BTC USD 63,787.9 Gold USD 4,466.05
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pandangan ROSbetul

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

KUALA LUMPUR 15 Jun - pandangan Pendaftar Pertubuhan (ROS) supaya MIC menyelesaikan pertelingkahan yang berlaku dalam parti tersebut adalah betul.

Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Asmabi Mohamad menyatakan demikian hari ini ketika menolak permohonan semakan kehakiman oleh Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel dan beberapa pemimpin parti itu untuk membatalkan kenyataan ROS menerusi surat bertarikh 5 Disember, 31 Disember tahun lalu dan 6 Februari lalu.

Hakim Asmabi dalam keputusannya berpendapat, tiada alasan bagi mahkamah untuk mencampuri atau mengganggu kenyataan ROS memandangkan kenyataan itu adalah suatu yang munasabah, rasional dan menepati peruntukan Seksyen 16(1) dan Seksyen 18 (b)(1) Akta Pertubuhan 1966.

Mahkamah sehubungan itu memerintahkan kelima-lima pihak pemohon membayar kos RM90,000 kepada ROS, Menteri Dalam Negeri yang dinamakan sebagai pihak responden dan Naib Presiden MIC, Datuk M. Saravanan, selaku pihak pencelah dalam permohonan itu.

Hakim Asmabi berkata, ROS telah menghantar surat kepada MIC pada 6 Januari lalu ekoran dakwaan yang mengatakan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) tidak dijalankan dengan teratur dan ROS hanya memaklumkan kepada MIC supaya membetulkan keadaan ataupun ROS akan mengambil tindakan.

Hakim itu berkata, Palanivel dalam surat balasannya pada 9 Januari lalu bagaimanapun menyatakan bersetuju dengan Perdana Menteri bahawa MIC akan mengadakan pemilihan semula untuk semua jawatan parti di semua peringkat cawangan dan bahagian.

Sehubungan itu pandangan ROS supaya MIC menyelesaikan pertelingkahan dalam parti adalah bukan keputusan ROS namun merupakan cadangan daripada Palanivel sendiri bagi menyelesaikan kemelut parti tersebut.

Namun begitu hakim itu mempersoalkan tindakan MIC itu yang membawa permohonan mereka ke mahkamah untuk membatalkan suatu pandangan yang telah dipersetujui oleh parti.

Menyentuh kenyataan yang dibuat oleh ROS, Hakim Asmabi berkata, agensi kerajaan tersebut tidak memberikan sebarang butiran mengenai pertelingkahan dalaman yang berlaku namun sekadar memberikan pandangan supaya parti itu mencari jalan keluar daripada permasalahan tersebut.

Pihak pemohon bagaimanapun memohon penangguhan pelaksanaan penghakiman tersebut kerana mahu memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan namun Hakim Asmabi memerintahkan pihak pemohon memfailkan permohonan rasmi kepada mahkamah.

Pada Februari lalu, Palanivel dan empat pemimpin parti itu memfailkan permohonan semakan kehakiman itu secara berasingan dengan permohonan pertama difailkan pada 23 Februari lalu oleh anggota Mesyuarat CWC MIC, A.K. Ramalingam, 47, yang menamakan ROS dan Ketua Pengarahnya, Mohammad Razin Abdullah sebagai pihak responden.

Ramalingam memohon untuk membatalkan kenyataan responden menerusi surat bertarikh 5 Disember dan 31 Disember tahun lalu serta 6 Februari lalu dan memohon satu perisytiharan bahawa kenyataan yang dikeluarkan itu adalah mala fide (berniat jahat) dan ultra vires (melampaui batasan undang-undang).

Permohonan kedua iaitu pada 24 Februari lalu pula difailkan Palanivel bersama-sama dua Naib Presiden MIC, Datuk S. Sothinathan dan Datuk S. Balakrishnan serta bekas Setiausaha Agung, A. Prakash Rao dengan menamakan ROS responden pertama dan Menteri Dalam Negeri responden kedua.

Mereka juga memohon perisytiharan keputusan mesyuarat agung tahunan MIC pada 30 November 2013, sah dan berkuat kuasa selain perintah injunksi sementara untuk menghalang kedua-dua responden mengambil sebarang tindakan terhadap MIC atau mengeluarkan arahan kepada parti itu sehingga permohonan itu selesai.

Jaafar Mohd. Yusof (tengah) menyaksikan upacara serah terima tugas Ketua Polis Daerah Nilai antara Abdullah 
Roning (kiri) dengan Zaldino Zaludin (kanan) di Hotel Aston, Nilai, semalam.
 
Back
Top
Log in Register