BTC USD 63,954.0 Gold USD 4,331.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PANTAI MURNI , YAN, KEDAH

RuthlessFairy

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,239
Paid Membership
Joined
May 15, 2009
Messages
30,239
Reaction score
879
Points
166
Pantai Murni merupakan salah satu lokasi menarik di daerah Yan, Kedah. Ia sering menjadi tumpuan orang-ramai dihujung minggu dan musim cuti sekolah. Pantai popular ini terletak berhampiran pekan Yan. Bagi yang belum pernah ke Pantai Murni dan merancang untuk ke sini, Percutian Bajet telah menyediakan maklumat lengkap sebagai panduan anda.

Pantai ini sebenarnya cukup popular di Kedah sejak dahulu. Ia bukanlah pantai yang cantik berpasir bersih untuk mandi-manda. Sebaliknya, benteng penahan ombak dan batu-batu besar sahaja yang ada. Namun, ia tidak menghalang tempat ini untuk menjadi salah satu destinasi paling popular untuk dikunjungi semasa musim cuti.

waterfront.jpg


Ramai yang membawa keluarga bersiar-siar disini pada waktu petang. Malah dihujung minggu, kawasan yang dipanggil Pantai Murni Waterfront ini pasti dipenuhi pengunjung. Jika dahulu, ia cukup menarik untuk dijadikan lokasi perkelahan keluarga tetapi sekarang, untuk dapatkan tempat menghampar tikar pun susah. Apa yang menarik ada disini?

waterfront-pantai-murni.jpg


Suasana di sekitar Pantai Murni Waterfront memang cantik. Tidak hairanlah ramai yang berkunjung kesini semasa cuti.

pantai-murni-waterfront.jpg


Apa yang menarik di Pantai Murni?​

Pantai Murni ada beberapa keistimewaan yang menarik pengunjung kesini pada hujung minggu dan hari cuti umum.

Pemandangan laut​

Pemandangan laut di Pantai Murni memang cantik. Ada empat buah pulau menghiasi perairan ini dengan Pulau Bunting sebagai pulau terbesar dan paling hampir dengan daratan. Ada jambatan yang menghubungkan pulau ini dengan tanah besar Kedah dan pengunjung dapat melihat keindahan ini dari Pantai Murni. Pulau-pulau lain yang ada ialah Pulau Songsong, Pulau Telur dan Pulau Bidan.

pemandangan-pulau-bunting.jpg


Kelihatan Pullau Songsong dan Pulau Telur di laut.

pemandangan-pulau.jpg


Pulau Bunting paling jelas jika dilihat dari pelantar di laut.

waterfront-pantai-murni3.jpg


Matahari terbenam​

Jujur, pemandangan matahari terbenam di Pantai Murni adalah sangat mengagumkan. Jika cuaca elok, pengunjung dapat memerhatikan mega merah di langit, cahaya yang menembusi awan dan pantulan cahaya di laut bagaikan lukisan. Cukup indah dan menenangkan. Pengunjung tidak perlu risau jika ingin melayan sunset sehingga habis kerana surau yang besar dan selesa ada ditepi pantai. Jadi bila dengar azan berkumandang, pakat-pakatlah ke surau.

pemandangan-matahari-terbenam.jpg


Pemandangan matahari terbenam di Pantai Murni yang cukup mempersonakan


Berbagai pemandangan matahari terbenam di Pantai Murni yang cukup menarik.

matahari-terbenam-pantai-murni.jpg


Gunung Jerai dan daratan​

Di Waterfront Pantai Murni terdapat satu pelantar yang dibina hingga jauh ke laut. Pengunjung boleh berjalan di pelantar ini untuk melihat pemandangan laut dan juga daratan. Pemandangan pantai berlatar-belakangkan Gunung Jerai dari sini cukup mempersonakan.

pelantar.jpg


Pelantar yang dibina bagi pengunjung melihat keindahan pemandangan di Pantai Murni.

pemandangan-pantai.jpg


Pemandangan daratan, pantai dan Gunung Jerai dari atas pelantar.

pemandangan-gunung-jerai_0.jpg


Kemudahan di Pantai Murni​

Antara kemudahan yang disediakan di Pantai Murni ialah:

  • Tempat meletak kereta yang luas - Tempat letak kereta disebelah Medan Selera Pantai Murni, tempat letak kereta bersebelahan padang awam dan juga disepanjang jalan ditepi pantai.
  • Medan selera - Terdapat beberapa buah gerai yang menjual berbagai jenis makanan dan minuman untuk pengunjung Pantai Murni. Antara yang menarik ialah Mee Udang, ABC dan air kelapa.
  • Gerai makanan - Terdapat banyak gerai makanan dan minuman dikawasan pokok Rhu dihujung Pantai Murni. Antara yang menarik dijual disini ialah rojak buah, air kelapa dan makanan ringan.
  • Surau.
  • Tandas awam.
  • Taman permainan kanak-kanak.
  • Kerusi dan tempat duduk untuk pengunjung.
taman-permainan-pantai-murni-yan.jpg


Benteng penahan ombak dibina ditepi pantai.

