BTC USD 63,539.1 Gold USD 4,480.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Parah ditetak menantu

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,254
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,254
Reaction score
1,661
Points
201
Parah ditetak menantu
FB_IMG_1642327800531.jpg

AMPANG - Berang kerana kerap meminta wang ganti rugi, seorang lelaki menetak kepala dan badan bekas mertuanya sehingga parah dalam kejadian di sebuah warung di Pandan Jaya pada Sabtu.

Bagaimanapun, suspek bertindak melarikan diri dan polis kini sedang berusaha mengesan lelaki terbabit.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, sebelum kejadian, buruh binaan warga asing berusia 51 tahun itu didatangi bekas menantunya yang juga lelaki tempatan berumur 25 tahun.

Suspek membawa sebilah par@ng lalu terus menet@k mangsa beberapa kali di bahagian badan serta kepala sehingga mengakibatkan luka di kepala, pipi kiri dan lengan kiri, katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Menurutnya, polis menerima makluman berkaitan kejadian kira-kira jam 11 malam sebelum bergegas untuk pemeriksaan di lokasi terbabit.

Mangsa kini berada di Zon Kuning Hospital Ampang dan kini keadaan stabil dan kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan, katanya.

#SinarHarian
 
Pak mertua from hell ke ni sampai geram sangat ex menantu dia
 
Back
Top
Log in Register