BTC USD 60,506.0 Gold USD 4,335.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pas akan bina rumah percuma

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg

Jarah Awang Ahmad, 68, yang tinggal di dalam khemah sedang membersih perkakas dapur setelah rumahnya musnah akibat banjir di Kampung Manek Urai Baru, Kelantan
< 1 / 1 >
KUALA LUMPUR - Pemuda Pas akan membina rumah bernilai RM37,000 percuma buat mangsa banjir di Kelantan.

Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat berkata, program dinamakan Projek Perumahan Rakyat Budiman itu bertujuan membantu mangsa berkelayakan yang hilang tempat tinggal selepas bencana buruk itu.

“Syaratnya ialah mereka perlulah warganegara Malaysia, memiliki tanah sendiri, rumah yang sudah tidak boleh dibaik pulih dan isi rumah berpendapatan RM1,000 sebulan dan ke bawah.

“Rumah ini mempunyai tiga bilik tidur, dapur, ruang tamu dan satu bilik air. Ia mempunyai konsep sama seperti rumah dhuafa yang dibina oleh Kerajaan Kelantan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.




sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/pas-akan-bina-rumah-percuma-1.349368
 
Semoga dipercepatkan... dah macam pelarian dah terutama yg tua2 ... sedih...
 
kos 37k... itu hari flat pack pun dah 25k... murah tu..
 
syukurlah...semoga pemberian rumah percuma ini dapat meringan beban golongan miskin yang telah kehilangan rumah ini.
 
syabas PAS kelantan..harap dpt laksanakan secepat mungkin.
 
Tahniah PAS dan suhaizan. semoga projek ni berjalan dengan lancar.
 
Tahniah..

Cuma rm1000 max tu rendah sgt..
Kasilah at least sampai rm2500..
Barulah dpt bantu ramai orang
 
Back
Top
Log in Register