BTC USD 81,768.0 Gold USD 4,133.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Parti BERSATU bubar !!!

Bubar parti: Tidak jejas calon pilihan raya, Bersatu akan saman RoS

DALIA ISMAILApril 5, 2018 9:31 pm 0

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sudah menjangka Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) akan bertindak untuk membubarkan parti itu.

Pengarah Strategi Dasar, Dr Rais Hussein berkata, dengan keputusan Pakatan Harapan (PH) menggunakan satu logo yang akan diumumkan esok oleh Pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyelesaikan semua kemelut antara parti itu dengan RoS.

“Kita telah ikut segala peraturan RoS dan perlembagaan parti.

“Kita tidak rasa terkesan atau menganggu gugat persediaan pilian raya kerana segala bahan kempen telah disediakan menggunakan satu logo.


“Perkara zalim ini dipercayai akan berlaku sekali lagi terhadap PPBM, jika rakyat tidak menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN),” ujarnya kepada Malaysia Dateline hari ini.

Beliau berkata, kerajaan BN bukan sahaja sebuah kerajaan kleptokrasi bahkan sebuah kerajaan diktator.

Dr Rais juga berkata, terdapat dua perkara yang mana Bersatu tidak boleh memberikan jawaban terhadap persoalan yang dikemukakan oleh RoS.

“Dalam sebuah organisasi perkara yang perlu didahulukan ialah penubuhan jawatankuasa protem, cawangan dan bahagian.

“Mesyuarat Tahunan dalam perlembagaan parti akan diadakan dalam jangka masa 12 bulan.

“Saya nak tanya RoS ada bahagian kami yang tidak sampai 12 bulan lagi. Jadi tidak perlu diadakan mesyuarat tahunan seperti diperuntukan dalam perlembagaan parti.

“Ada laporan mesyuarat cawangan kita tidak serah pada RoS untuk pengesahan kerana ada cawangan masih lagi dalam proses pembentukan.

“Sebenarnya kita telah mengikuti segala apa yang diperuntukan di bawah akta RoS dan perlembagaan parti.

“Apa yang dibuat oleh RoS hanya menafikan hak kita berparti hanya untuk menghadapi pilihan raya,” ujarnya.


Wartawan dan ahli Bersatu sudah mula berkumpul di Ibu Pejabat Bersatu di Petaling Jaya malam ini, menanti keputusan Majlis Pimpinan Tertinggi terhadap pembubaran sementara parti itu oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan hari ini..

Beliau juga berkata Bersatu bercadang untuk menyaman RoS atas tindakan membubarkan sementara parti itu hari ini.

Justeru beliau berkata, melalui mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi parti yang diadakan malam ini akan membincangkan tindakan selanjutnya parti itu terhadap tindakan RoS membubarkan parti itu sementara berkuat kuasa hari ini.

“Kita akan ambil tindakan undang-undang nampak sangat RoS telah mencabuli undang-undang sedia ada.

“Malam ini kita akan buat keputusan dan insyallah kita wajib mengambil tindakan undang-undang terhadap Ros kerana mereka gagal menjalankan tugas dengan konsisten dan bertanggungjawab dalam tadbirurus yang baik,” ujarnya.

Pembubaran pendaftaran Bersatu akan kekal jika parti berkenaan gagal mematuhi 15 permintaan Ros dalam masa 30 hari.

Ketua Pengarah RoS, Surayati Ibrahim dalam sidang media petang tadi berkata, Bersatu gagal menyerahkan semua maklumat dan dokumen yang diperlukan olehnya di bawah Seksyen 14 (2) Akta Pertubuhan 1966.

Hari ini kenyataan bersama Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalannya Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut dirakamkan menerusi rakaman video di laman facebook parti itu hari ini.

Kata Muhyiddin tindakan RoS membubarkan parti itu amat mendukacitakan kerana selepas dua jam sidang media diadakan oleh Ketua Pengarah RoS tidak pernah menerima sebarang notis atau perintah pembubaran sementara parti itu.

“Kita mahu semua ahli bertenang sementara pucuk pimpinan membuat keputusan untuk menjelaskan hal ini.

