BTC USD 63,599.2 Gold USD 4,342.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PAS desak kerajaan hapus sistem pendidikan vernakular

Quecha

Active+ Member
gem
Messages
4,248
Joined
Nov 8, 2017
Messages
4,248
Reaction score
1,459
Points
111
KUANTAN: Perwakilan Muslimat PAS mendesak kerajaan Pakatan Harapan (PH) supaya menghapuskan sistem pendidikan vernakular di negara ini.

Salamiah Md Nor berkata, ini kerana dasar itu tidak menyumbang kepada perpaduan kaum.

Katanya, sebelum mengambil alih pentadbiran Putrajaya, pemimpin PH mengatakan bahawa ia tidak selesa dengan sistem berkenaan.

“Selaku wakil Dewan Muslimat PAS saya menyeru dan mengharapkan kerajaan PH mengambil tindakan dan memberhentikan pendidikan vernakular.

Kita melihat sistem ini tidak mendekatkan jurang persefahaman antara kaum,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada Muktamar tahunan PAS kali Ke-65 di Stadium Tertutup Sukan Pahang (Sukpa) di sini, hari ini.

Salamiah berkata, sistem pendidikan perlu diperkasakan agar berjaya membentuk jati diri anak-anak.

Sayap wanita PAS itu juga menyarankan kerajaan supaya mengkaji menjadikan subjek pendidikan agama Islam yang diajar di sekolah agama rakyat dan negeri subjek teras di sekolah kebangsaan.

Muktamar PAS ke-65 yang bermula semalam dijadualkan berakhir esok.

https://www.freemalaysiatoday.com/c...-kerajaan-hapus-sistem-pendidikan-vernakular/
 
Ph mana berani kena kepit teluq ngn geng sepet..hrp lps jatuh kerajaan ph benda pertama dihapuskan pendidikan vernakular ni..nk hapus pndtg x bole. Jgn ada penjilat penjilat sudah..
 
UEC tidak mampu bina perpaduan

22 Jun 2019 11:36 AM

image.jpg

BEBERAPA perwakilan memberi sumbangan pada Muktamar Tahunan Pas Ke-65 di Kompleks Sukan Pahang (Sukpa) di Kuantan, Pahang hari ini. - UTUSAN ONLINE/ AHMAD ZAKKI JILAN

KUANTAN - Sistem pendidikan luar seperti Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) tidak akan mampu membawa perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Wakil Pas Pulau Pinang, Mohd. Farhan Yusri berkata, jika merujuk falsafah pendidikan kebangsaan diberi penekanan dengan jelas berhubung aspek perpaduan.

"Jadi adakah UEC diperlukan? Tambahan apabila hendak melaksanakan UEC langsung tidak ada perbincangan membabitkan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

"Tetapi, apabila hendak bincang tentang kajian sistem pendidikan Islam dibuka pula kepada kaum lain untuk memberikan komen," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-65 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang (Sukpa) di sini hari ini.

Mohd. Farhan berkata, UEC tidak perlu dilaksanakan kerana tidak menjamin ke arah mewujudkan perpaduan. - UTUSAN ONLINE

http://www.utusan.com.my/berita/politik/uec-tidak-mampu-bina-perpaduan-1.921975
 
Samsuri 'jinakkan' saranan Muslimat nak hapus sekolah vernakular

Diterbitkan Hari ini 2:45 tengahari | Dikemaskini Hari ini 2:45 tengahari

c4bc756bdee1899ea427766536e8fc5f.jpg

MUKTAMAR PAS | Tidak sampai sejam selepas wakil Dewan Muslimat PAS menyeru Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik menamatkan sistem pendidikan vernakular di negara ini, naib presidennya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, menegaskan apa yang disarankan itu bukanlah dasar parti.

Ketika berucap membahaskan ucapan dasar presiden sempena muktamar ke-65 hari ini, wakil Muslimat PAS, Salamiah Md Nor, berkata beliau melihat sistem yang diamalkan sekarang tidak membawa kepada perpaduan antara rakyat di negara ini.

Menurut naib ketua Muslimat PAS itu, Maszlee dilihat tidak melihat lebih jauh sistem pendidikan negara.

Justeru kata Salamiah, Muslimat PAS menyeru agar sistem pendidikan negara mengutamakan aspek takwa dan menjadikan al-Quran sebagai dasar.

"Maka Dewan Muslimat PAS meminta supaya menteri pendidikan mengambil tindakan agar sistem pendidikan vernakular dihentikan, kerana kita lihat sistem ini tidak mendekatkan jurang persefahaman antara kaum, malah ia tidak membawa kepada perpaduan," katanya.

