BTC USD 63,741.7 Gold USD 4,341.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Parah diserang kumpulan lelaki

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,282
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,282
Reaction score
1,665
Points
201
FB_IMG_1627124909172.jpg
FB_IMG_1627124911463.jpg
FB_IMG_1627124913611.jpg
FB_IMG_1627124915627.jpg
FB_IMG_1627124917708.jpg
FB_IMG_1627124919789.jpg

Parah diserang kumpulan lelaki

Bukit Mertajam: Pengarah Eksekutif Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang parah selepas diserang sekumpulan lelaki bersenjata tajam di hadapan rumahnya di Taman Alma, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 7 malam itu, Datuk M Ramachandran, 70, dikatakan baharu turun dari kereta untuk masuk ke rumahnya.

Akibat serangan itu, mangsa dikejarkan ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) akibat kecederaan pada bahagian leher, peha, belakang kepala serta badan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, siasatan mendapati mangsa dipercayai diserang empat lelaki menggunakan senjata tajam.

"Siasatan lanjut masih dijalankan dan mangsa yang parah kini dirawat di HBM di mana keadaannya dilaporkan stabil.

"Individu yang melihat kejadian diminta tampil atau menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Sobirin di talian 018-2926844 bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

@hmetro
Gambar: Media sosial
 
Teruk kena tetak
Nasib takda kehilangan anggota badan
Cuma kehilangan darah
 
ni la masalah geng2 kicap..

main parang2...kalau mangsa tu kehilangan anggota badan mcm mana..

harap PDRM dapat tembak mati je geng2 kongsi gelap ni
 
Amma dh 70 pun kena bedal mcm ni. Ramai sgt org dendam tu
 
Back
Top
Log in Register