BTC USD 61,682.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PAS bantah tukar Jalur Gemilang

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KUALA LUMPUR: PAS membantah cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M Manoharan yang ingin menukar Jalur Gemilang jika pembangkang menguasai Putrajaya, sebaliknya mahu bendera yang menjadi simbol kekuatan negara itu dipertahankan walau apapun berlaku.
Sambil mempersoalkan hasrat ADUN DAP itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, berkata tiada sebab untuk pembangkang menukar Jalur Gemilang dan meminta pemimpin supaya lebih berhemah mengeluarkan kenyataan yang boleh mengundang kontroversi.
“Bendera Malaysia sudah abadi dalam sejarah dan kehidupan masyarakat kita. Perjuangan untuk ke Putrajaya bukannya mahu menukar bendera sebaliknya mahu menukar kepemimpinan yang ada. PAS akan mempertahankan Jalur Gemilang sebagai bendera negara.

“Bagi saya apakah salah dan ada dosa hingga kita perlu menukar bendera... pemimpin (pakatan pembangkang) perlu lebih cermat dalam membicarakan mengenai isu membabitkan kenegaraan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Salahuddin menyifatkan hasrat Manoharan itu sebagai pandangan peribadi dan bukannya keputusan pembangkang.

Manoharan dalam laman sosial Facebooknya memaklumkan beliau mengedarkan bendera DAP di kawasannya dan menolak untuk mengibarkan bendera Malaysia kerana ia kelihatan lebih Barisan Nasional (BN) daripada Malaysia.
Tindakan pemimpin DAP itu turut ditempelak Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyifatkan cadangannya sebagai bukti pembangkang mempunyai niat untuk merombak segala-galanya di negara ini tanpa menghormati atau menghargai sejarah dan warisan negara.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, turut membidas cadangan Manoharan dengan menegaskan bahawa parti itu tidak akan sesekali menyokong cadangan sedemikian daripada mana-mana pemimpin pembangkang.

Tuan Ibrahim berkata, Jalur Gemilang adalah lambang kedaulatan negara dan sebagai rakyat Malaysia, bendera negara perlu dipertahankan serta tidak boleh diperlekeh mahupun dipersendakan.

Sementara itu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua berkata pakatan pembangkang tidak pernah membincangkan atau berhasrat untuk menukar Jalur Gemilang sekiranya mereka menguasai Putrajaya.

Sementara itu, Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim, berkata Manoharan perlu meletak jawatan sebagai ADUN dan belajar semula undang-undang berikutan kenyataan dangkalnya mahu menukar Jalur Gemilang.

“Sebagai warga negara Malaysia dan sebagai seorang pengamal undang-undang, Manoharan sepatutnya maklum bahawa bendera adalah lambang kedaulatan sesebuah negara dan cadangannya itu adalah satu bentuk pengkhianatan kepada negara,” katanya

sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PASbantahtukarJalurGemilang/Article
 
tak perlu ditukarkan bendera tuh,bendera tak dak kena mengena dengan politik.Pembangkang pun jgn nak lebih2 pulak dan wat pekara2 yg tak logik.
 
tah hape2 punyer politik skrg ni... mengarut gileee...
 
dr tukar bendera baik tukar ADUN Kota Alam Shah, M Manoharan..
 
DAP nie kalau boleh dia nak tukar semua....kalau boleh org2 bumiputera semua dia nak halau keluar...bangsa $&#*&^@
 
tukar bendera ngn agama rasmi persekutuan sekali la tu kot
 
kadang2 org yg mcm nih lah yg merosakan parti,cakap benda2 mengarut dan tak boleh diterima akal.Puak2 pembangkang pun klu nak bangkit sesuatu isu tuh biarlah bernas,jgn sampai rakyat mempertikaikan pulak nanti sendiri jugak yg susah.Umngok hanya mencari peluang untuk mensensasikan cerita so berhati hati.
 
tembak mati jer puak2 yg melebih2 nih .. saja nak upkan nama .. aku x percaya sgt dgn puak2 DAP nih ..
 
tukar kaler merah tu pada warna lain...:D

jalur ttplah......
 
Cuma len kali kalau ada misi keamanan ke luar negara... sembunyikan sket jalur gemilang sbb sniper tu fikir orang amerika
 
Back
Top
Log in Register