BTC USD 63,782.2 Gold USD 4,333.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tips & Tricks Panduan Beli Powerbank

myroadtax.com

CG Top Poster Club
gem
Messages
25,906
Paid Membership
Joined
Feb 12, 2014
Messages
25,906
Reaction score
585
Points
161
tips-terbaik-beli-powerbank-iklanlahprcuma.jpg

Apa itu Powerbank?

Powerbank adalah satu alat elektronik mesti beli yang mampu milik pada masa sekarang. Ia adalah pasangan hidup kepada gajet-gajet anda yang lain seperti smartfon dan tablet. Ia merupakan satu alat talian hayat terakhir bagi gajet anda. Ia mampu menyimpan kuasa seperti bateri untuk mengecas gajet-gajet anda semasa ada berada diluar rumah atau pejabat.

Senang cakap powerbank adalah backup bateri untuk gajet anda. Ia sangat penting bagi mereka yang menggunakan segala ciri-ciri canggih gajet seperti bluetooth, wifi, GPS, kamera dan kerap menggunakan internet. Lagi banyak penggunaan fungsi-fungsi ini, lagi cepat gajet anda habis kuasa bateri.

Dengan adanya powerbank juga bermakna anda tidak perlu usung power adapter dan buru soket untuk cucuk plag adapter di tempat awam. Kadang-kadang tu sampai terpaksa berebut dengan orang lain. Powerbank membantu menjaga maruah anda daripada menjadi pengemis tenaga elektrik jalanan.

Oleh itu jom teruskan baca dan khatam 3 tips wajib yang anda perlu tahu mengenai powerbank. Senang nak ingat kerana ia cuma 3 tips tetapi ia adalah sangat penting. Selepas ini anda akan jadi pakar powerbank.

Tips 1 Kapasiti Storan

Saya pasti semua orang bila sebut sahaja powerbank dia akan cakap mestilah nak kuasa powerbank yang paling besar. Kuasa powerbank ini adalah kapasiti storan. Kapasiti storan powerbank dikira dalam bentuk milliAmpere hours ataupun mAh. Kebanyakkan orang yang hendak membeli powerbank tidak tahu fakta ini dan cuma ikut kata orang lain. Beli sahaja kapasiti storan yang paling besar. Kalau nak tahu kapasiti storan terbesar buat masa sekarang adalah lebih kurang 30,000 mAh.

Tahukah anda bahawa kapasiti terbesar bermakna anda memerlukan powerbank yang lebih besar secara fizikal. Ia kerana teknologi storan dalam sel bateri powerbank adalah terhad. Lagi besar kuasa mAh bermakna anda memerlukan saiz fizikal powerbank yang lagi besar. Lagi besar saiz juga bermakna powerbank akan jadi lebih berat.

Harus ingat bahawa alat ini akan mendampingi anda sentiasa apabila anda berada diluar. Saiz smartfon yang nipis dan kecil boleh muat dalam poket seluar jeans anda tetapi powerbank 20,000 mAh sudah pasti tidak. Powerbank yang besar mungkin muat dalam hand bag anda tetapi sanggupkah anda mengusung powerbank berat ke sana sini wahai kaum hawa sekalian.

Jadi sila pilih kapasiti storan mengikut keperluan anda. Jika saiz powerbank kecil sudah pasti harga pun tidak melampau. Pilihan powerbank optimum pada masa sekarang adalah 10,000 mAh+-. tetapi bagi mereka yang mempunyai bajet yang besar mungkin akan beli 2 atau 3 jenis mengikut keperluan. Satu untuk kegunaan harian dan satu mungkin semasa anda berjalan jauh dalam bas atau kapal terbang.

Tips 2 Formula Kuasa Mengecas Powerbank

Kenapa anda wajib tahu mengenai formula penting ini? Kerana ia berhubung kait dengan soalan dalam setiap kepala pembeli selepas tahu mengenai kapasiti storan. Berapa kali saya boleh cas gajet saya? Jangan mudah terpedaya dengan janji manis penjual handphone atau aksesori handphone.

