zanuar
Super Active Member
- Messages
- 6,079
- Joined
- Oct 14, 2009
- Messages
- 6,079
- Reaction score
- 468
- Points
- 91
Hai dan salam sejahtera.
Aku buka thread ni sebagai panduan untuk orang yang ingin mulakan bisness bilik sewa ataupun rumah sewa.Apa yang perlu di sediakan dan apa yang perlu kita cari supaya dapat meminumkan kos kos yang terlibat.Jadi jom kita mulakan :-
01) Pastikan lokasi rumah/bilik yang nak buat sewa itu tempat tumpuan seperti kawasan perindustrian,kolej tempatan,bandar2 dimana ada pasaraya2 besar dan kawasan pejabat kerajaan seperti hospital.Tempat tumpuan senang kita nak cari penyewa.Dalam erti kata,pagi penyewa lama keluar..petang dah masuk penyewa baru.
02) Pastikan jarak rumah kita ke bilik sewa sekitar 5-10 minit perjalanan dengan kereta.Penyewa bilik ni kerap bertukar orang setiap 3-5 bulan.Bab nak view bilik budak2 ni kebanyakan ada yang janji kapiaq.Sebab tu pastikan depa sampai kawasan bilik tu,baru kita bertolak dari rumah untuk bawa depa view bilik.
03) Pastikan jarak rumah kita ke rumah sewa paling jauh pun 45 minit dengan jem.Sebab penyewa rumah duduk lama tapi nak view rumah tu ada orang jenis main2..ada yang janji kapiaq...ada yang tak berminat dengan rumah sewa tu. Sebab tu kena pastikan duit minyak kita tak rugi masa nak bawa org view rumah.
04) Masuk dalam group FB berkaitan sewa,hartanah.Tiap2 hari ada org cari bilik sewa dan rumah sewa...Permintaan tinggi di sebabkan Influecer sarankan org ramai jangan beli rumah manakala ustaz2 kata jangan beli rumah guna loan bank sebab riba.
05) Berkaitan deposit untuk sewa rumah..pastikan deposit 2 bulan dan deposit iwk air rm200-300.Lani TNB dah boleh tukar nama kepada penyewa hanya guna online sahaja.Proses tukar nama TNB ambil masa 14 hari bekerja.Harus di ingat!Jika orang itu mampu sediakan deposit 2 bulan,bermaksud kewangan penyewa tu kuat.
Jika anda ambik sebulan deposit,keberangkalian rumah rosak,sewa dan bil tertunggak juga tinggi.
Sebelum kita kita kesiankan orang,lebih baik kita kesiankan diri kita dahulu.
06) Berkaitan deposit untuk sewa bilik,ambil rm150 sudah cukup untuk memudahkan budak baru nak menyewa.Tapi pastikan minima sewa 6 bulan untuk depa dapatkan deposit kembali.Kalau depa sewa kurang dari itu,deposit tu kita boleh gunakan untuk tampung kerugian mencari penyewa lain sebab yang menyewa 2 3 bulan ni perangai tak elok...besok nak masuk 1hb,hari ni bagi tau last duduk situ...
07) Aku tak ambil penyewa yang bekerja sendiri,kerja guard atau kerja kedai makan tepi jalan sebab jenis ni memang tak boleh bayar sewa ontime...org yg kerja guard ni mana ada usaha nak lawan tidur masa pegang amanah(masa kerja) jadi depa pun takdak usaha nak bayar sewa ontime...dan company nak sewa bilik pun aku tak terima sebab company buat kerja jangka masa pendek di kawasan situ...jadi depa sewa setakat sebulan dua ja.
