BTC USD 63,437.9 Gold USD 4,329.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pandai Giler Burung Ni!!!

hahaha x tahan burung dance angguk2 kpala... :eek: dgn menguap boring...
haha best++..
 
memang gempak....ada dkt umah aku memang aku ajar mengaji punya..hehehehe
 
kisah surau uzur ditepi jalan.

Di Hulu Yam, Selangor, terdapat sebuah surau yang agak uzur di tepi jalan. Surau itu agak misteri kerana penduduk kampung sering terlihat sekumpulan lelaki berpakaian putih sembahyang di dalamnya pada waktu senja.......



Suara mereka bersolat, berzikir dan membaca ayat-ayat suci jelas dapat didengar oleh orang-orang kampung. Pernah penduduk kampung mengintai ke dalam surau apabila ternampak lelaki2 itu masuk. Anehnya apabila diintai, surau itu lengang.
Baru2 ini berlaku satu lagi peristiwa menakutkan di surau itu. Seorang pemuda dalam perjalanan untuk memancing di empangan berhampiran. Oleh kerana sudah terlewat untuk sembahyang Asar, dia singgah di surau tersebut. Pemuda tersebut tergesa-gesa mengambil wuduk kerana waktu Asar hampir habis.
Semasa di rakaat kedua, tiba-tiba dia terdengar suara orang ketawa, makin lama semakin kuat. Bulu romanya meremang. Bau minyak atar menusuk hidungnya. Perasaan seram usah diceritakan lagi. Tambahan pula tiap kali sujud, kepala dan tengkuknya menjadi lebih berat daripada biasa.
"Siapa pula duduk atas tengkuk aku ni???!!!pemuda itu bertanya-tanya sendirian
Dia ingin menghabiskan solatnya secepat mungkin kerana suara ketawa makin kuat dan ramai. Ada yang terbatuk-batuk dan menghentak-hentak kaki.
Suara siapakah yang ketawa itu?Manusiakah?Atau jin?Pemuda itu menggeletar ketakutan.
Kini tiba di rakaat terakhir. Selesai memberi salam, pemuda itu meraup mukanya. Ketika itu barulah pemuda itu tersedar.....
Hehehe....rupa-rupanya dia lupa nak tanggalkan helmet masa nak solat tadi sebab terlampau nak cepat. Bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupanya tok imam, tok bilal dan orang-orang kampung yang datang nak sembahyang maghrib tengah gelakkan dia sembahyang pakai helmet. Patutlah kepala rasa berat semacam.
Terus pemuda itu lari tinggalkan surau. Tak jadi gi memancing.
Hehehe...."
 
burung cam nie bukan bijak

cuma tiru apa yang dia lihat dan dengar je :)cgrock
 
Back
Top
Log in Register