“Suka saya tegaskan situasi ini tidak sedikitpun melunturkan semangat juang kita semua untuk menegakkan kebenaran menentang kemungkaran,”” ujarnya dalam video berdurasi 2 minit 37 saat petang tadi.

sumber

takkanlah bekas PM dan rakan2 tak reti ikut undang2 kot. semuanya dah berpuluh tahun dalam politik. siapa percaya diorang yg tak ikut rules ROS memang mudah kena kencing :))
 
takkanlah bekas PM dan rakan2 tak reti ikut undang2 kot. semuanya dah berpuluh tahun dalam politik. siapa percaya diorang yg tak ikut rules ROS memang mudah kena kencing :))

Kalau takat ambik tindakan undang2/saman tu dah membuktikan seseorang tu bersalah, maka Azmin Ali dah bolehlah kita konfirmkan sebagai bersalah sebab dah dekat 500 orang peneroka Ijok ambik tindakan undang2/saman dia..

Ke saman ni hanya valid pada puak2 PH je? :))

Satu lagi..Yang berpuluh tahun dalam politik la yang lagi payah nak ikut undang2..

Tengok la LKS.. dah kena gantung parlimen pun rilek je masuk dewan.. Jenis kebal dek undang2..

Mahathir pecat Anwar sebelum kes dibicarakan pun.. Ikut Undang2?

Dan isu PPBM ni yang buat report pemimpin2 bahagian dan ahli2 PPBM sendiri.. bukannya ROS.. Bukan sorang dua pemimpin Bahagian dan ahli2.. Beratus2.. sendiri mau ingat la..

Bekas pengasas2 PPBM yang dah banyak berhabis duit dan tenagapun antara yang dedahkan penyelewengan dalam PPBM..

Kesimpulannya PPBM ni memang banyak menyeleweng dan gagal dalam pengurusan.. Parti yang musnah dari dalam.. So sebelum tuding jari kat orang lain, better muhasabah diri sendiri dulu..

Siapa yang percaya ngan permainan politik Kepala Perompak ni (bak kata Mat Sabu), memang mudah kena kencing.. :))
 
takkanlah bekas PM dan rakan2 tak reti ikut undang2 kot. semuanya dah berpuluh tahun dalam politik. siapa percaya diorang yg tak ikut rules ROS memang mudah kena kencing :))
kesian Bersatu..
baru nak naik utk menjatuhkan zmn pemerintahan diktator yg zalim, tiba2 K.O. ditindas hak dan kebebasan bersuara sebelum masuk gelanggang lagi.
kalo lagu nih laa, sampai berkurun la diktator muka tebal akan bermaharajalela di atas muka bumi bolehland nih unbeatable!
 
kesian Bersatu..
baru nak naik utk menjatuhkan zmn pemerintahan diktator yg zalim, tiba2 K.O. ditindas hak dan kebebasan bersuara sebelum masuk gelanggang lagi.
kalo lagu nih laa, sampai berkurun la diktator muka tebal akan bermaharajalela di atas muka bumi bolehland nih unbeatable!

Sebab yang nak jatuhkan diktator yang zalim tu sendiripun adalah seorang diktator yang zalim jugak..

So ni kira buku bertemu ruas la ni..

Jangan lupa zaman Madey jadi PM dulu beratus pemipin dan aktivis politik kena sumbat dalam ISA.. ditahan tanpa bicara..
 
JPPM langgar akta, PPBM berfungsi seperti biasa, kata Dr M

Mohamad Fadli | April 6, 2018

Kenyataan JPPM mengatakan PPBM tidak boleh menjalankan sebarang aktiviti sebagai parti politik juga salah di sisi undang-undang.

Pengerusi PPBM berkata perintah pembubaran sementara tidak disampaikan dengan sempurna.

PETALING JAYA: PPBM mendakwa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) melanggar Akta Pertubuhan dalam mengeluarkan perintah pembubaran sementara dan menganggap parti masih berfungsi untuk menjalankan sebarang aktiviti.

Pengerusi Tun Dr Mahathir Mohamad berkata antara sebabnya ialah perintah pembubaran sementara tidak disampaikan dengan sempurna dan oleh itu ia boleh dianggap tidak sah.

