Myboiler
Fun Poster
- Messages
- 425
- Joined
- Jan 3, 2010
- Messages
- 425
- Reaction score
- 3
- Points
- 15
KUALA LUMPUR – Sepasang suami isteri warga asing memanjat dan bersembunyi di bumbung rumah yang mereka duduki bagi mengelak daripada dicekup oleh pihak berkuasa yang menjalankan operasi membanteras pendatang asing tanpa izin (PATI) di Ampang Jaya awal pagi ini.
Mereka adalah antara kira-kira 125 warga asing yang diperiksa dalam operasi tersebut di sekitar kawasan perumahan Taman Datuk Ahmad Razali.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Supt. Amiruddin Jamaluddin berkata, operasi itu dijalankan selepas mendapat aduan daripada penduduk setempat mengenai kebanjiran warga asing di kawasan penempatan mereka.
"Kita dapat maklumat adanya kewujudan warga asing yang menghuni di kawasan perumahan ini.
"Akibat kekhuatiran dan ketakutan penduduk, pagi ini kita melancarkan operasi bersepadu bagi menahan warga asing yang disyaki tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah,” katanya.
Beliau berkata daripada jumlah yang diperiksa, seramai 51 orang termasuk dua kanak-kanak ditahan.
"Daripada yang ditahan itu, 19 orang adalah lelaki warga Indonesia, 28 wanita Indonesia dan dua masing-masing kanak-kanak Indonesia dan lelaki Myanmar,” kata Amiruddin.
Kesemua mereka yang ditahan berumur lingkungan setahun hingga 50 tahun itu akan disiasat di bawah Seksyen 51 (5)(6) Akta Imigresen 1963. – Bernama