Lebih baik anda bersedia dengan ilmu di dada.

Formula:

kapasiti storan powerbank X 0.8 (kira-kira 20 % kerugian tenaga) / kapasiti storan bateri gajet = anggaran berapa kali boleh cas

Contoh kiraan:

Powerbank 10,000 mAh dan Asus Zenfone 5 bateri 2,110 mAh

10,000 mAh X 0.8 / 2,110 mAh = sekitar 3.78 kali boleh cas

Kapasiti storan semua powerbank sebenarnya adalah dalam anggaran 80%+-. Ini kerana storan powerbank akan mengalami kehilangan kuasa semasa mengecas dan ia dianggarkan dalam jumlah sekitar 20%. Ini adalah fakta yang jarang anda dengar daripada mulut jurujual atau baca dalam iklan promosi powerbank. Sekarang anda sudah tahu rahsia sebenar powerbank.

Tips 3 Kualiti Powerbank

Jangan percaya dengan pujuk rayu jurujual. Kualiti powerbank memang sudah sah berbeza. Tiga jenama terkenal di Malaysia adalah Pineng, Mi dan Yoobao. Ada banyak lagi jenama dalam pasaran tetapi anda mungkin tidak biasa dengar jadi takut terbeli jenama cap ayam.

Pastikan jenama yang anda pilih adalah asli. Ya ketiga jenama di atas menjadi jenama pilihan scammer atau penipu. Ada banyak produk tiruan menggunakan jenama-jenama ini. Produk palsu dengan bateri 2,000 mAh dan bungkusan pasir atau batu untuk menjadikan powerbank berat memang sah produk tipu.

Ada juga produk palsu dengan hasil kerja kualiti tertinggi dan dijual sebagai produk OEM. Kononnya daripada kilang yang sama dan dijual dengan atau tanpa tanda jenama kerana lebihan stok ataupun stok reject kerana cacat pada fizikal luaran sahaja. Semua produk ini tiada waranti dan boleh rosak pada bila-bila masa yang anda tidak sangka.

Kualiti menetukan banyak perkara penting untuk powerbank yang bakal anda beli. Antara benda yang penting bergantung kepada kualiti adalah:

  • daya tahan kapasiti storan
  • masa mengecas powerbank
  • masa mengecas gajet
  • jangka hayat powerbank
  • kerosakan powerbank atau gajet akibat terlebih cas
  • keselamatan powerbank

Kapasiti storan semua powerbank memang akan hilang seperti yang sudah saya sebutkan diatas semasa pengiraan formula kuasa mengecas powerbank. Kehilangan sehingga 20% sudah pasti akan berlaku. Tetapi kualiti powerbank yang teruk akan mengakibatkan kehilangan yang lebih drastik.

Masa mengecas juga amat penting. Masa yang terlalu lama akan menyebabkan penggunaan gajet anda terganggu. Anda mungkin perlu sentiasa membuat sambungan usb untuk cas dalam poket seluar atau hand bag. Masa mengecas yang singkat selama 3-4 jam mungkin jadi 8 jam untuk powerbank kualiti rendah.

Jangka hayat powerbank pula tidak dapat dicapai seperti yang dinyatakan pada pakej produk. Jangka hayat ini bukan dalam bentuk masa tetapi berapa kali anda boleh cas powerbank tersebut. Keselamatan juga adalah amat penting. Produk dengan kualiti rendah mempunyai keberangkalian untuk meletup dan mencederakan anda. Oleh itu pilihlah jenama yang asli dan beli terus daripada laman web pembekal atau laman web/penjual yang dipercayai.

