BTC USD 82,447.9 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Parti BERSATU bubar !!!

Najib draw first blood.

:))


Memang lurus bendul sapa² yang percaya ROS ni telus dan adil.

Aku setuju.. Tapi mahathir sendiri yang bagi ruang dan peluang utk najib bertindak..

Tapi gasaklah.. Aku suke je.. :))
 
inilah contoh kekuatan yg ada pada barisan. diorg yg kawal game dari segala segi.
 
hqdefault.jpg


umno bergasak dgn Bersatu..kita tepuk tangan ja...

ooopsss..lepas ni baju bersatu boleh buat lap meja..dah haram guna kot???
 
apa motif dia xnak ikut rules??

pelik aku ngan mainan madey nih..

ke dia masih ada hati masuk balik bn??

aku nmpk mader bukan fokus pada organisasi parti, tapi lebih kepada undi kerana diri dia. dia fokus nk tambah pengundi, nk tarik undi atas krebiliti dia.

bersatu hidup pon sbb mader. jika mader takde, bersatu mmg suam2 kuku. muhriz dgn pak din sekadar badut tumpang nama mader je. boleh lihat sendiri.
 
ak dah agak dah, last minute punya percaturan ROS, bersatu akhirnya, dinoktahkan sementara waktu, apa susah, PKR pun dah kompromi benarkan logonya digunakan.
setel masalah, yg penting, pengundi yg sudah tersedarrr kena ingat asal bukan dacing, pangkahlah parti kesukaan anda, hehhe. jgn lagi dok tersiksa selama ini.
propaganda machai dlm CG ni kita boleh kenai. jgn termakan pujuk rayu mereka ni,
ada agenda peribadi utk isi tembolok mereka hingga kenyang.
 
ak dah agak dah, last minute punya percaturan ros, bersatu akhirnya, dinoktahkan sementara waktu, apa susah, pkr pun dah kompromi benarkan logonya digunakan.
Setel masalah, yg penting, pengundi yg sudah tersedarrr kena ingat asal bukan dacing, pangkahlah parti kesukaan anda, hehhe. Jgn lagi dok tersiksa selama ini.
Propaganda machai dlm cg ni kita boleh kenai. Jgn termakan pujuk rayu mereka ni,
ada agenda peribadi utk isi tembolok mereka hingga kenyang.

very good..i like....
 
baru nak pangkah atas muka madey...
kena cari mangsa lain la plak..
 
Bubar parti: Tidak jejas calon pilihan raya, Bersatu akan saman RoS

DALIA ISMAILApril 5, 2018 9:31 pm 0

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sudah menjangka Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) akan bertindak untuk membubarkan parti itu.

Pengarah Strategi Dasar, Dr Rais Hussein berkata, dengan keputusan Pakatan Harapan (PH) menggunakan satu logo yang akan diumumkan esok oleh Pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyelesaikan semua kemelut antara parti itu dengan RoS.

“Kita telah ikut segala peraturan RoS dan perlembagaan parti.

“Kita tidak rasa terkesan atau menganggu gugat persediaan pilian raya kerana segala bahan kempen telah disediakan menggunakan satu logo.


“Perkara zalim ini dipercayai akan berlaku sekali lagi terhadap PPBM, jika rakyat tidak menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN),” ujarnya kepada Malaysia Dateline hari ini.

Beliau berkata, kerajaan BN bukan sahaja sebuah kerajaan kleptokrasi bahkan sebuah kerajaan diktator.

Dr Rais juga berkata, terdapat dua perkara yang mana Bersatu tidak boleh memberikan jawaban terhadap persoalan yang dikemukakan oleh RoS.

“Dalam sebuah organisasi perkara yang perlu didahulukan ialah penubuhan jawatankuasa protem, cawangan dan bahagian.

“Mesyuarat Tahunan dalam perlembagaan parti akan diadakan dalam jangka masa 12 bulan.

“Saya nak tanya RoS ada bahagian kami yang tidak sampai 12 bulan lagi. Jadi tidak perlu diadakan mesyuarat tahunan seperti diperuntukan dalam perlembagaan parti.

“Ada laporan mesyuarat cawangan kita tidak serah pada RoS untuk pengesahan kerana ada cawangan masih lagi dalam proses pembentukan.

“Sebenarnya kita telah mengikuti segala apa yang diperuntukan di bawah akta RoS dan perlembagaan parti.

“Apa yang dibuat oleh RoS hanya menafikan hak kita berparti hanya untuk menghadapi pilihan raya,” ujarnya.


Wartawan dan ahli Bersatu sudah mula berkumpul di Ibu Pejabat Bersatu di Petaling Jaya malam ini, menanti keputusan Majlis Pimpinan Tertinggi terhadap pembubaran sementara parti itu oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan hari ini..

Beliau juga berkata Bersatu bercadang untuk menyaman RoS atas tindakan membubarkan sementara parti itu hari ini.

Justeru beliau berkata, melalui mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi parti yang diadakan malam ini akan membincangkan tindakan selanjutnya parti itu terhadap tindakan RoS membubarkan parti itu sementara berkuat kuasa hari ini.

“Kita akan ambil tindakan undang-undang nampak sangat RoS telah mencabuli undang-undang sedia ada.

“Malam ini kita akan buat keputusan dan insyallah kita wajib mengambil tindakan undang-undang terhadap Ros kerana mereka gagal menjalankan tugas dengan konsisten dan bertanggungjawab dalam tadbirurus yang baik,” ujarnya.

Pembubaran pendaftaran Bersatu akan kekal jika parti berkenaan gagal mematuhi 15 permintaan Ros dalam masa 30 hari.

Ketua Pengarah RoS, Surayati Ibrahim dalam sidang media petang tadi berkata, Bersatu gagal menyerahkan semua maklumat dan dokumen yang diperlukan olehnya di bawah Seksyen 14 (2) Akta Pertubuhan 1966.

Hari ini kenyataan bersama Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalannya Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut dirakamkan menerusi rakaman video di laman facebook parti itu hari ini.

Kata Muhyiddin tindakan RoS membubarkan parti itu amat mendukacitakan kerana selepas dua jam sidang media diadakan oleh Ketua Pengarah RoS tidak pernah menerima sebarang notis atau perintah pembubaran sementara parti itu.

“Kita mahu semua ahli bertenang sementara pucuk pimpinan membuat keputusan untuk menjelaskan hal ini.

“Suka saya tegaskan situasi ini tidak sedikitpun melunturkan semangat juang kita semua untuk menegakkan kebenaran menentang kemungkaran,”” ujarnya dalam video berdurasi 2 minit 37 saat petang tadi.

sumber
 
Back
Top
Log in Register