BTC USD 60,659.4 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Parang Jadi Teman TIDUR

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
pix_gal0


WARGA Vietnam merempuh tali halangan polis untuk balik ke asrama mereka di Taman Semarak, malam kelmarin.



Penghuni dekat asrama pekerja asing bimbang keselamatan

BANDAR BARU NILAI: Segelintir penduduk di Taman Semarak, yang terletak kira-kira 50 meter dari asrama pekerja asing sebuah kilang tekstil di sini, terpaksa tidur bertemankan parang kerana bimbang keselamatan diri dan keluarga.

Walaupun jarang kumpulan pekerja Vietnam, Bangladesh dan Nepal seramai lebih 3,700 orang yang mendiami kawasan asrama itu mengganggu penduduk setempat, tetapi itu tidak menjamin keselamatan mereka sepenuhnya.
Selain itu, ramai penduduk masih trauma dengan kejadian rusuhan yang berlaku sebelum ini yang menyaksikan kawasan perumahan itu berubah menjadi medan pergaduhan menakutkan.
Seorang peniaga yang tinggal di perumahan itu sejak lapan tahun lalu, Anita Mansor, 34, berkata keluarganya tertekan dengan pergaduhan yang sering berlaku.

“Banyak pergaduhan kecil berlaku di sini, tetapi tidak membabitkan polis dan orang luar, jadi tiada siapa memberi perhatian.

“Setiap kali orang bergaduh, kami trauma mengingatkan pergaduhan kumpulan pekerja Vietnam dan Indonesia lapan tahun lalu, kerana ketika itu ramai lelaki bermuka bengis keluar masuk ke kawasan asrama membawa besi dan kayu sebagai senjata.

“Penduduk ketakutan dan berkurung bersama keluarga dalam rumah kerana tidak mahu dicederakan,” katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.
Dalam kejadian rusuhan kali ketiga di asrama itu malam kelmarin, 23 orang cedera akibat pergaduhan membabitkan kumpulan pekerja Vietnam dan Bangladesh.

Pergaduhan besar pertama di asrama itu pada 17 Januari 2002 apabila lebih 500 pekerja Indonesia merusuh dan merosakkan kenderaan polis kerana tidak berpuas hati dengan tindakan polis menahan rakan mereka yang positif dadah.

Pada 22 September 2003 pula, kumpulan pekerja Indonesia dan Vietnam bergaduh apabila seorang warga Indonesia dikejar dan dipukul sekumpulan pekerja Vietnam yang mabuk, menyebabkan enam pekerja Indonesia cedera.

Sementara itu, pekerja kilang tinggal di kawasan itu sejak 17 tahun lalu, S Kannahe, 40, berkata dia berasa tidak selamat dengan kehadiran warga asing sering berkeliaran dan mabuk berhampiran rumahnya.


Tgk pic atas tu diaorg selamber ja redah.. Tembak bagi mati terus la.. Menyusahkan je. Nnt gaduh lagi :)):))
 
dok tempat sendiri pon dah rasa x selamat...adoiii
 
hantar balik je .. ngeri
 
kasi anta balik la..
semak je..
 
blacklist dr masuk Malaysia masuk terus..yg kes mcm nih lar ptt di isa kan..nih rakyat malaysia plak sng2 nak di isa kan..hantor ajer blk..rusuh lg tembak pakai air...ngan org malaysia ajer deme brani..bak kera di hutan disusukan, anak kat rumah kelaparan
 
diorng merusuh siap pujuk elok2..cm syial..

rkyat sndri berkumpul secara aman mamposs kne pukul terajang
 
dh terlampau ramai sampai tak terkawal..
agak2 pendatang asing ni kalau dikumpulkan jumlahnya mungkin lebih ramai dari jumlah polis/ tentera kita..
tu la..bawak masuk lg ramai2..sekarang sape yg susah? rakyat jugak..
yg senang tokey kilang je kot..hehe
 
Back
Top
Log in Register