BTC USD 81,546.8 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PAS dianggap munafik bantu Ambiga

adamdaniel81

Super Active Member
Messages
8,208
Joined
Feb 27, 2011
Messages
8,208
Reaction score
166
Points
73
2011/06/27

KUALA LUMPUR: PAS dianggap sebagai parti Islam yang munafik kerana sanggup membantu Datuk Ambiga Sreenevasan yang dikatakan menentang Islam serta bekerjasama dengan kumpulan ahzab bagi menjatuhkan kerajaan dipimpin umat Islam pada perhimpunan haram 9Julai nanti.

Oleh itu PAS diminta mengambil iktibar daripada peristiwa perjuangan Nabi Muhammad SAW yang menentang kumpulan ahzab ketika perang politik di Madinah, jika benar parti itu memperjuangkan Islam. Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, Prof Mohd Noor Deris, berkata kumpulan ahzab adalah gabungan kumpulan menentang pentadbiran Islam termasuk di kalangan pemimpin Islam munafik. “Saya minta pemimpin PAS mengambil iktibar bagaimana Nabi Muhammad berjuang mempertahankan Madinah daripada perbuatan jahat kumpulan ahzab yang anggotai puak Yahudi dan Kristian dari dalam dan luar yang bekerjasama dengan Abdullah bin Ubai bagi menjatuhkan kerajaan Islam Madinah.

“Hari ini tindakan parti yang bekerjasama dengan PAS sama seperti kumpulan ahzab, iaitu cuba menjadikan masjid sebagai alat untuk memecah belahkan perpaduan umat Islam. Perarakan itu adalah satu ajaran sesat yang cuba dibawa parti pembangkang,” katanya.


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PASdianggapmunafikbantuAmbiga/Article
 
ikut sangat lah ambiga tu..mula2 buang roh perjuangan parti (menubuhkan negara islam) sekarang jual parti plak, sokong si ambiga
 
ulamak umno dah bukak mulut daaa... baru senang hati pencacai dan juak dorang nak dengar... :)
 
Bekas Presiden Majlis Peguam itu adalah orang yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos 2001. Majlis Peguam telah menerima memorandum untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam kes Lina Joy yang murtad, Ambiga telah mempertikaikan pelaksanaan hukum syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam.

Beliau turut mengadakan forum mengenai memeluk agama Islam pada 9 Ogos 2008 yang membincangkan dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A). Biarpun mendapat bantahan daripada orang Islam, namun Majlis Peguam yang diterajui oleh Ambiga tetap meneruskan forum tersebut.

Justeru penganalisis politik berpendapat tindak tanduk Ambiga memperlihatkan diri beliau sebagai seorang yang tidak menghormati undang-undang dan perlembagaan dan dengan itu orang Melayu terutamanya harus memikirkan semula hasrat untuk menyertai perhimpunan haram 9 Julai yang diketuai oleh Ambiga.


aku tak sokong ambiga..tp kalau betul ambiga bagai dikata seperti diatas...mengapa kita nak duduk sekali dgn dia dan berjuang :-?
 
Ada sesuatu yang tersembunyi yang tidak diketahui oleh semua...so memang susah nak menilainya kerana persepsi orang adalah pelbagai
 
dlm ramai2 pemimpin pembangkang...aku pelik knape ambiga yg jdi leader..bkn ke tue mengundang isu...dri golongan PAS xder ker?...:-?:-?:-?
 
Bekas Presiden Majlis Peguam itu adalah orang yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos 2001. Majlis Peguam telah menerima memorandum untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam kes Lina Joy yang murtad, Ambiga telah mempertikaikan pelaksanaan hukum syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam.

Beliau turut mengadakan forum mengenai memeluk agama Islam pada 9 Ogos 2008 yang membincangkan dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A). Biarpun mendapat bantahan daripada orang Islam, namun Majlis Peguam yang diterajui oleh Ambiga tetap meneruskan forum tersebut.

Justeru penganalisis politik berpendapat tindak tanduk Ambiga memperlihatkan diri beliau sebagai seorang yang tidak menghormati undang-undang dan perlembagaan dan dengan itu orang Melayu terutamanya harus memikirkan semula hasrat untuk menyertai perhimpunan haram 9 Julai yang diketuai oleh Ambiga.


aku tak sokong ambiga..tp kalau betul ambiga bagai dikata seperti diatas...mengapa kita nak duduk sekali dgn dia dan berjuang :-?

No.1 : BERSIH2.0 bukan memperjuangkan tuntutan ambiga, berikut adalah antara apa yang BERSIH2.0 perjuangkan :



1. Pendaftaran pengundi secara automatik ketika berusia 21.

2. Reformasi bagi sistem undi pos untuk para pengundi luar bandar.

3..Penggunaan dakwat yang tidak dapat dipadamkan bagi mengelakkan undi berulang-kali.

4. Capaian media aliran utama untuk parti pembangkang.

5. Tempoh kempen minimum 21 hari.

6. Kebebasan badan penguatkuasaan bertindak berhubung kesalahan pilihan raya.

7. Menghapuskan rasuah pilihan raya.


No.2 : jangan lah sekadar pak turut dalam BERSIH2.0, fahami leh betul2 apa yng kita nak, bukan sekadar ikut2an, lepas tu bila kena twist dengan umno jahat terus tercemar pikiran...umno mengelirukan rakyat dengan isu ambiga padahal ambiga bukan yg kita perjuangkan....tapi rakyat yang beku memang cepat melatah dan terpedaya dengan mainan umno
 
Dah puas pihak penganjur jelaskan pasal bersih 2.0 nie, nak buat camner klau hati dah gelap mmg susah nak terima kebenaran...

Banyak² lah berdoa agar ALLAH x palingkan hati kita dari kebenaran...
:">
 
Ada sesuatu yang tersembunyi yang tidak diketahui oleh semua...so memang susah nak menilainya kerana persepsi orang adalah pelbagai

ctelah apa yg terbuku tu......:-?:-?
 
Back
Top
Log in Register