BTC USD 76,311.8 Gold USD 4,324.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Panggilan Telefon dari Tingkat yang Dah ditutup (KL)

lempeng

Fun Poster
Messages
895
Joined
Dec 16, 2005
Messages
895
Reaction score
145
Points
23
1764216175251.png


Panggilan Telefon dari Tingkat yang Dah ditutup (KL)



Ini adalah kisah yang Amir ceritakan pada aku dua minggu lepas, masa kitorang lepak mengeteh kat kedai mamak.

Amir bekerja dekat sebuah bank di KL Sentral. Pada malam 23 Oktober 2025, dia tengah OT sorang diri dalam ofis dia dekat tingkat 17. Kira-kira sekitar jam 11:45 malam macam tu, tiba-tiba telefon meja dia (talian dalaman) berbunyi. Dia angkat sebab ingat mungkin security yang call untuk check.

Tapi bila diangkat, senyap terus. Takde suara langsung, cuma bunyi “ssssss” statik macam talian kosong. Dia letak balik receiver.

Tak sampai 30 saat, telefon tu berbunyi lagi. Dia angkat lagi, dan benda yang sama berlaku - senyap takde orang bercakap dan bunyi statik. Kali ni dia tekan speaker, letak atas meja, sambil pack beg.

Tiba-tiba dari speaker tu keluar suara perempuan perlahan, macam bisik dari jauh:

“Abang… tingkat 13…”

Lepas tu talian mati sendiri.

Amir kata dia terus sandang beg, matikan lampu meja, lari turun tangga kecemasan (sebab lif lambat). Masa lalu pintu tingkat 13, dia nampak mangga rantai pintu terbuka dan rantai tu pulak tergantung longlai, walaupun pagi tadi dia nampak facman (Facility Manager) dah make sure ia masih terkunci elok-elok. Dia tak berani tengok lama, terus lari turun tangga sampai ke parking basement.





Pagi esoknya, dia cerita kejadian yang dialaminya kat facman, iaitu Encik Rosli, orang Melaka, kerja dekat bank tu dah 23 tahun. Dia yang pegang semua kunci master dan rekod lama bangunan.

Encik Rosli cakap dekat Amir, “Kita memang dah lama tutup tingkat 13 tu sebab strukturnya tak lulus ujian beban masa tu, bukan sebab hantu. Tapi kalau ada orang tanya kenapa extension 13-130 masih active dalam sistem telefon… tu aku pun tak tahu nak jawab.”

Encik Rosli buka rekod dan tunjuk dekat Amir - memang betul, ada kes kematian yang berlaku pada tahun 1998 masa buat struktur tingkat 13, tapi tak ada laporan lanjut. Cuma kontraktor zaman tu suka sorok rekod keselamatan, jadi tingkat 13 ditutup terus, lif skip, pintu dikunci kekal.

Zaman 90-an tu biasa gila kalau ada kemalangan maut, kontraktor tak nak kena tangguh projek atau bayar pampasan besar, so diaorang “settle senyap” dengan keluarga mangsa (atau kadang-kadang langsung tak beritahu). Kes sebenar yang Encik Rosli simpan dalam dalam fail lama tu memang direkodkan sebagai “missing person” je, bukan kematian di tapak binaan. Keluarga si mati sampai sekarang masih cari.



Sejak malam tu, talian extension 13-130 memang “active” dalam sistem telefon bank tu, walaupun takde physical phone dekat tingkat 13. Kadang-kadang tengah malam dia auto-ring extension sesiapa yang OT sorang-sorang. Kalau angkat, senyap je. Kalau tak diangkat, ia akan berterusan berdering sampailah orang tu balik.

Amir sekarang kalau kena OT, dia akan tarik kawan sekuriti naik sama atau terus balik awal. Dia kata, “Aku tak takut hantu, aku takut kena ‘call’ dari extension yang tak wujud tu.”

Sampai sekarang pun, kalau kau call dalaman bank tu lepas 11 malam dan tekan 13130, talian akan connect… tapi senyap je. Takde nada sibuk, takde nothing. Cuma “connected”.

Encik Rosli ni dah masak sangat dengan perkara tu, jadi dia terus tarik plug utama telefon PABX setiap Jumaat petang sebelum balik, lepas tu plug balik Isnin pagi.

Kata dia, “Kalau tak, weekend pun tak tenang.”




Nota Penting:

Cerita-cerita dalam koleksi ini adalah adaptasi peribadi yang dikumpul dari internet, media sosial dan sebagainya. Ia diolah semula dalam gaya penulisan/naratif aku sendiri.
Kalau rasa cerita ni "macam familiar je" sebab pernah tengok kat tempat lain — mungkin sebab ada yang suka salin, tapi tak pernah faham jiwa.
Dalam dunia konten, idea ibarat nyawa — Tapi bila kau salin tanpa rasa, yang tinggal cuma kulit.

-lempeng-
 
Back
Top
Log in Register