BTC USD 86,656.4 Gold USD 4,353.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Panglima Puteri Putih, Srikandi Kuala Selangor

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,262
Points
2,836
SRIKANDI KUALA SELANGOR

Diceritakan bahawa dendam kesumat pasukan pihak Belanda terhadap Sultan Ibrahim berpunca daripada baginda membantu Raja Haji ketika pertempuran di Teluk Ketapang, Melaka. Tentera Sultan Ibrahim diketuai oleh Panglima Puteri Putih berjaya menewaskan pasukan tentera Belanda. Hutang darah dibalas dengan darah, hutang nyawa dibalas dengan nyawa. Gabenor Willem Arnold Altingsburg bertekad menyerang Kota Selangor, Kuala Selangor.

Tenteranya diketuai oleh Laksamana Sir Jacob Pieter van Braam dan dibantu oleh Kapten Dirk van Hogendrop. Dalam pertempuran yang sengit itu, orang² Melayu Bugis termasuk panglima² handalan dan Panglima Puteri Putih terpaksa mempertahankan Bukit Selangor. Asakan demi asakan terpaksa mereka hadapi dari serangan tentera Belanda. Akhirnya Bukit Selangor dapat ditawan oleh tentera Belanda dan Sultan Ibrahim Shah bersama² pengikutnya termasuk Panglima Puteri Putih terpaksa berundur ke Tiram Buruk lalu mudik ke Pahang.

Pada masa yang sama, tentera Belanda telah merobohkan kota² yang sedia ada dan membina kota² baru. Pada waktu malam, tentera Belanda sering diganggu oleh peristiwa misteri. Seorang demi seorang askar Belanda mati secara tiba-tiba. Ketakutan menguasai jiwa setiap pasukan tentera Belanda sehingga mereka tidak kuat untuk menghadapinya.

Akibat daripada hal inilah, maka tentera Belanda dapat ditewaskan oleh Sultan Ibrahim Shah bersama para pengikutnya termasuk Panglima Puteri Putih, Tok Penggawa Permatang dan pasukan bantuan dari Pahang. Akhirnya Bukit Selangor dapat ditawan semula oleh Sultan Ibrahim Shah dan pihak tentera Belanda pun kembali dalam kekalahan ke Melaka.

Semangat juang srikandi anak jati Kuala Selangor ini menjadi inspirasi dan idola pemuda ketika itu. Siapakah sebenarnya srikandi yang dinamakan Panglima Puteri Putih ini?

Panglima Puteri Putih dikatakan tinggal di Kampung Permatang. Ayahandanya seorang guru silat bernama Paduka Maha Bijaya. Ilmu persilatan Paduka Maha Bijaya diperturunkan kepada Puteri Putih yang menjadikan Puteri Putih seorang wanita yang hebat dalam ilmu persilatannya. Di kampung itu, tinggal seorang pemuda bernama Daeng Mateko yang sering mengganggu Puteri Putih setiap kali dia pulang daripada membasuh baju di jeram. Daeng Mateko mengaku berdarah bangsawan kerana mahu menjadi raja di Kuala Selangor tetapi telah ditolak oleh penduduk di situ. Daeng Mateko bagaikan orang yang gila kuasa. Merayau-rayau tidak tentu hala serta sering mengganggu penduduk di situ. Daeng Mateko juga memeras ugut para nelayan dan petani supaya membayar cukai kepadanya. Hal ini menyebabkan penduduk di situ menolak Daeng Mateko. Puteri Putih tidak menyukai pemuda itu.

Pada suatu hari semasa Puteri Putih membasuh baju di jeram, datang Daeng Mateko cuba mengganggu Puteri Putih. Daeng Mateko cuba merangkul tubuh Puteri Putih, namun dengan pantas Puteri Putih mengelak membuatkan Daeng Mateko terbabas beberapa langkah ke hadapan. Ketika Daeng Mateko terburu-buru, Puteri Putih menyerang dengan satu tumbukan di dada. Tumbukan padu tepat ke bahagian tulang rusuk sebelah kiri membuatkan Daeng Mateko mengalami sesak nafas. Selang beberapa saat kemudian, kelihatan mulut Daeng Mateko memercik cecair berwarna merah. Dia termuntah darah beberapa kali.

Sebenarnya, Sultan Ibrahim sudah lama mendengar khabar akan kehebatan seni silat Puteri Putih dan amat menyukai kehebatan dan ketangkasan Puteri Putih. Baginda akhirnya melantik Puteri Putih sebagai salah seorang panglima perang baginda. Maka, semenjak itu Puteri Putih digelar Panglima Puteri Putih.

Panglima Puteri Putih menyerahkan nasibnya kepada Allah SWT dalam perjuangan menentang penjajah. Tubuhnya yang mongel dan lembut itu tidak sepatutnya dilayan seperti wanita dibakar terik matahari. Kudrat wanitanya dikerah sehabis daya. Pada saat gadis-gadis lain sedang menghias wajah mereka dengan bedak sejuk di rumah, namun Puteri Putih masih di medan perjuangan. Dia tidak kisah akan semua ini. Perjuangan mesti diteruskan. Maruah bangsa mesti dibela. Agama mesti dipertahankan. Penjajah durjana mesti dihapuskan. Itulah tekad Puteri Putih.

 
Semangat membaca kisah perjuangan ini. Rasanya pernah baca kisah srikandi wanita yg memenggal kepala Raja Siam. Tapi kisah Panglima Puteri Putih baru pertama kali dibaca.
Kalau difilemkan pun bagus. Barulah ada idola buat anak remaja kita, bukan leka dengan medsos sahaja.
 
Semangat membaca kisah perjuangan ini. Rasanya pernah baca kisah srikandi wanita yg memenggal kepala Raja Siam. Tapi kisah Panglima Puteri Putih baru pertama kali dibaca.
Kalau difilemkan pun bagus. Barulah ada idola buat anak remaja kita, bukan leka dengan medsos sahaja.

Tak mudah
Perlukan banyak pengorbanan nak capai tahap cam tu
 
Semangat membaca kisah perjuangan ini. Rasanya pernah baca kisah srikandi wanita yg memenggal kepala Raja Siam. Tapi kisah Panglima Puteri Putih baru pertama kali dibaca.
Kalau difilemkan pun bagus. Barulah ada idola buat anak remaja kita, bukan leka dengan medsos sahaja.
Baca sejarah tengku anum plk lepas nie bro
 
Tak mudah
Perlukan banyak pengorbanan nak capai tahap cam tu
Asalkan dapat mencetuskan kesedaran kepada ibu bapa untuk lengkapkan ilmu persilatan kpd anak2 perempuan mereka pun dah cukup bagus.
 
Asalkan dapat mencetuskan kesedaran kepada ibu bapa untuk lengkapkan ilmu persilatan kpd anak2 perempuan mereka pun dah cukup bagus.
Masalahnya ibu bapa generasi sekarang pun kaki tik tok....kaki media sosial....semua nak rekod video dan upload......mereka tiada jiwa perjuangan.....hanya jiwa yg hauskan hiburan shj....so anak anak pun ikut lah...
 
Silat apa tu bang gitau la
ambe sempat tamat perguruan. Alhamdulillah. Sekarang ni simpan kuku. Tapi kalo ada je dengar apa apa berita persilatan, cepat je darah persilatan mendidih.
 
Back
Top
Log in Register