Beliau memetik Seksyen 62 Akta Pertubuhan 1966 yang memerlukan perintah seperti itu disampaikan kepada 4 pemegang jawatan di alamat berdaftar pertubuhan.

“Sehingga kini kami pemegang jawatan PPBM iaitu saya pengerusi, Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, setiausaha agung dan bendahari tidak pernah disampaikan dengan apa-apa notis perintah sementara pembubaran,” katanya di ibu pejabat PPBM di Yayasan Selangor malam tadi.


Bekas perdana menteri itu juga mempertikaikan penularan perintah JPPM kepada orang ramai sebelum pertubuhan terkesan menerima notis.

“Ini tidak sepatutnya berlaku jika JPPM bersikap profesional dan telus,” katanya.

Mengikut tafsiran PPBM, Dr Mahathir berkata halangan aktiviti yang dikenakan ke atas PPBM hanya terpakai apabila pendaftaran pertubuhan terbatal secara mutlak.

Memandangkan PPBM hanya dikenakan perintah sementara, maka parti itu akan meneruskan aktiviti seperti biasa.
“Jika JPPM nak ambil tindakan dan tangkap saya kita protes. Rakyat pun akan protes,” tambahnya.


Sementara itu, Dr Mahathir berkata PPBM akan menggunakan peluang rayuan yang dibenarkan undang-undang untuk merayu perintah pembatalan sementara itu kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“PPBM akan lakukannya dalam masa terdekat,” katanya.
JPPM hari ini mengarahkan pembubaran sementara PPBM selepas parti itu gagal membekalkan dokumen di dalam tempoh masa yang diberikan sebelum ini.

Dokumen itu ada kaitan dengan notis JPPM mengikut Seksyen 14(2) Akta Pertubuhan, yang merujuk minit mesyuarat cawangan, bahagian dan pusat serta perihal penyata kewangan parti.

Ia susulan aduan ahli parti itu mengenai perhimpunan agung tahunan (AGM) pertamanya pada akhir Disember lalu.
Perkembangan ini timbul di tengah-tengah spekulasi mengatakan Parlimen akan dibubarkan esok bagi membuka laluan kepada pilihan raya umum ke-14.

Ketua Pengarah JPPM Surayati Ibrahim berkata PPBM diberi tempoh 30 hari untuk menyerahkan butiran maklumat dan dokumen yang diperlukan dalam siasatan ke atas aduan yang diterima, dan sekiranya gagal berbuat demikian, pendaftaran parti itu akan dibatalkan secara mutlak.

Isu berkaitan pendaftaran PPBM menjadi penghalang kepada pendaftaran Pakatan Harapan sebagai gabungan rasmi, bersama PKR, DAP dan Amanah.

Gabungan ini mahu bertanding pilihan raya bawah satu lambang untuk melawan Barisan Nasional (BN).

sumber
 
Jppm ni bawah zahid ke..??

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia adalah sebuah Jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri yang mengendalikan pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan dan parti politik.

http://www.ros.gov.my/index.php/my/maklumat-korporat/pengenalan-jabatan

Nama : Ahmad Zahid Bin Hamidi, YAB Dato' Seri Dr.

Jawatan dalam Kabinet : Timbalan Perdana Menteri / Menteri Dalam Negeri

Parti : BN - UMNO
Tempat Duduk :A-2
Parlimen :P075
Kawasan :Bagan Datuk
Negeri :Perak

http://www.parlimen.gov.my/profile-ahli.html?uweb=dr&id=3094

Lol, ramai yg sayang dan percaya dgn zahid rupanya..
beronok2 penyokong zahid kat sini.. :))
 
Last edited:
Yusbatrisha Lii Yusri
3 hrs ·
Karma (1998 ~2018)

Pada 1998, Mahathir halang ROS daripada mendaftar Parti Sosialis Malaysia ketika dia PM dan PSM
hanya berdaftar selepas 10 tahun pada 2008.
Sekarang pada 2018, Parti Pribumi BERSATU Malaysia telah dibubarkan.

Ini akibat sistem diktator yang diwujudkan oleh
Dr. Mahathir bin Mohamad yang akhir telah makan dirinya sendiri.
:)):)):)):)):)):)):))
 
Back
Top
Log in Register