Sumber: http://www.iklanlahpercuma.com/2015...-panduan-beli-powerbank/#sthash.aPBlQGBp.dpuf
 
Ujian Ketulenan Pineng

Bagaimana hendak buat ujian ketulenan Pineng? Sila rujuk belakang kotak produk anda. Terdapat satu sticker berlabel dengan kod bar 3D. Jika anda perhatikan betul-betul, bahagian bawah label tersebut ada bahagian perak seperti kad gores dan menang atau kad tikam hadiah masa sekolah dulu.

unboxing-ujian-ketulenan-pineng-8-iklanlahpercuma.jpg

Gunakan duit syiling atau kuku anda untuk gores lapisan perak ini dengan cermat.


unboxing-ujian-ketulenan-pineng-9-iklanlahpercuma.jpg

Hasilnya anda akan dapat satu nombor siri 16 digit. Saya sudah kaburkan 4 digit terakhir dalam gambar diatas. Ya, tulisan font dia halus jadi bagi mereka yang rabun bolehlah menggunakan kanta teknologi.

Snap guna smartfon dan zoom gambar untuk baca nombor siri 16 digit Pineng dengan jelas. Selepas itu sila pergi ke laman web Pineng http://en.pineng.cn dan bukan laman web lain. Jika anda google fungsi tersebut, anda mungkin pergi ke laman web reseller dan bukan laman web Pineng di negara Cina. Jangan risau, saya pun tidak boleh berbahasa mandarin, kerana itu ada kod en di depan domain Pineng untuk versi bahasa inggeris.

Buka laman utama dan cari borang dengan perkataan “Security check”. Webmaster Pineng mungkin mengalihkan kedudukan borang kecil ini setiap kali ia lakukan kemaskini rupabentuk laman tetapi saya pasti borang ujian ketulenan Pineng mesti wujud. Syarikat Pineng tidak mahu anda beli produk palsu. Mereka yang rugi jika anda beli produk OEM.

semak-ketulen-powerbank-pineng-online-berjaya-iklanlahpercuma.jpg

Setelah anda jumpa borang tersebut, sila masukkan nombor siri 16 digit produk powerbank anda dan berdoa agak ia anda tulen. Syukur alhamdulillah produk saya tulen. Ada mesej mengatakan nombor siri ini disemak pertama kali dan ia adalah produk original.


semak-ketulen-powerbank-pineng-online-tidak-berjaya-iklanlahpercuma.jpg

Jika semakkan anda tidak berjaya, mesej akan ditulis seperti diatas. Apa maksudnya?

semak-ketulen-powerbank-pineng-online-tidak-berjaya2-iklanlahpercuma.jpg

Menggunakan khidmat alih bahasa kita dapati nombor siri 16 digit yang baru kita gores tadi sudah tidak selamat atau tercemar. Ia sudah digunakan oleh sindiket penipuan terancang yang membekalkan powerbank Pineng palsu. Nombor siri yang sama sudah dicetak atas sticker label pengesahan dengan banyak.

Carian pertama adalah produk tulen yang sebenar. Tetapi carian nombor 2 dan ke atas sudah pasti adalah bagi mereka yang membeli produk OEM palsu. Dalam kes di atas anda merupakan pembeli yang sudah kena tipu kali ke 91.

Semua ini bergantung kepada nombor carian tersebut. Jika anda perasan saya cuma masukkan nombor siri 16 digit ikut susunan nombor di papan kekunci sebagai demonstrasi ujian ketulenan Pineng dengan hasil ujian tidak berjaya.

semak-ketulen-powerbank-pineng-online-palsu-iklanlahpercuma.jpg

Ini pula adalah paparan mesej jika nombor siri yang anda masukkan tersebut adalah palsu. Memang terus akan dapat amaran jangan masukkan nombor siri palsu. Semoga ujian ketulenan Pineng anda juga berjaya.

Sumber: http://www.iklanlahpercuma.com/2015...-988-yang-dijual-lazada/#sthash.8NUDS8ja.dpuf
 
Last edited:
Tuan boleh sertakan sekali info perbandingan semua powerbank yg tuan pernah pakai.

So senang la forummer nak buat keputusan hehe.

Nak tunggu review tt kat proda.
 
Tuan boleh sertakan sekali info perbandingan semua powerbank yg tuan pernah pakai.

So senang la forummer nak buat keputusan hehe.

