BTC USD 62,043.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PAS ramal tsunami Islam pada PRU14

demimasa

Active+ Member
Messages
2,824
Joined
Jan 20, 2010
Messages
2,824
Reaction score
409
Points
41
Mendakwa mempunyai asas untuk menganggap DAP, Gerakan dan MCA sebenarnya bermain wayang di belakang tabir, Pusat Penyelidikan PAS (PPP) mendakwa, akan berlaku "tsunami Islam" pada pilihan raya umum akan datang.

Pengarah PPP, Dr Mohd Zuhdi Marzuki, berkata tindakan mana-mana pihak bersekongkol untuk menghalang umat Islam di negara ini memenuhi hak asasi mereka bernaung di bawah undang-undang syariah hanya akan memburukkan hubungan harmoni sesama rakyat Malaysia.

Memetik pandangan seorang ahli akademik, Mohd Zuhdi seterusnya berkata, tentangan parti terbabit terhadap usaha PAS meminda Akta 355 akan menjana tsunami Islam.

Perkembangan itu, menurut anggota Jawatankuasa Pusat PAS itu, akan memastikan pihak yang antisyariah Islam dikalahkan.


"Seperti ditulis seorang ahli akademik, Dr Iskandar Tan Abdullah, konspirasi seperti ini akan menjana tsunami Islam untuk memastikan pihak yang antisyariah Islam akan tersungkur pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 akan datang," katanya melalui kemas kini statusnya di Facebook hari ini.

PAS giat dalam usaha mengumpul sokongan dalam usaha mereka meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang juga dikenali sebagai Akta 355.

Pindaan itu dibuat melalui usul rang undang-undang persendirian presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Setakat ini ia sudah dua kali dibacakan di Dewan Rakyat namun belum dibentangkan untuk dibahas. Usul berkenaan turut dimasukkan dalam kertas aturan mesyuarat Dewan Rakyat bersama beberapa rang undang-undang kerajaan.

Bagaimanapun, semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman, berkata ada dua rang undang-undang kerajaan yang penting dan perlu dibentangkan segera pada sidang kali ini.


NGO atur agenda


Rang undang-undang itu ialah bagi meminda Akta Kebankrapan 1967 dan Akta Jenayah Seksual Kanak-kanak yang baru digubal.

Cadangan PAS untuk meminda Akta 355 itu mendapat tentangan daripada pelbagai pihak seperti DAP, MCA dan Gerakan.

Selain itu beberapa tokoh juga memberikan pandangan berbeza kepada cadangan PAS itu, termasuk Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Mohd Zuhdi berkata, selepas berlaku "tsunami Cina" pada PRU lalu, pilihan raya akan datang fenomena itu akan digantikan dengan "tsunami pengundi Islam".


Seminggu dua ini, katanya, DAP, Gerakan dan MCA mengulangi lagi episod drama cabar-mencabar sesama mereka menjelang pembentangan rang Undang-undang persendirian Abdul Hadi.

"Seperti biasa DAP memulakannnya dengan mencabar menteri MCA dan Gerakan meletak jawatan, manakala MCA pula mencabar DAP menyingkirkan PAS dari kerajaan Selangor.

"PPP melihat drama kali ini boleh menjadi jawapan, benarkah selama ini DAP, Gerakan dan MCA bermain opera di belakang tabir?" katanya.


Mohd Zuhdi berkata PPP melakukan kajian terhadap hubungan DAP, Gerakan dan MCA berdasarkan beberapa isu lama seperti Universiti Merdeka, Operasi Lalang, tuntutan pertubuhan Suqiu dan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC).


Menurut Mohd Zuhdi PPP mendapati ada asas mengapa orang ramai mempunyai anggapan ketiga-tiga parti itu sebenarnya cuma bersandiwara.

"Golongan yang dominan untuk mengatur agenda ini bukan pimpinan politik ketiga-tiga parti ini, tetapi pihak ketiga iaitu pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan.

"Ketiga-tiga parti ini dikatakan sebagai pelaksana termasuklah berperanan sebagai golongan pendesak dan golongan yang didesak," katanya

https://www.malaysiakini.com/news/375235?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook
 
Masa pru 13:

IMG_87022143258015.jpeg

Menjelang pru 14: :eek:

blogger-image-1943780955.jpg
 
Insyaallah kemenangan pasti milik perjuangan yang ikhlas dengan perjuangan yg berlandaskan Al-quran.

Kejarlah akhirat, niscaya dunia dan akhirat akan engkau dapat. Namun jika tujuan hidupmu hanya untuk mengejar ngejar dunia yang fana ini, sungguh dunia akan pergi menjauh darimu dan kelak di akhirat engkau termasuk orang-orang yang rugi.
 
In shaa Allah.. tapi x boleh terlampau konfiden..

Ramai jgk yg x suka pas..

Tapi..

Ramai jgk yg suka pas..
 
susahlah kalau rasa parti sendiri paling alim.
 
Cina Kafir semua bersatu menentang RUU
Melayu Islam tak boleh bersatu menyokong RUU#:-S
Macam2 alasan diberi untuk menentang walhal kalau sokong berilah cadangan2 bernas supaya RUU dapat di laksanakan.

insyAllah jika ramai tersedar mainan puak2 anti Islam,akan beralih pada Pas.

pssst...takut kat Dap ka???
 
PAS akn menang..Amno akn sapot dr blakang.

x menang pn janji dapat pecah undi...amno mesti backup punye..

bkn ssh sgt pn nk control Malaysia ni...org malaysia bknnya pandai sgt pn..mara time minyak naik, barang naik..tu pn kejap ja..xciden sket patah balik kt amno..5 taun punya kesusahan , lupa cam2 ja..

lantak p kt angpa la..da besaq panjang...pikiq snirila...

pssst jg lupa..geng2 JASA banyak dlm cg ni:eek:
 
sepatut parti islam x main ramal2 jangka2an benda yg x pasti belum berlaku ni..
usha je la dakwah brsunggoh2..kurangkan isu2 negatif...
selalu ke depan isu2 rakyat...
jgn sombong dan bongkak...
 
PAS akn menang..Amno akn sapot dr blakang.

x menang pn janji dapat pecah undi...amno mesti backup punye..

bkn ssh sgt pn nk control Malaysia ni...org malaysia bknnya pandai sgt pn..mara time minyak naik, barang naik..tu pn kejap ja..xciden sket patah balik kt amno..5 taun punya kesusahan , lupa cam2 ja..

lantak p kt angpa la..da besaq panjang...pikiq snirila...

pssst jg lupa..geng2 JASA banyak dlm cg ni:eek:

kat utara ni Pas lawan Umno banyak kerusi.
Umno akan sapot dari belakang biar pas menang lawan umno:-?:-?:p


psssst...pening den nak mikior:))
 
sepatut parti islam x main ramal2 jangka2an benda yg x pasti belum berlaku ni..
usha je la dakwah brsunggoh2..kurangkan isu2 negatif...
selalu ke depan isu2 rakyat...
jgn sombong dan bongkak...

setuju, biar umno dan pan sudah lah main2 ramal ni:D

psssst..kalau ubah ramal jadi jangka boleh tak?
 
Back
Top
Log in Register