pantai-murni-yan.jpg


Laluan dan lanskap di menarik juga ada disini.

pantai-murni_0.jpg


Aktiviti menarik di Pantai Murni​

Antara aktiviti menarik di Pantai Murni ialah:

  • Melihat matahari terbenam - Ramai pengunjung yang datang diwaktu petang untuk melihat pemandangan indah matahari terbenam di Pantai Murni. Ada yang membawa kamera dengan berbagai gadget untuk merakam pemandangan indah kilauan matahari yang memantul di atas permukaan laut dan sinaran yang menembusi awan. Manakala yang lain sekadar ingin menikmati pemandangan menarik matahari terbenam dan mega-mega merah yang tertinggal di kaki langit.
  • Menjamu selera di medan selera - Pengunjung boleh menikmati berbagai makanan dan minuman di medan selera Pantai Murni sambil menikmati pemandangan laut.
  • Bersantai melihat keindahan laut dan pemandangan indah Gunung Jerai.
  • Berkelah bersama keluarga - Ramai yang membawa keluarga berkelah menikmati juadah dibawah pokok Rhu yang merendang ditepi Pantai Murni.
  • Membawa anak-anak bermain di taman permainan yang disediakan - Berbagai permainan yang disediakan seperti papan gelongsor, buaian, jongkang-jongket dan sebagainya. Selain itu ada juga permainan yang dijual seperti belon, layang-layang dan lain-lain yang sesuai dimainkan ditepi pantai.
  • Uptown yang dibuka setiap malam Jumaat, Sabtu dan Ahad - Menjual pelbagai barangan menarik seperti t-shirt, seluar, pakaian bundle dan lain-lain.
pantai-murni-waterfront1.jpg


Pemandangan di Pantai Murni Waterfront.

pantai-murni-waterfront_0.jpg


Medan Selera di Pantai Murni. Pengunjung boleh menjamu selera sambil menikmati keindahan matahari terbenam.

medan-selera-pantai-murni.jpg


Penginapan di Pantai Murni​

Antara penginapan yang ada dikawasan berhampiran Pantai Murni ialah:

  • Homestay berhampiran Pantai Murni - Banyak homestay berhampiran Pantai Murni dan disekitar kampung berhampiran yang menarik dengan harga yang berpatutan.
  • Homestay Kampung Raga, Yan - Homestay pelancongan yang sangat cantik dan selalu dijadikan lokasi penggambaran drama di Malaysia.
  • Resort dan chalet dikawasan peranginan Titi Hayun - Banyak resort dan chalet yang terdapat dikawasan pelancongan ini. Pengunjung boleh memilih berdasarkan pakej yang ditawarkan atau mengikut lokasi menarik chalet berkenaan.


homestay-pantai-murni.jpg


Tempat menarik berhampiran Pantai Murni​

Ada beberapa tempat menarik yang ada dikawasan berhampiran Pantai Murni seperti:

  • Pantai Tanjung Jaga, Yan - Pengunjung boleh melihat pemandangan laut dari atas bukit atau memancing di tepi pantai.
  • Pantai Titi Bakong, Yan - Salah satu lokasi perkelahan berhampiran Pantai Murni, Yan.
  • Kawasan peranginan Titi Hayun, Yan - Kawasan pelancongan popular di daerah Yan. Pengunjung boleh mandi air terjun atau menginap di resort dan chalet yang banyak terdapat disini untuk menikmati keindahan alam semulajadi.
  • Perkampungan nelayan seperti Kuala Sungai Yan dan Kampung Singkir Laut - Selain melihat deretan bot nelayan, pengunjung juga boleh membeli ikan segar, udang segar, ikan kering dan lain-lain.
  • Gunung Jerai - Semestinya melawat puncak Gunung Jerai adalah aktiviti yang mesti dilakukan jika anda ke sini. Pemandangan cantik dan suhu sejuk adalah tarikan yang tidak boleh dilepaskan.


jeti-nelayan.jpg


Kesimpulan​

Pantai Murni sentiasa dipenuhi orang-ramai terutama diwaktu petang, hujung minggu dan di musim cuti persekolahan. Walaupun pantai ini tidak sesuai untuk mandi, ia tetap popular sebagai sebuah lokasi pelancongan di daerah Yan kerana memiliki pemandangan yang cantik dan kemudahan asas yang disediakan untuk pengunjung.

Jika anda merancang untuk berkunjung ke Pantai Murni pada hari cuti umum, bersedialah untuk beratur panjang kerana jalan memang sesak. Tempat letak kereta juga penuh.

kredit: percutian bajet
 
Last edited:
lama aku tak pergi kedah. rindu kedah

nntlah aku akan kesini jua
 
Bolehla sini..mmg tgk sunset kot..bdk2 boleh men keta eletrik,siap duit jela mak.n ayah...kena ayaq surut teruk..nampak lumpoq la..heehhe
 
Ayaq seluit aku p hari tu dlm hujung tahun lepaih. Nk lepak2 bole la...nk vacation tu, baik naik Gunung Jerai kot
 
Back
Top
Log in Register