Nak tunggu review tt kat proda.

InsyaAllah bila ada bajet saya akan beli dan buat perbandingan. :)
 
jika powerbank tanpa jaminan 1 tahun ..itu produk pirate.... jaminan yg kurang 1 tahun spt 6 bulan, 3 bulan dan seumpamanya juga adalah produk tiruan. jika ikut undang2 malaysia..setiap produk elektronik yg dijual mestilah mengandungi jaminan produk tidak kurang drpd 1 tahun..jika kurang boleh report di tribunal pengguna...
 
jika powerbank tanpa jaminan 1 tahun ..itu produk pirate.... jaminan yg kurang 1 tahun spt 6 bulan, 3 bulan dan seumpamanya juga adalah produk tiruan. jika ikut undang2 malaysia..setiap produk elektronik yg dijual mestilah mengandungi jaminan produk tidak kurang drpd 1 tahun..jika kurang boleh report di tribunal pengguna...

Terima kasih atas info itu tuan.

Biasanya powerbank jaminan 1 tahun daripada pembekal ini kena hantar balik kepada pembekal untuk RMA. Kalau Pineng dan Mi memang tunggu dalam 2-3 bulan juga lamanya. Itu yang saya dengar. Kalau salah boleh perbetulkan.

Jadi jaminan pembekal tempatan atas produk rosak masa terima biasanya tukar baru atau 1 to 1 exchange tetapi kos penghantaran pelanggan yang perlu tanggung. Kalau beli dengan syarikat yang berdekatan dengan tempat tinggal, kita boleh tuju terus ke kedai dia.

Ini adalah cara mendapatkan jaminan di Lazada dan 11-Street. Saya baca sahaja, belum ada pengalaman buat, dengan harapan tidak perlu.

Kalau rosak dalam masa setahun mungkin perlu hantar kepada pembekal juga.

Apa itu RMA?

An RMA (return merchandise authorization) is a numbered authorization provided by a mail-order merchant to permit the return of a product. Most mail-order businesses have a policy concerning returns. Some companies allow only defective products to be returned; others allow any software to be returned if it is unopened.
 
Last edited:
jika powerbank tanpa jaminan 1 tahun ..itu produk pirate.... jaminan yg kurang 1 tahun spt 6 bulan, 3 bulan dan seumpamanya juga adalah produk tiruan. jika ikut undang2 malaysia..setiap produk elektronik yg dijual mestilah mengandungi jaminan produk tidak kurang drpd 1 tahun..jika kurang boleh report di tribunal pengguna...

banyak je produk ori yg diimport dari luar seller bagi jaminan 1, 3, 6 bulan bergantung pada barang dan seller sendiri... bro tak boleh la nak jatuhkan hukum kalau produk waranti kurang daripada 1 tahun terus tiruan.. banyak cara lain nak tentukan produk itu ori atau tiruan
 
banyak je produk ori yg diimport dari luar seller bagi jaminan 1, 3, 6 bulan bergantung pada barang dan seller sendiri... bro tak boleh la nak jatuhkan hukum kalau produk waranti kurang daripada 1 tahun terus tiruan.. banyak cara lain nak tentukan produk itu ori atau tiruan

8DCHGY4.jpg

Pineng Malaysia terang2 sudah cakap (bahasa broken English) tiada jaminan 1 tahun kalau beli dekat tempat lain selain laman web dia www.pineng.com.my tetapi harga jualan mahal gila.

Kalau beli di Lazada atau 11-Street boleh dapatkan jaminan syarikat penjual.
 
8DCHGY4.jpg

Pineng Malaysia terang2 sudah cakap (bahasa broken English) tiada jaminan 1 tahun kalau beli dekat tempat lain selain laman web dia www.pineng.com.my tetapi harga jualan mahal gila.

Kalau beli di Lazada atau 11-Street boleh dapatkan jaminan syarikat penjual.

tau takpe...so jgn terus cop product tu tiruan/fake/clone kalau waranti kurang setahun
 
Back
Top
Log in Register