BTC USD 61,993.3 Gold USD 4,470.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PAS nafi bayar Kickdefella RM4 juta

moneyloopholes

Fun Poster
Messages
634
Joined
Mar 7, 2010
Messages
634
Reaction score
174
Points
23
PAS nafi bayar Kickdefella RM4 juta
Abdul Rahim Sabri | May 4, 10 1:02pm
PAS hari ini menjelaskan bahawa pucuk pimpinan parti itu langsung tidak tahu-menahu mengenai kewujudan Global Media Channel Sdn Bhd (GMC) iaitu pusat penyebaran propaganda bagi parti itu di Kelantan.

Selain itu Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali turut menafikan bahawa parti itu pernah menyalurkan peruntukan sebanyak RM4 juta kepada Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Kickdefella bagi tujuan mewujudkan persepsi buruk terhadap bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan memastikan PAS kekal memerintah di Kelantan.

"Saya telah semak dengan PAS Kelantan dan PAS Malaysia, kita tidak pernah keluarkan RM4 juta,” katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Syed Azidi, sebelum ini mendakwa dia dibayar RM4 juta bagi tujuan melemahkan Tun Abdullah Ahmad Badawi sewaktu menjadi perdana menteri.

Menurut Mustafa, beliau sendiri yang telah membuat pemeriksaan sama ada di peringkat pusat atau negeri dan didapati penyaluran peruntukan itu tidak pernah berlaku.

Selepas dipecat daripada Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) November tahun lalu - Syed Azidi menjadi tumpuan kerana kerap mendedahkan pelbagai dakwaan 'kepincangan' dalam kerajaan pimpinan PAS itu.

Bukan agenda parti

Menurut Mustafa lagi, beliau "tidak tahu menahu" mengenai dakwaan sejumlah wang tersebut digunakan untuk menjatuhkan Abdullah.

"Kita menentang dasar parti (lawan) dan matlamat (parti mereka) sebab ia bercanggah dengan dasar perjuangan PAS.

"Pak Lah turun, dan (Datuk Seri) Najib naik, semacam juga... kita tidak hadap (serangan) kepada (tubuh) orang," katanya sambil mendakwa Abdullah 'dijatuhkan' oleh pemimpin di dalam Umno sendiri.

Bagaimanapun beliau mengakui adalah menjadi agenda parti politik sama ada Pakatan Rakyat dan BN untuk menjatuhkan parti lawan mereka masing-masing.

"Pakatan Rakyat hendak menjatuhkan Umno, dan BN memang nak menjatuhkan kerajaan negeri (Pakatan). Ia memang menjadi agenda politik masing-masing.

"Menjatuhkan seseorang, tidak, (sebaliknya) menjatuhkan kerajaan, ya," katanya.

Serah kepada SPRM

Sehubungan itu, katanya, PAS akan menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) untuk menyiasat dakwaan tersebut.

“Kami serahkan kepada SPRM menyiasat sehingga akar umbi. SPRM lah siasat, PAS tak perlu buat apa-apa,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, setakat ini, PAS tidak dihubungi SPRM berhubung pendedahan Syed Azidi.

Dalam sidang media itu juga, Mustafa berkata beliau mengikuti perkembangan pendedahan Syed Azidi (kiri) di akhbar dan mempersoalkan motif penulis blog itu, yang dibuatnya selepas dipecat dari PMBK.

Katanya, secara peribadi beliau tidak mengenali secara dekat penulis tersebut dan menyifatkannya "seorang lelaki yang tidak ada integriti dan tentera upahan politik".

Mengulas mengenai GMC, Mustafa berkata beliau tidak tahu menahu mengenainya dan hanya mengetahui selepas didedah melalui akhbar.

Tambahnya, pemimpin tertinggi PAS termasuk Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak mengetahui kewujudan pusat tersebut.

"Kalau saya tidak tahu, mereka lagi tak tahu," katanya.
 
