BTC USD 84,215.2 Gold USD 4,262.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Panduan keselamatan di jalanraya

Hidier

Legendary Member
gem
Messages
11,681
Joined
Feb 6, 2010
Messages
11,681
Reaction score
905
Points
161
Salam...
dah ada lum thread mcm ni?
kalau dah ada pon, baca jek la ye..
hehe :D

aku cilok dari sini :
http://mrnamie.com/panduan-keselamatan-di-jalanraya/
---------------------------------------------------

Panduan keselamatan di jalanraya

Kali ni aku nak sharekan sedikit dengan korang beberapa panduan yang aku selalu guna untuk keselamatan ketika memandu di jalanraya. Panduan ni simple sangat, tapi amat berbaloi kalau dapat diamalkan. Aku kalau memandu di jalan raya terutamanya lebuhraya, memang beberapa panduan ni aku selalu praktikkan.

Periksa keadaan kenderaan

Sebelum korang mula bertolak ke mana-mana destinasi mengggunakan kenderaan korang, pastikan kenderaan korang dalam keadaan yang mantap. Mantap yang aku maksudkan bukanlah kena pasang enjin turbo atau apa-apa yang mengarut. Cukup la sekadar korang check lampu signal, lampu brek, dan beberapa lagi perkara utama yang diajar waktu korang ambil lesen dulu. Kalau korang mengambil lesen secara sah, insyaAllah korang akan tahu benda ni. Kalau lesen terbang, jangan salahkan aku sebab tak detailkan kat sini k.

Fokus kepada 3 cermin

3 cermin yang aku maksudkan ialah cermin depan, cermin sisi, dan cermin pandang belakang. Kalau cermin mekap or cermin muka korang tak payah nak fikir dulu ketika driving. Bagi aku, ketiga-tiga cermin ni penting waktu driving. Untuk cermin sisi dan cermin belakang tu, aku harap korang guna seelok-eloknya waktu driving terutama pemandu wanita. Aku perasan kalau pemandu wanita ni biasanya main tukar line ikut suka je. Gunakan cermin sisi dan cermin pandang belakang kalau nak tukar lane. Jangan limitkan penggunaan cermin tu sekadar untuk mengundur sahaja k.

Perhatikan kelajuan kenderaan

Kalau aku driving, memang selalu aku menjeling-jeling ke arah speed meter kenderaan yang aku bawak. Bukan nak tengok berapa laju aku boleh bawak, tapi aku nak pastikan kelajuan aku dalam keadaan yang selamat. Biasanya kalau kita driving, punya la sedap tekan pedal minyak hingga tak perasan yang kelajuan kita sudah di tahap yang merbahaya, terutama kereta-kereta mewah. Pastikan korang memandu mengikut had kelajuan yang dah ditetapkan.

Awas dengan keadaan sekeliling

Kalau driving di lebuhraya, aku yakin korang akan jumpa dengan berbagai ragam pemandu-pemandu yang lain. Ada yang suka brek mengejut, ada yang suka tukar lane tanpa signal, ada yang bawa kereta perlahan sangat, dan macam-macam lagi. Jadi bila keadaan macam ni, korang kena sentiasa awas/alert dengan pemandu-pemandu lain di sekeliling korang. Kalau nak lagi selamat, jangan terlalu dekat dengan kenderaan lain. Ambil jarak selamat antara kenderaan korang dengan kenderaan yang lain.

Pastikan lorong kenderaan

Bila sebut pasal lorong ni, ada segelintir manusia yang aku benci kalau memandu di lebuh raya. Aku tak suka kereta yang terlalu perlahan tapi di lorong tengah. Kalau korang bawa kereta, pastikan lorong korang tu betul. Bila bawa dengan kelajuan perlahan, korang masuk lorong paling kiri. Masuk lorong kanan/tengah kalau kalau korang memandu dalam keadaan laju. Bila di lorong kanan, alert jika ada kenderaan yang bagi high beam dengan korang. Dia bagi high beam bukan untuk berkenalan dengan korang, tapi sebenarnya meminta korang ke tepi untuk memberi dia laluan k.

Jangan rapat dengan kenderaan berat

Untuk keselamatan, jangan ikut terlalu rapat dengan kenderaan yang bersaiz besar seperti treler dan bas. Bahaya. Kalau korang yakin dapat memotong, pintas kenderaan tu pastu cuba kekalkan jarak selamat antara kenderaan korang dengan bas/lori. Kalau bas/lori tu terlalu rapat di belakang korang, bagi laluan kepada bas/lori tu untuk memotong korang. Jangan biarkan kenderaan berat macam tu rapat dengan korang. Bahaya kalau jadi apa-apa terutama yang kenderaan kecil terutama motorsikal.

Ringankan tangan untuk guna lampu signal

Kalau nak tukar lorong, pastikan korang dah beri signal terlebih dahulu. Biasa berlaku kemalangan ni bila kenderaan masuk simpang or tukar lorong tanpa menggunakan signal. Jangan malas sebab signal ni penting untuk bagi amaran kepada kenderaan lain supaya dorang maklum yang korang akan masuk simpang or bertukar lorong.

Rasanya cukup untuk setakat ni panduan keselamatan korang di jalan raya terutamanya di lebuhraya. Harap korang dapat amalkan panduan-panduan ni untuk menjadikan perjalanan korang ke destinasi lebih selamat dan lancar terutama di musim cuti dan perayaan.
 