Salamiah juga berkata Muslimat PAS tidak rela jika bahasa Mandarin dijadikan bahasa kedua di negara ini.

"Kita mahu bahasa kedua adalah bahasa al-Quran dan sunnah yang ditinggalkan berzaman sehingga orang Islam jahil dengan al-Quran," katanya.

68998f0c56956de6738f690f14124f80.jpg

Salamiah Md Nor
Pada sidang medianya selepas itu, Ahmad Samsuri menjelaskan, apa juga saranan dinyatakan dalam muktamar bukanlah dasar rasmi kepada parti.

Kata menteri besar Terengganu itu, selagi ia tidak dibawa sebagai dasar kerajaan ia masih kekal sebagai pandangan biasa.

"Apa juga yang dibahaskan dalam muktamar, ia bukanlah satu dasar kepada sesebuah kerajaan sama ada peringkat negeri ataupun nasional.

"Selagi tidak dibawa sebagai dasar kerajaan, ia masih kekal sebagai pandangan terhadap sesuatu isu," katanya.

Ditanya mengenai keperluan PAS mendapatkan sokongan daripada masyarakat bukan Melayu untuk memenangi pilihan raya, Ahmad Samsuri yang juga pengarah Jabatan Pilihan Raya Pusat PAS berkata parti itu mengambil pengajaran daripada pelbagai pilihan raya lalu dan mengambil kira pelbagai aspek sebagai pertimbangan.

"Sedikit sebanyak saya memahami kebimbingan itu. Insya-Allah kita mempunyai pendekatan tertentu," katanya.

N Faizal Ghazali, M Fakhrull Halim, Lu Wei Hoong dan Alyaa Alhadjri menyumbang kepada laporan ini.

https://www.malaysiakini.com/news/480721
 
pastu sibuk sebut we are malaysian... but not able to speak malay... wtf.. patut sebut .."we are small eye and black people from dirty land.." baru la real racist...
 
Perwakilan dewan penyokong PAS sokong UEC dalam muktamar

June 22, 2019 3:03 PM

FMT-UCAPAN-DASAR-PRESIDENT-KONG-TUCK-WAH-PERWAKIL-DEWAN-HIMPUNAN-PENYOKONG-PAS-220619-3.jpg

Wakil DHPP Kong Tuck Wah memberitahu muktamar PAS ke-65 hari ini bahawa sayap penyokong parti itu menyokong UEC kerana ia merupakan isu pendidikan yang tidak seharusnya dipolitikkan.

KUANTAN: Perwakilan Dewan Himpunan Penyokong (DHPP) PAS Kong Tuck Wah secara terbuka berkata sayap bukan Islam parti itu menyokong pengiktirafan sijil Peperiksaan Bersama Sekolah Persendirian Cina(UEC).

Kong berkata, isu pendidikan dan agama tidak seharusnya dilibatkan dalam politik kerana kedua-duanya amat sensitif.

“Kami di DHPP kita sokong UEC. Isu agama dan pendidikan sensitif dan tak perlu diguna sebagai senjata politik dan dijadikan ugutan. Ia sepatutnya dihormati,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada Muktamar PAS ke-65, di sini, hari ini.

Dalam ucapannya, Kong menyeru agar perwakilan PAS tidak membenci orang Cina dalam DAP, sebaliknya yang harus dibenci katanya adalah “bangsa DAP”.

“Jangan marah Cina DAP. Kalau nak marah, marah ‘bangsa DAP’. Banyak orang Cina dan India tak sokong DAP, kalau nak marah juga marah ‘bangsa DAP’,” katanya.

Kong juga berharap kepimpinan PAS dapat mengiktiraf ahli sayap penokong itu sebagai ahli penuh bagi membolehkan mereka mengundi dalam pemilihan parti.

“DHPP mainkan peranan penting dalam parti. Kita minta jadi ahli penuh. Kita DHPP pun boleh undi dalam pemilihan parti,” katanya.

Sementara perwakilan PAS Pahang Tarmizi Yahya dalam perbahasannya sebelum itu berkata, sekolah vernakular gagal melahirkan warganegara yang setia.

Katanya, pengiktirafan UEC hanya membentuk warganegara yang tidak sayangkan negara kerana ia merupakan sistem yang diceduk dari negara luar.

“Kementerian Pendidikan patut engkaji sistem pendidikan di sekolah vernakular kerana sekolah persendirian ini gagal melahirkan rakyat yang setia.