SPRM pun rilek jer... sbb lebih mengetahui langsung tiada unsur-unsur rasuah... jika tak dah lama kena serang dengan SPRM.. tapi sebaliknya pulak... bila di minta SPRM buat siasatan langsung tiada ambil tindakan...

jika betul SPRM perlu buat siasatan.. maka ANGKASPURI kt K.L pun di ambil tindakan yang sama.. sebab apa ANGKASAPURI WUJUD? begitu jugalah GMC wujud...
 
Tak payah layan ler berita sampah camnie...
 
PAS nak bagi 4 juta?
Hehehe... nak buat ceramah pun mintak derma org ramai
cari la modal lain kalu nak fitnah pun
 
Pengajaran kepada PAS ... jgn sesekali percaya kepada org berhati UMNO .... :D
 
tunggu dan lihat saje.
ape lagi org dalam pas ni nak meroyan.
tgk ape doumen dia bule sediakan.

neutral aje. tgk pada qada n qadar ketentuan ape yg mahu dibongkarkan ape yg mahu dirahsiakan.

sebab tu la TGNA tak cakap apape..:D tapi bila diam, dikata apa pulak...bila bercakap dikata apa pulak..manusia sekular berfahaman yahudi payah nak bagi paham bahasa. :">

orang dalam PAS pun tak meroyan. cuma melahirkan rasa pelik je.:D
 
PAS nak bagi 4 juta?
Hehehe... nak buat ceramah pun mintak derma org ramai
cari la modal lain kalu nak fitnah pun

TGNA bagus. Cool je..

PAS mana ada xde duit. Encik PAS taman aku gebang nak wat kenduri anak dia jemput 6000 org datang meh. Gile sendat taman aku nanti..
 
Kickdafela ni mmg kepakaran dia mcm tu..kickdafela ni dulu blaja kt us..dia ni mmg pakar dlm bidang media ni..dia boleh menggunakan blog sahaja utk menjatuhkan atau menaikkan seseorg..

Skang ni dia keja ngan Tengku Fakhri..korg ingat tak masa berita sultan kelantan keluar kt dlm berita tv3 ari tu..yg dia naik keta ngan tengku fakhri pas2 ade majlis ngan anak2 yatim..

Berita yg keluar kt tv tu bkan wartawan gi buat liputan..masa tu sorg pun wartawan xder..tp kickdafela la yg buat rakaman video tu..pas2 dia yg olah supaya berita tu jadi menarik..nak menunjukkan seolah2 sutan kelantan masa tu dh sihat...

So bila keluar berita yg dia pendedahan pasal 4 juta tu aku tak heran..dia ni mmg pandai bab2 mcm ni..

Persolannya..dia terima berapa juta plak utk buat pendedahan ni...:))
 
Kickdafela ni mmg kepakaran dia mcm tu..kickdafela ni dulu blaja kt us..dia ni mmg pakar dlm bidang media ni..dia boleh menggunakan blog sahaja utk menjatuhkan atau menaikkan seseorg..

Skang ni dia keja ngan Tengku Fakhri..korg ingat tak masa berita sultan kelantan keluar kt dlm berita tv3 ari tu..yg dia naik keta ngan tengku fakhri pas2 ade majlis ngan anak2 yatim..

Berita yg keluar kt tv tu bkan wartawan gi buat liputan..masa tu sorg pun wartawan xder..tp kickdafela la yg buat rakaman video tu..pas2 dia yg olah supaya berita tu jadi menarik..nak menunjukkan seolah2 sutan kelantan masa tu dh sihat...

So bila keluar berita yg dia pendedahan pasal 4 juta tu aku tak heran..dia ni mmg pandai bab2 mcm ni..

Persolannya..dia terima berapa juta plak utk buat pendedahan ni...:))

ni kira lagi pakar stategi lbh hebat dr upco

nak tau brp dia dpt kena tny umpunya diri :D
 
Back
Top
Log in Register