BTC USD 85,941.2 Gold USD 4,333.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pandikar Amin Yakin Tawan Pintasan, Fairuz Bertanding Calon Bebas

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,808
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,808
Reaction score
98
Points
80
46a6f305929100d5d5c7c72e7eb6f5f6691825c24ba64

Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) Tan Sri Pandikar Amin Mulia ketika ditemui Bernama selepas penamaan calon di Dewan Masyarakat Tun Said Keruak di sini hari ini.

Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) Tan Sri Pandikar Amin Mulia yakin mampu meraih kemenangan untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pintasan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 meskipun berdepan saingan 11 penjuru.

Beliau berkata keyakinan itu berpaksikan pengalaman luas serta hubungan rapat dengan rakyat di kawasan berkenaan setelah berkhidmat selama lebih empat dekad.

“Yang menjadikan saya yakin di Pintasan ini, saya telah berkhidmat lebih kurang 40 tahun. Pilihan raya sebelum ini, saya bertanding atas tiket USNO. Lepas itu, Perikatan Nasional dan BN pada ketika itu yang mencalonkan Datuk Fairuz, itu lawan saya.

“Jadi, saya cuma kalah 84 undi saja pada ketika itu,” katanya kepada Bernama selepas penamaan calon di Dewan Masyarakat Tun Said Keruak di sini hari ini.

Pandikar Amin kini lebih bersedia berbanding PRN lepas, dengan jentera pilihan raya diperkukuh bagi memastikan kemenangan berpihak kepada USNO.

Sementara itu, penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pintasan Datuk Fairuz Renddan hari ini mengesahkan akan mempertahankan kerusi berkenaan sebagai calon Bebas.

Mengulas mengenai kedudukannya dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Fairuz berkata beliau sudah melepaskan jawatan sebagai ketua pemuda.

Beliau berkata keputusan untuk bertanding atas tiket Bebas bukan sahaja atas dasar maruah peribadi tetapi turut membawa semangat jentera dan anak muda Sabah.

 
Back
Top
Log in Register