“Ramai dalam kalangan mereka berani hina Yang di-Pertuan Agong dan institusi beraja, campur urusan agama dan pertikai hak Melayu dan mencampuri urusan sensitif,” katanya.

Katanya, keadaan itu berlaku disebabkan kegagaln sistem pendidikan yang perlu dikaji secara teliti oleh kementerian.

“Ini kegagalan sistem pendidikan yang ada yang patut dikaji semula. Antaranya pengiktirafan UEC yang kita tahu bukan sistem pendidikan negara, diambil dari luar menjadikan rakyat seolah-olah tidak sayangkan negara sendiri,” katanya.

https://www.freemalaysiatoday.com/c...ewan-penyokong-pas-sokong-uec-dalam-muktamar/
 
Pandai puak2 Cina ni...semua tempat die ada. Melayu jer yg bodoh sbb duk ikut. padahal puak2 cina ni bape kerat jer....x faham betul pemimpin Melayu ni...~X(~X(~X(
 
Saya tak baca lagi, saya tak berani nak komen - Maszlee

22 Jun 2019 3:04 PM

image.jpg

MASZLEE MALIK

PUTRAJAYA - "Saya tak baca lagi, saya tak berani nak komen."

Itu reaksi Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik mengenai desakan parti Pas supaya kerajaan Pakatan Harapan memansuhkan sistem pendidikan vernakular di negara ini.

“Nanti kita tengoklah, biar saya baca betul dahulu,” kata beliau.

Beliau ditemui pada Majlis Rumah Terbuka dan Silaturahim Menteri Pendidikan di Presint 10 di sini hari ini.

Mjalis itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Pas dalam muktamar parti itu di Kuantan, mendesak kerajaan Pakatan Harapan (PH) menghapuskan sistem pendidikan vernakular di negara ini kerana dasar berkenaan tidak menyumbang kepada perpaduan kaum.

Wakil Dewan Muslimat Pas, Salamiah Md. Nor berkata, sebelum mengambil alih pentadbiran Putrajaya, pemimpin PH mengatakan tidak selesa dengan sistem berkenaan.

“Maka, Dewan Muslimat Pas menyeru dan mengharapkan kerajaan PH mengambil tindakan supaya sistem pendidikan vernakular dihentikan.

“Kita melihat sistem ini tidak mendekatkan kepada jurang persefahaman antara kaum,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-65 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang (Sukpa) di Indera Mahkota, Kuantan.

Dalam pada itu, ditanya mengenai pemberhentian pekerja am di sekolah-sekolah, Maszlee berkata, pihaknya telah mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu.

Mengenai sekolah daif di Sabah, beliau berkata, kerajaan telah meluluskan peruntukan tambahan untuk membaik pulih sekolah-sekolah daif di negeri terbabit.

Beliau berkata, perkara itu kini di peringkat perbincangan antara kerajaan negeri Sabah dan Kementerian Kewangan.

“Bagi kami di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), kita akan membantu kerajaan negeri Sabah untuk memastikan pembaikpulihan sekolah daif di sabah akan berlaku dengan lebih baik pada tahun ini,” katanya. - UTUSAN ONLINE

http://www.utusan.com.my/berita/nas...gi-saya-tak-berani-nak-komen-maszlee-1.922073
 
Vernacular schools: Nga instructs DAP Youth wing to lodge reports against PAS

Published: Today 2:34 pm | Modified: Today 2:34 pm

4e40c9cd1e3baa670cdb71b599620dcd.jpg

Perak DAP chief Nga Kor Ming has instructed the party's youth wing to lodge police reports against PAS women's wing vice-chief Salamiah Md Nor for calling an end to vernacular schools in the country.

Nga, who is also Dewan Rakyat deputy speaker, accused the Islamist part of inciting hatred.

"It appears that PAS is becoming more extreme," he said in a statement today.

Nga (photo, above) said Chinese vernacular schools had been established since 1815 and pre-dates PAS.

He also stressed that vernacular education is protected under the Federal Constitution.

Nga claimed Salamiah's call breached the Sedition Act and called for action to stop PAS from "undermining the country's harmony and unity".

He added that moderate and progressive Malaysia cannot tolerate racial and religious extremism.

Earlier today, Salamiah while debating PAS president Abdul Hadi Awang's policy speech at the party's 65th Muktamar in Kuantan, called for an end to vernacular schools.

She added that the party's women's wing was unwilling to accept Mandarin as a second language.

However, PAS vice-president Ahmad Samsuri Mokhtar later downplayed Salamiah's comment, stating that she was only debating the matter and that it was not the party's actual policy.

https://www.malaysiakini.com/news/480719
 
Back
Top
Log in Register