wah....
cam menarik jerk...
cite ler camne nak wat?
sape prospek nyer?
camner nak carik market
Sasaran Pelanggan kami adalah spt berikut:
Kementerian/Jabatan Kerajaan:
spt. Kem. Belia & Sukan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pelajaran dan sebagainya
Agensi2 Kerajaan:
Mardi, Felda, Kemas dan sebagainya
Syarikat Semi Government:
seperti TNB, KTMB, KWSP, UDA, TELEKOM dan sebagainya
Universiti:
seperti UKM, UPM, UiTM, Unisel dan sebagainya
Utk soalan, bagaimana nak cari market? Jawapannya ada pd diri anda sendiri, dan ia ditentukan berdasarkan kategori berikut:
1) Anda ada Pengalaman dan kenal atau ada 'Kabel'/Orang Dalam
2) Ada Pengalaman tapi tiada 'Kabel'
3) Tiada Pengalaman langsung tapi ada kenalan (org dalam)
4) Tiada Pengalaman dan tiada 'contact.'
Utk kategori 1-3, golongan ini tak payah diajar cari market.. tetapi utk kategori yg ke 4 tu, anda kena berusaha lebih.
Ini kerana mrk yg dlm kategori 1-3, biasanya sales yg mrk bawa pulang ke pejabat adalah dalam jenis jobs confirm dpt.. tetapi utk kategori ke 4, biasanya akan membawa pulang sales yg belum tentu dpt iaitu melalui sebutharga terbuka atau 'open tender'
Kesimpulannya, market printing terlalu luas. Dalam 1 Kementerian sahaja dok ada berpuluh buah Jabatan.. kemudian dipecahkan lagi kepada Agensi...
Bayangkan di Putrajaya tu ada berapa banyak Kementerian. Anda cuma perlu surf laman web mrk, dan dapatkan contact no Pegawai yg incharge.. Biasanya anda kena cari Pegawai yg incharge Bahagian Pentadbiran & Bhg Komunikasi Korporat.. Hubungi mereka, tetapkan temujanji. Ketika temujanji anda kena buat presentation sikit.. buat simple presentation ringkas ttg servis2 yg pihak syarikat tawarkan pd mereka... Sedikit pengetahuan dlm bidang printing memberikan advantage kpd anda... berikan Profil Syarikat.. Tunjukkan sample2 jobs yg pernah pihak syarikat jayakan. Dan tanyakan apakah 'peluang semasa' yang ada yang boleh kita ambil bahagian pd ketika itu.. Anda juga boleh mengundang mereka dtg ke pejabat/kilang utk melihat kelengkapan dan kemudahan yg ada sekaligus dpt memberikan gambaran lebih jelas kpd mrk ttg keupayaan syarikat dlm memenuhi segala keperluan permintaan mereka... (Biasalah dlm bidang Sales ni, ayat kena power sket.. Member2 CG saya percaya ramai yg memiliki ketokohan sebegini..)
Biasanya, mereka takkan bagi keputusan pd masa itu juga. utk itu selepas 2-3 hari atau seminggu kemudian, anda kena follow up.. Tanyakan lagi sebarang peluang yg boleh anda ambil bahagian.
Ok, saya sharing setakat tu jelah.. panjang lebar dah.. Klo nak citer panjang lagi anda boleh dtg ofis dan berjumpa direct dgn saya... Insya'Allah saya bantu semampu mungkin.. Tapi klo nak dtg opis tu call ler dulu.. saya pun buat sales gak.. So, jrg lekat kat opis...
