering timbul.
Masaalah antara agama adalah sesuatu yang rumit kerana agama sering membangkitkan emosi masyarakat. Seseorang individu mempunyai ikatan kuat dengan fahaman ugama masing-masing dan mahukan kesinambungan untuk keluarganya sendiri.
Yang menambahkan kerumitan kepada isu antara agama adalah kecenderungan aktivis undang-undang Majlis Peguam yang seringkali menggunakan isu demikian untuk membangkitkan persoalan Perlembagaan.
Majlis Peguam mempunyai kecenderungan yang jelas kepada pejuangan hak asasi manusia ala barat yang lebih mengagungkan undang-undang manusia, dan berfikiran sekular dan liberal ala barat. Pemikiran mereka bercanggah dengan agenda pembangunan negara bangsa Malaysia yang berteraskan semangat Perlembagaan yang sudah dipersetujui oleh bapa-bapa kemerdekaan kita dan budaya spiritualisma timur..
Isu antara agama seringkali adalah isu keluarga atau isu pentadbiran yang mana bidang kuasa dan persuratan dan semangat undang-undang sudah jelas. Disebabkan kehadhiran aktivis undang-undang ini yang mempunyai agenda tersembunyi, perselisihan antara agama sering kali diperbesar-besarkan menjadi isu perundangan dan bukan ke arah mencari penyelesaian.
Aktivis undang-undang ini kebanyakkannya bukan aktivis ugama dan ramai antara mereka bukan pengamal ugama yang tulin. Mereka mengambil peluang konon-konon untuk memperjuangkan hak beruagma tetapi sebenarnya mencari peluang untuk merombak artikel-artikel tertentu dalam Perlembagaan
Bagaimanakah Suruhanjaya Diraja yang mahu dibawa oleh Pakatan Rakyat? Adakah ianya berupa badan mencari maklumat dan platform perbincangan untuk disyorkan kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung?
Bagaimana pula jika ide Suruhanjaya Di Raja yang disebut adalah menyerupai gagasan Interfaith Commission yang dimajukan oleh kumpulan MCCBHS pada tahun 2001?
Pada tahun 2001, PAS turut sama dengan NGO-NGO ugama lain menentang gagasan tersebut.
Harus difahami bahawa sebarang badan tetap yang diberi kuasa, tidak kira apa nama sekali pun diberi, untuk menyelesaikan isu antara agama bermakna kedudukannya mengatasi bidang kuasa Jabatan Agama Islam Negeri yang jatuh dibawah kuasa Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama. Ia juga akan merendahkan kedudukan Agama Islam sebagai Agama Persekutuan dan boleh meletakkan kedudukan Mahkamah Syariah di bawah Mahkamah Sivil.
Pendirian PAS dalam hal begini tidak lagi boleh dijangka kerana PAS kini sanggup lakukan apa saja demi kuasa dan undi.
Walaupun Presiden PAS, Haji Hadi masih menyebut di Seminar PAS baru-baru ini untuk kekal dengan agenda Negara Islam, adakah dia berupaya menentang tekanan kumpulan Erdogan dalam PAS yang diketuai Nik Aziz dalam kegilaan kuasa bersama Anwar tanpa kira kompromi yang perlu dilakukan?
Jika kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan pun PAS tidak boleh dipertahankan, Hadi harus lupakan saja gagasan Negara Islam yang lebih komprehensif dan merangkumi lebih luas ruang.
PKR dan Pakatan Rakyat kini mendapat sokongan ramai aktivis undang-undang yang memperjuangkan liberalisasi agama dalam Perlembagaan. Aktivis ini kebanyakkannya tepat untuk dianggap sebagai anti-agama kerana mereka bukan pengamal ugama ataupun adalah sebenarnya atheis seperti Harris Ibrahim, Malik Imtiaz, Irene Fernandez, dan lain-lain.
Adakah PAS sedar siapa rakan kongsi politik mereka? Fahamkah apa yang telah PAS persetujui? Jika mereka tidak sedar dan faham, mereka ini jauh lebih bijak dan cekap dari PAS dan bersedialah untuk dikaldai dan dilembukan.
Sumber: