BTC USD 60,797.8 Gold USD 4,365.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pas implemen Islam jika PR menang

helmisaman

Legendary Member
gem
Messages
11,106
Joined
Jul 15, 2011
Messages
11,106
Reaction score
266
Points
131
Pas implemen Islam jika PR menang

Oleh : FARAH SHAZWANI ALI
Tarikh : December 8, 2011

KUALA TERENGGANU- Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan akan mengimplementasikan pemerintahan Islam di dua negeri terlebih dahulu sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang Pilihan Raya Umum ke-13.

Bagaimanapun, katanya, Islam akan diimplementasikan secara menyeluruh dan pelaksanaannya akan dibuat secara berperingkat.

“Tetapi Terengganu dan Kelantan akan dilaksanakan lebih awal kerana kita sudah mendapat kelulusan di peringkat negeri, dan kita mengambil kira bidang kuasa pelaksanaan syariah adalah bidang kuasa negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dun ke-12 di Wisma Darul Iman di sini, semalam.

Ketika ditanya mengenai adakah Pas bercadang memasukkan hudud dalam manifesto bersama PR, beliau berkata, manifesto itu tidak perlu terperinci.

“Manifesto ini adalah dasar umum. Apabila kita sebut adil, mencegah kemungkaran, ia antaranya berkaitan undang-undang jenayah syariah. Itu sudah diluluskan di Kelantan dan Terengganu.

“Kita pilih negeri yang kita ada kuasa sepenuhnya dan negeri lain, kita perlu tengok bagaimana keadaan penerimaan orang bukan Islam. Kita menerima pendapat agar suara bukan Islam juga didengari dan tidak dipaksa. Tetapi saya percaya jika mereka melihat, mereka boleh menerima,” katanya.

Menurutnya, Umno tidak perlu bimbang kerana semua parti sudah menerima Islam dan Melayu adalah teras dan turut mengakui bahawa Pas akan menjadi tulang belakang dalam hala tuju negara sekiranya dapat memerintah, Hadi berkata, Islam dan Melayu akan menjadi tulang belakang kepada pelaksanaannya.

Malah katanya, dalam konvensyen PR diadakan di Selangor dan Pulau Pinang, mereka telah menetapkan Islam sebagai agama Persekutuan dan hak bumiputera tetap dipertahankan.
 
Kerajaan Islam yg meracun rakyatnya dengan air karat umpama time bomb yg bila2 akan meletup...tak sempurna tu, buat malu nama islam tu je!bertahun-tahun dah macam tu secara sedar atau tak sedar, kalau dalam islam apa hukuman nya bagi seorang atau segolongan peracun?????
 
Ko minum air dari mana? Oasis ke air mata air? atau ko duk dlm hutan yg takde paip air.

Racun? Mungkin ko x merokok sebab taat pada kerajaan pusat yg bagi 'Amaran Oleh Kerajaan Malaysia: Merokok merbahayakan kesihatan'. Mungkin ko juga tak pakai keta dan moto sebab beracun (mencemarkan alam).

Sungguh malang pemikiran rakyat yg telah diracun oleh umno. Aku nk tanya ko satu je... Apa hukumnye kerajaan bagi AMARAN merokok merbahaya kesihatan tapi dlm masa yg sama membenarkan rokok di jual merata-rata?:D
 
antara rokok dan air racun berkarat, mana satu lebih cepat meracuni si magsa??? dilema antara dua racun??? kedua-dua UMNO dan PAS sama2 khianat kepada bangsa dan islam, air karat bukan racun ke macam rokok??? beza nya yg satu tu makan masa lama untuk meracuni si mangsa, yg satu pulak kalau silap haribulan boleh bawa maut dalam masa yg singkat...

so aku nak tanya lagi, apa hukuman di sisi islam terhadap seorang atau segolongan peracun??PAS dengan air karat nya,UMNO dengan rokok nya....nak tubuh negara islam yg minum air karat?wah hebat sangat tu...
 
So x yah nak tubuh negara Islam sampai selesai kes racun ni? ker guano? :-?:-?:-?
 
antara rokok dan air racun berkarat, mana satu lebih cepat meracuni si magsa??? dilema antara dua racun??? kedua-dua UMNO dan PAS sama2 khianat kepada bangsa dan islam, air karat bukan racun ke macam rokok??? beza nya yg satu tu makan masa lama untuk meracuni si mangsa, yg satu pulak kalau silap haribulan boleh bawa maut dalam masa yg singkat...

so aku nak tanya lagi, apa hukuman di sisi islam terhadap seorang atau segolongan peracun??PAS dengan air karat nya,UMNO dengan rokok nya....nak tubuh negara islam yg minum air karat?wah hebat sangat tu...

UMNGOKlah pengkianat dan racun segala racun menjahanamkan negara.
 
nk cerita racun bukak tred len la..
org nk tegakkn syiar islam ko nk spin ke racun wtpe...
klo nk tunggu pas n umno tu suci murni mase bile hukum islam yg disebutkn di atas nk dilaksanakn?

aku pelik la ngn sesetengah org ni..sembang nk emo jer..
guna la akal yg waras cket..
 
antara rokok dan air racun berkarat, mana satu lebih cepat meracuni si magsa??? dilema antara dua racun??? kedua-dua UMNO dan PAS sama2 khianat kepada bangsa dan islam, air karat bukan racun ke macam rokok??? beza nya yg satu tu makan masa lama untuk meracuni si mangsa, yg satu pulak kalau silap haribulan boleh bawa maut dalam masa yg singkat...

so aku nak tanya lagi, apa hukuman di sisi islam terhadap seorang atau segolongan peracun??PAS dengan air karat nya,UMNO dengan rokok nya....nak tubuh negara islam yg minum air karat?wah hebat sangat tu...

asyik tanya je.
soalan aku nape x jawab?
jangan racuni pikiran aku dah le...
:D
 
takkan nak tubuh negara islam yang umatnya dihidangkan dengan air karat, wah sihat nya,tentu satu dunia salute dan respect dengan PAS kerana keunggulan mereka dalam menyajikan umat islam dengan air karat!!sama la macam filipina negara katholik tu yg selalu dikritik kualiti air nya walaupun di bandar besar macam MANILA!!...

ni kan pulak nak laksana hukum hudud, pemimpin2 pas tu sebenarnya harus menjadi barisan pertama yg harus dihukum hudud kerana meracun umat nya sendiri melalui air karat...tentu orang akan respect kalau pemimpin PAS itu sendiri dihukum dengan hukum hudud yg diperjuangkan mereka sendiri, korang paham2 la kan apa hukuman untuk si peracun tu???
 
kalau menang pilihanraya baru nak upgrade kualiti air tu selepas bertahun-tahun meracuni rakyat sendiri, itu lah tanda nya golongan2 ulama machiavelist yg asyik mencari dalil2 untuk kepentingan politik mereka sendiri! PAS pun rupanya dah macam UMNO la jugak, cuma yg satu ni tak hidang air karat kepada rakyat nya termasuk la untuk yang bukan islam...
 
Back
Top
Log in Register