BTC USD 60,856.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pas persoal video hina hudud

adamdaniel81

Super Active Member
Messages
8,208
Joined
Feb 27, 2011
Messages
8,208
Reaction score
166
Points
73
KOTA BHARU - Dewan Pemuda Pas Kelantan mendesak Umno menyatakan pendirian dalam isu penyebaran klip video yang menghina perundangan Islam khususnya hukum hudud.

Ketuanya, Abd LatifAbd Rahman berkata, klip video yang bertajuk ‘Sembang Rakyat: Lagi Hudud Pas’ jelas sekali mempertikaikan keberkesanan hukum yang telah disyariatkan Allah SWT sebagai undang-undang.

”Apa yang menghairankan, klip video yang mencetuskan kontroversi itu sehingga hari ini belum mengundang apa-apa reaksi dari Umno yang selama ini mendabik dada sebagai pembela agama.

“Adakah Umno termasuklah pimpinan dan pergerakan pemudanya masih belum menyedari kewujudan klip video yang sedang hangat diperkatakan ini atau sengaja mengambil sikap untuk berdiam diri sekalipun jelas sekali apa yang diperlekeh di dalam klip tersebut ialah
hukum Allah SWT sendiri?,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Video klip enam minit tersebut memaparkan kisah sekumpulan masyarakat yang sedang berbual di kedai makan dengan mengkritik kepimpinan Kerajaan Kelantan termasuk Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz nik Mat khususnya dalam isu pelaksanaan hukuman hudud.

Abdul Latif yang juga Adun Mengkebang mengingatkan kepada semua pihak tidak takut kepada Pas yang ingin melaksanakan hukum ini sehingga menjadikan mereka hilang pertimbangan dan sanggup mengeluarkan klip video tersebut.

Katanya, semua pihak dari penerbit, pelakon, penulis skrip dan juga penaja akan bertanggungjawab di hadapan Allah SWT di atas penghinaan yang mereka lakukan yang amat terang sekali menuturkan dialog yang boleh menjejaskan akidah.

”Jika dalam isu penghinaan lagu Negaraku, pihak berkuasa amat pantas bertindak, Pas tidak melihat sebarang sebab untuk menghalang pihak berkuasa bertindak pantas mengambil tindakan ke atas pihak yang bertanggungjawab menerbitkan klip video berkenaan.

“Dengan mutu rakaman yang profesional, pemuda Pas yakin bahawa pihak yang bertanggungjawab ini mempunyai dana yang cukup banyak dan pembiayaan yang tinggi untuk menerbitkan video ini.

”Hudud bukannya isu yang sengaja dimainkan Pas menjelang pilihan raya. Hudud ialah hukum Allah SWT dan Pas sentiasa konsisten memperkenalkan kepada rakyat tentang hukum ini termasuklah mengadakan sambutan Hari Hudud setiap tahun,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/pas-persoal-video-hina-hudud-1.11809
 
Attachments

  • 62 KB Views: 150
umno dh terdesak sangat, pasal tu keluarkan video mcm ni.. yang aku tak boleh blah tu pak cik tua tu cakap "klau hudud dilaksanakan, maka lebih teruk lah jadinya".. astarafirullahalzaim, teruk sangat ke hukum Allah tu pakcik? Allah tu zalim ke pakcik? bertaubatlah pakcik, jangan pertikaikan hukum Allah..
 
kita jangan buat tuduhan dulu.. siasat dulu betol2... mungkin pd mase tu dia x sedar apa yang dia buat... terpengaruh dengan apa2 ke... sy bukanlah nk sokong pak cik tu...
 
tu la pasal,kata2 mcm tu adalah seorg yg anti agama islam.
 
kita jangan buat tuduhan dulu.. siasat dulu betol2... mungkin pd mase tu dia x sedar apa yang dia buat... terpengaruh dengan apa2 ke... sy bukanlah nk sokong pak cik tu...

ayat skrip kot. :-?
biasalah dapat bayaran
 
aku tgk semua pelakon video tu bercakap mcm xde akidah lgsg.. (kecuali yg india cina tu..)
 
kita jangan buat tuduhan dulu.. siasat dulu betol2... mungkin pd mase tu dia x sedar apa yang dia buat... terpengaruh dengan apa2 ke... sy bukanlah nk sokong pak cik tu...

x sedar??? :o :eek::eek:
 
baik UMNO,KIMMA,PEKIDA,PERKASA,HIMPUN,PPIM,PKPIM,UTUSAN semua diam membisu pasal isu ini tak menguntungkan UMNO!!!!!!!!!

UMNO guna Islam hanya untuk survival politik mereka dan ada tali barut UMNO yg guna Islam sebagai tali barut UMNO.

Mana Riduan Tee? Mana Fathul Bari? Mana Jamil Khir? Mana Ibrahim Ali? Mana? Mana? Mana?
 
Last edited:
umno dh terdesak sangat, pasal tu keluarkan video mcm ni.. yang aku tak boleh blah tu pak cik tua tu cakap "klau hudud dilaksanakan, maka lebih teruk lah jadinya".. astarafirullahalzaim, teruk sangat ke hukum Allah tu pakcik? Allah tu zalim ke pakcik? bertaubatlah pakcik, jangan pertikaikan hukum Allah..

moga pak cik tur cepat sedar dan tampil ke hadapan buat pengakuan dan mohon maaf kepada berjuta umat Islam di Malaysia ni, sebab aku rasa tersinggung bila dia perkatakan hudud...tentang dia dgn Allah urusan dia sendiri, tetapi pak cik tur tersangkut dgn org islam Malaysia yang lain ni kerana pak cik tur mempersendakan apa yg org Islam percaya dan pegang.:-?:-?:-?
 
Back
Top
Log in Register