BTC USD 83,330.9 Gold USD 4,177.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Parking tak cukup, asyik disaman!

Buat lah parking time zone 7pm - 7am. Diluar time zone bagi heavy saman.
 
Jenis nak parking free. Kalau pakai kete kene faham la makan Spacing tanah or lot bagunan. So kene la bayar.

Pakai kete nak jadi ummah subsidi baik dok Singapore.
 
samancybera1_1716159740.jpg


Cyberjaya: Ketika penduduk masih bergelut dengan peningkatan kos sara hidup, ada pula pihak yang didakwa sengaja menambah beban atas kesengsaraan sedia ada.

Penduduk menyifatkan tindakan menyaman dan menunda kenderaan yang diletakkan di kawasan tidak sepatutnya, seperti tidak sensitif dan ibarat 'merobek' poket mereka.

Meskipun sedar ia suatu kesalahan apabila meletakkan kenderaan bukan di ruangan betul, penduduk berpandangan pihak berkuasa tempatan (PBT) sepatutnya mencari penyelesaian dalam menangani masalah parkir, bukannya saman atau tunda semata.

Tinjauan baru-baru ini di kawasan Persiaran Apec pada sebelah pagi, mendapati berpuluh-puluh kenderaan disaman selepas penduduk apartmen berdekatan meletakkan kenderaan di bahu jalan.

Seorang penduduk yang ingin dikenali sebagai Zainal, 40-an berkata, dia disaman beberapa kali ketika meletakkan kenderaan di bahu jalan, termasuk berhampiran kawasan perniagaan Persiaran Cyber untuk membeli barang keperluan.

"Saya akur disaman jika kenderaan diletak di situ lama dan menghalang laluan, namun masa diambil sekejap sahaja dan penguat kuasa seperti tidak bertolak ansur," katanya.

Menurutnya, kekurangan parkir di kawasan itu menyebabkan ramai pemandu meletakkan kenderaan di tepi jalan.

"Bukan setakat pelanggan, peniaga berurusan di kawasan berkenaan juga sering merungut susah dapat parkir kerana petak sedia ada terhad," katanya.

Bagi kakitangan swasta, Mohd Zarif Alimin, 45, tindakan PBT menjalankan operasi tunda dan kompaun ke atas kenderaan yang diletakkan di bahu jalan, contohnya berhadapan pusat beli-belah, Malakat Mall seperti tidak prihatin.

Dakwanya, trafik di kawasan itu tidak sibuk berbanding lokasi lain, malah masih ada ruang yang boleh dijadikan tempat meletak kenderaan.

Katanya lagi, lebih wajar sekiranya PBT memberi tumpuan terhadap isu besar lain seperti menambah baik sistem pentadbiran dan tatakelola, lampu jalan yang tidak berfungsi, jalan berlubang dan masalah banjir kilat yang menambah derita rakyat.

"Tindakan saman sahaja sebenarnya tidak menyelesaikan masalah ini, malah PBT akan menjadi sasaran kemarahan kalangan penduduk.

"Penyelesaian ialah PBT membina banyak kawasan parkir, sama ada percuma atau berbayar di kawasan perumahan dan tempat tumpuan orang ramai," katanya.

Ikuti penjelasan pihak berkuasa berhubung isu ini dalam terbitan Harian Metro esok.


jalan tu nampak mcm luas. tukar je lah jadi petak parking. collect bayaran. dapat juga income.
 
Back
Top
Log in Register