Dari Hudzaifah r.a., katanya: "Kami menerima dua buah hadis dari Rasulullah saw., yang satu telah ku lihat kenyataannya, sedangkan yang satu lagi masih ku tunggu-tunggu. Rasulullah saw. bersabda kepada kami, "Sesungguhnya amanah itu bertempat di hati sanubari seseorang. Kemudian Al Quran turun, lalu mereka belajar dari Al Quran dan Sunnah. Kemudian Rasulullah saw. bersabda pula tentang hilangnya amanah. Sabda beliau, "Seorang sedang tidur, lalu dicabut amanah dari hatinya, maka tinggallah bekasnya seperti noktah. Kemudian ia tidur lagi, lalu dicabut pula amanah dari hatinya maka kini tinggallah bekasnya seperti lepuh yang membengkak di tangan atau di kaki yang terkena bara panas, dan lepuh itu mengandung air sedikit. Ketika itu, amanah hampir saja hilang sehingga orang mencarinya ke mana-mana.......
08) Untuk sewa rumah pula,aku terima jika company nak sewa sebab depa sewa untuk jangka masa panjang.Tapi bersiap sedia la kerosakan rumah dek tangan2 pekerja depa.
Seeloknya cari family kecil dengan laki bini kerja.Anak2 kecil ni pula akan conteng rumah...bersiap sedia untuk cat rumah bila penyewa keluar.
09) Rumah yang hendak dibuat bilik sewa,pastikan buat tambahan bilik di ruang tamu supaya memaksimakan keuntungan sewa bilik.Lagipun kalau ada ruang yang kosong akan jadi tempat berhabuk dak semak sebab budak2 takkan sapu ruang lain melainkan bilik depa ja.
10) Dalam bilik sedikan katil,tilam,kipas,almari,penyangkut tuala untuk kemudahan penyewa manakala luar bilik pula sediakan dapur,peti ais,mesin basuh,iron,meja makan,ampaian baju,penyapu,mob dan rak kasut.Bahagian dapur tu pinggan mangkuk,sudu gelas periuk belanga,cerek air juga sediakan.
Tv dan sofa tak payah nk sediakan sebab budak2 tak tengok tv.
11) Sewa rumah pula,pastikan rumah kosong..tak payah nak gatai boh barang untuk up harga sewa sebab org menyewa ni dah ada barang dia.Lagipun org menyewa rumah cari yang murah.
12) Bab bil api air iwk..penyewa rumah bertanggungjawab untuk bayar manakala kita tanggung cukai pintu,cukai tanah dan maintenen.
Untuk bilik sewa,hangpa boleh ja tanggung api air sebab purata setahun api air adalah sekitar rm900 untuk 4 bilik.Jika dicampur dengan duit mentenen,cukai pintu,cukai tanah,iwk adalah sebanyak rm1400-1600 untuk setahun.Hangpa tak mau tanggung pun takpa sebab ada je penyewa keluar p kerja tak tutup lampu kipas.
13) Pastikan duit sewa di bayar selewat lewatnya 7hb..kalau lebih dari tu,hangpa kena push,minta hari2 dan ugut halau.....jangan bagi penyewa berhutang duit sewa.Bayangkan sewa rumah sebulan rm650..pastu penyewa minta bayar bulan depan..mai bulan depan dia tak akan mampu bayar sebab sewa dah berjumlah rm1300...
14) Pastikan rumah yang di buat bilik sewa dicuci setiap 3 bulan terutamanya bilik air..budak2 sewa bilik pakat lawan tengok sapa nk cuci...aku pula setahun dua kali baru p cuci bilik air,cuci peti ais,dapur,cuci sawang di ruang tamu/meja makan...aku buat dua kali setahun sebab aku bagi sewa murah termasuk api air.
15) Bab bakal penyewa booking sewa rumah/bilik.pastikan depa booking dengan duit deposit.....jika depa booking guna air liur,kata kat depa "saya ni kalau boleh nak deposit dulu tanda lock rumah..kalau setakat lock dengan air liur,saya tak terima sebab pernah terjadi org yang booking dengan air liur cansel last minit..."
Kalau bakal penyewa bayar deposit dan cansell last minit,terpulang pada hangpa sama ada nak return separuh atau tak return lansung sebab depa dah mungkiri janji dan kita pula dah terlepas bakal penyewa yg serius yang lain dalam tempoh booking tu.
Setakat ini ja tips dari aku yang berpengalaman buat sewa rumah dari tahun 2011 hingga kini.Kalau ada pertanyaan,boleh komen kat sini..................

Last edited: