Kawan aku strategi dia bukak steamboat ngam ngam launching utk bulan puasa. Sbb dia target bln puasa ramai customer booking utk buka puasa.
Mmg betul. Setiap hari full house. Modal yg dia keluarkan agak besar tp cepat return sbb volume besar bln puasa. Masih belum cover investment tp itulah strategi dia.

pencahayaan, keselesaan, ruang serving food semua kena planning. Deal dgn manusia dan mknan sesuatu kerja yg agak memenatkan.hehe
Makanan kena pelbagai pilihan. Sup, kuah mesti sedaplah dah bisnes makanan kan. Harga jangan mahal sangat. Bufet mkn smpai kenyang mesti mampu milik. Buatlah kelainan. Target semua peringkat umur. Kanak kanak, dewasa, org berusia.
Promosi, advertising, skarang dgn viral dah boleh membantu sesuatu perniagaan makanan. Launching nnt jgn lupa buat jamuan percuma utk pelajar tahfiz, buat kenduri kecil sedikit di restoran. InsyaAllah, dgn usaha, doa dan sedekah Allah tolong bisnes kita.
Wallahu'alam..