Salah satu kaedah paling mudah untuk melakukan verifikasi ke atas akaun paypal dan ebay adalah dengan menggunakan Virtual Credit Card(VCC).VCC adalah kad kredit maya yang hanya boleh digunakan sekali sahaja untuk sesuatu proses atau transaksi online seperti pengesahan paypal dan juga pengesahan akaun ebay.Dalam bahasa mudahnya bolehlah ia dinamakan sebagai kad kredit maya lampin pakai buang dan adalah selamat untuk transaksi online berbanding kad kredit yang sebenar.
Jika sebelum ini,ramai yang bermasalah untuk mendapatkan kad kredit dan juga kad debit,menggunakan VCC adalah alternatif yang terpantas untuk mengesahkan akaun paypal,malah kadang-kadang prosesnya hanya mengambil masa kurang daripada 24 jam.