Salam...
dah ada lum thread mcm ni?
kalau dah ada pon, baca jek la ye..
hehe :D

Periksa keadaan kenderaan

Sebelum korang mula bertolak ke mana-mana destinasi mengggunakan kenderaan korang, pastikan kenderaan korang dalam keadaan yang mantap. Mantap yang aku maksudkan bukanlah kena pasang enjin turbo atau apa-apa yang mengarut. Cukup la sekadar korang check lampu signal, lampu brek, dan beberapa lagi perkara utama yang diajar waktu korang ambil lesen dulu. Kalau korang mengambil lesen secara sah, insyaAllah korang akan tahu benda ni. Kalau lesen terbang, jangan salahkan aku sebab tak detailkan kat sini k.

lampu signal takyah cek...pasal jarang terbakar dan boleh diketahui dgn signal tu kat dashboard tu nyala tidak berkelip..
lampu brek boleh dicek dgn tekan ajer pedal brek dgn enjin tidak dihidupkan..

Fokus kepada 3 cermin

3 cermin yang aku maksudkan ialah cermin depan, cermin sisi, dan cermin pandang belakang. Kalau cermin mekap or cermin muka korang tak payah nak fikir dulu ketika driving. Bagi aku, ketiga-tiga cermin ni penting waktu driving. Untuk cermin sisi dan cermin belakang tu, aku harap korang guna seelok-eloknya waktu driving terutama pemandu wanita. Aku perasan kalau pemandu wanita ni biasanya main tukar line ikut suka je. Gunakan cermin sisi dan cermin pandang belakang kalau nak tukar lane. Jangan limitkan penggunaan cermin tu sekadar untuk mengundur sahaja k.
klau pakai kreta yng takde adjust auto lagi payah...:D:D
cermin tgh ade yng sport punya...mmg beso punya boleh nampak:)cgrock

Perhatikan kelajuan kenderaan

Kalau aku driving, memang selalu aku menjeling-jeling ke arah speed meter kenderaan yang aku bawak. Bukan nak tengok berapa laju aku boleh bawak, tapi aku nak pastikan kelajuan aku dalam keadaan yang selamat. Biasanya kalau kita driving, punya la sedap tekan pedal minyak hingga tak perasan yang kelajuan kita sudah di tahap yang merbahaya, terutama kereta-kereta mewah. Pastikan korang memandu mengikut had kelajuan yang dah ditetapkan.

tekan cikit2 ajerlah....jgn tekan full..

Awas dengan keadaan sekeliling

Kalau driving di lebuhraya, aku yakin korang akan jumpa dengan berbagai ragam pemandu-pemandu yang lain. Ada yang suka brek mengejut, ada yang suka tukar lane tanpa signal, ada yang bawa kereta perlahan sangat, dan macam-macam lagi. Jadi bila keadaan macam ni, korang kena sentiasa awas/alert dengan pemandu-pemandu lain di sekeliling korang. Kalau nak lagi selamat, jangan terlalu dekat dengan kenderaan lain. Ambil jarak selamat antara kenderaan korang dengan kenderaan yang lain.
 
lampu signal takyah cek...pasal jarang terbakar dan boleh diketahui dgn signal tu kat dashboard tu nyala tidak berkelip..
lampu brek boleh dicek dgn tekan ajer pedal brek dgn enjin tidak dihidupkan..

kalau sorang2 camne nak check bro? ada cara x?

Awas dengan keadaan sekeliling

Kalau driving di lebuhraya, aku yakin korang akan jumpa dengan berbagai ragam pemandu-pemandu yang lain. Ada yang suka brek mengejut, ada yang suka tukar lane tanpa signal, ada yang bawa kereta perlahan sangat, dan macam-macam lagi. Jadi bila keadaan macam ni, korang kena sentiasa awas/alert dengan pemandu-pemandu lain di sekeliling korang. Kalau nak lagi selamat, jangan terlalu dekat dengan kenderaan lain. Ambil jarak selamat antara kenderaan korang dengan kenderaan yang lain.

nice !!!

:)cgrock :)cgrock
 
kalau sorang2 camne nak check bro? ada cara x?

ambik kayu ngam2 kasi sendal antara kerusi dgn pedal brek tu...:)paid:)paid:)paid

[/QUOTE]

wei..tu info asal tak delete lerrr...:">:">
 
memang kena alert drive kat malaysia ni...... perangai pelik/malas/mangkuk memang bole jumpa hari2 kat jalanraya.
- malas/tak bagi signal..... satu jari je nk kena gerakkan, susah sgt ke???
- drive slow kat lane tgh..... "ikut kiri jika tidak memotong" tak faham bahasa ke??? susah ke nk faham bahasa malaysia??
- mystery braker/brek tanpa sebab/sikit2 brek..... kena sawan brek ke apa?? kita kt blakang duk tertanya2 pebende la yg dibrekkan?

kesimpulannya - ramai yg ada lesen memandu TAPI TAK LAYAK MEMANDU.
 
yg bawak slow kat lorong tengah/lorong kanan tu yg x tahan...
mmg tensen.. arghhhh

~X(

~X(
 
pastikan diri sendiri ok untuk drive.
tak ngantuk.
 
memang kena alert drive kat malaysia ni...... perangai pelik/malas/mangkuk memang bole jumpa hari2 kat jalanraya.
- malas/tak bagi signal..... satu jari je nk kena gerakkan, susah sgt ke???
- drive slow kat lane tgh..... "ikut kiri jika tidak memotong" tak faham bahasa ke??? susah ke nk faham bahasa malaysia??
- mystery braker/brek tanpa sebab/sikit2 brek..... kena sawan brek ke apa?? kita kt blakang duk tertanya2 pebende la yg dibrekkan?

kesimpulannya - ramai yg ada lesen memandu TAPI TAK LAYAK MEMANDU.

tgk gak dia brek sbb ape...kadang2 kenderaan bertentangan nak motong dan dia kasi alert brek....klau dah tercium buntut tu sapa yng susah?...
 
Back
Top
Log in Register