BTC USD 62,043.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Parti liar dalam apartmen

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Mereka yang ditahan dalam serbuan di sebuah apartmen di Batu 6 Jalan Pantai.​

PORT DICKSON - Lima penuntut universiti yang sedang asyik menari antara 30 yang ditahan sepasukan polis dalam parti liar di sebuah apartmen di Batu 6, Jalan Pantai, pagi kelmarin.

Kesemua 20 lelaki dan 10 wanita termasuk dua remaja bawah umur itu ditahan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik daerah ini dalam satu serbuan pada jam 9.50 pagi.

Difahamkan, kesemua mereka sedang menari dengan iringan muzik yang kuat serta sebahagiannya khayal dipercayai di bawah pengaruh dadah ketika serbuan diketuai Inspektor Risikan, Operasi dan Tahanan, Inspektor Norsaiful Asrar Ahmad Najih.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Zulkefli Adamsah berkata, suspek yang ditahan berusia antara 17 hingga 42 tahun dipercayai datang dari sekitar Negeri Sembilan selain Melaka, Johor dan Kuala Lumpur.

"Serbuan dilakukan berdasarkan maklumat orang awam yang terganggu dengan bunyi muzik kuat yang membawa kepada penemuan dua biji pil ekstasi, ganja dan alat menghisap ganja.

"Seramai 24 daripada mereka didapati positif dadah selepas menjalani ujian saringan air kencing selain kita juga merampas beberapa barang yang dipercayai digunakan untuk berparti antaranya alat lima pembesar suara dan set peralatan komputer," katanya.

Zulkefli berkata, siasatan awal polis mendapati kesemua suspek dipercayai menginap di apartmen berkenaan sejak Sabtu dan parti berkenaan dianjurkan seorang lelaki yang turut ditahan dalam serbuan itu.

"Penganjur juga didapati menjemput kesemua suspek terdiri daripada penganggur dan pekerja swasta serta dua remaja bawah umur termasuk salah seorang masih bersekolah menghadiri parti berkenaan menerusi aplikasi WhatsApp," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson, di sini, semalam.

Menurutnya, kesemua suspek ditahan reman empat hari hingga Khamis ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 15(1)(A) dan Seksyen 6 akta sama.

Beliau turut menasihatkan supaya ibu bapa sentiasa peka dengan pergerakan dan aktiviti anak-anak bagi mengelak terlibat aktiviti negatif selain orang dewasa perlu menunjukkan contoh baik kepada golongan muda.

"Dengan siapa mereka berkawan, ke mana mereka pergi itu perlu diambil berat ibu bapa bagi mengelakkan kejadian seperti ini terus berulang," katanya.
 
Back
Top
Log in Register