BTC USD 84,775.4 Gold USD 4,177.04
Time now: Jun 1, 12:00 AM

~ Pancing Oiii.... !!! ~

Bagaimana menjaga peralatan memancing ?

A. Sukan memancing hari ini diceburi oleh semua golongan masyarakat. Yang berpendapatan tinggi ,sederhana dan rendah semuanya ada. Cuma mungkin perbezaan ketara ialah padang pancing dan peralatan yang digunakan . Peralatan yang mahal tidak semestinya tahan lama kalau tidak ada perjagaan rapi dan yang murah belum tentu cepat rosak kalau pandai menjaganya. Samada memancing di laut atau darat, implikasi masalah tetap sama. Namun memancing air masin lebih tinggi risiko kerosakan dari memancing air tawar. Kadar oksidasi air masin mempercepatkan tindakbalas yang menghasilkan karat. Disini diberi beberapa langkah yang berkesan untuk menjaga peralatan pancing supaya dapat bertahan lama.

1. Sewaktu pulang dari aktiviti memancing, luangkan sedikit masa dengan mencuci ataupun melakukan service ringkas untuk semua peralatan yang digunakan semasa memancing. Kekili dan Joran perlu dibilas dengan air paip selepas memancing. Pastikan ‘drag’ dan geledung kekili diketatkan sebelum dibilas. Ia bertujuan mengelakkan air dari memasuki bahagian dalaman kekili. Jangan sama sekali merendam kekili dalam air semasa mencucinya. Selepas mencuci biarkan seketika hingga kering dan lapkan sekiranya terdapat lebihan air terkumpul. Gunakan WD-40 atau minyak mesin jahit untuk menyembur bahagian yang bergerak terutama pemegang, dalaman geledung dan sebagainya yang dirasakan perlu. Longgarkan ‘drag’ kekili pada tahap minimum serta pisahkan kekili dari joran sebelum menyimpannya ditempat tidak tercapai oleh anak-anak. Pemancing tidak digalakkan menyimpan joran dan kekili didalam bonet kereta terlalu lama kerana bonet yang berhabuk dan berpasir boleh memendekkan hayat kekili dan joran.
2. Untuk mata kail jangan campurkan yang telah digunakan bersama-sama yang baru. Karat akan mudah merebak pada mata kail lain terutama mata kail jenis tidak tahan karat. Asingkan dalam tempat khas sekiranya ingin digunakan lagi. Jika mata kail kurang tajam gunakan kikir halus atau kertas pasir bagi mengasahnya menjadi tajam semula. Disyorkan gunakan mata kail yang tahan karat kerana ia tahan dan boleh digunakan berulang kali.
3. Playa adalah salah satu peralatan penting dalam memancing. Jika pulang dari memancing cuci dengan air , lap dan di sembur dengan WD-40 terutama pada bahagian tengah bagi tidak ketat dan lancar pergerakkannya.
4. Tali pancing pada geledung perlu diperiksa sebelum turun memancing. Geledung perlu di jirus supaya air masin tidak terkumpul. Jangan sama sekali menarik tali yang tersangkut menggunakan joran. Joran akan mudah patah. Cara seeloknya luruskan joran dan ketatkan ‘drag’ sedikit dan kemudian tarik tali dengan menggunakan kain. Bagi pemancing tebing atau pantai, elakkan pasir atau lumpur dari memasuki kekili. Ini boleh menyebabkan kekili mudah rosak kerana bahan-bahan ini akan bertindak seperti kertas pasir yang boleh menghakis ‘gear’ dan alas bebola kekili.
5. Kekili lama yang rosak jangan dibuang kerana ia mungkin ada kegunaan seperti untuk dijadikan ‘spare parts’ kerana tidak banyak kedai pancing yang menjual barang gantian untuk kekili.

Panduan diatas dicatitkan mengikut pengalaman saya. Ramai pemancing lain mempunyai panduan menjaga peralatan pancing masing-masing supaya tahan lama. Ia nya bergantung kepada pemancing itu sendiri yang menentukan amalan perjagaan peralatan . Dibawah ini pula saya akan ‘kupas’ secara terperinci tentang peralatan yang digunakan semasa aktiviti memancing:

B. Tali – Perkara Utama yang harus dilakukan ialah memeriksa ‘tali ibu’ di kekili dengan mempastikan tali tersebut tidak luka atau keras. Pemancing diingatkan agar tali ibu itu bersesuaian dengan kekili kerana ada setengah pemancing menggunakan kekili yang kecil tetapi dipadankan dengan tali yang besar. Anggapan agar mudah menarik ikan yang besar. Sebenarnya itu satu kesilapan kerana masalah yang kerap timbul ialah;

1. Sukar membuat lontaran jauh dan tepat.
2. Tali mudah keluar dan ‘berserabut’, secara tidak langsung memaksa pemancing memotong tali bermasalah ini dan ia akan menjadi sedikit didalam kekili.
3. Tali yang keras pula akan sentiasa ‘bergulung’ dan sukar menegangkannya dan ini memaksa pemancing menggunakan batu ladung yang besar namun tanpa disedari tali tersebut sebenarnya telah reput dan mudah putus.

Nasihat kepada pemancing, apakiranya mengeluarkan sedikit modal membeli tali yang sepadan dan mempunyai kekuatan seimbang dengan kekili yang digunakan agar tidak berputih mata. Persoalan disini bilakah anda perlu menukar tali pancing? Catitkan

1. Kekerapan anda menggunakan tali itu.
2. Cara-cara anda menggunakan tali tersebut.
3. Pendedahan tali itu kepada cahaya matahari.
4. Menyimpan tali ditempat yang tidak sesuai.

Perkara yang kerap merosakkan tali pancing (kesimpulan dari masalah diatas)

1. Kekerapan tali pancing menerima tarikan yang kuat bukan saja datang dari ikan tetapi juga dari diri anda sendiri ketika tali itu tersangkut pada batu karang atau dahan-dahan kayu didalam air tempat anda memancing. Kerosakkan teruk adalah pada hujung tali ini secara tidak langsung melemahkan tali dan bahagian ini harus dipotong.
2. Tali yang pecah dan bertukar warna. Cara memeriksanya mudah dengan hanya menggunakan jari. Tali yang rosak ini boleh mengurangkan sehingga 50 % kekuatan tali asal. Oleh itu ia harus ditukar segera.
3. Pendedahan yang terlalu lama kepada cahaya matahari terutama belakang kereta boleh mengakibatkan kerosakkan kepada molekul tali tersebut. Anda boleh mengesan kerosakkan pada tali dengan melihat perubahan pada warna dan kekerasan tali. Tempat menyimpan dibawah tekanan lembab spt. terdedah kepada embun, tempias hujan serta berhampiran peti sejuk, tv. atau alat penghawa dingin turut merosakkan tali.
4. Bahagian batang pancing yang rosak terutama di ‘cincin’ joran seperti berkarat dan berkerutu adalah salah satu punca utama tali mudah rosak, luka dan mudah putus. Oleh itu seringlah mempastikan perkara-perkara diatas dapat diatasi jika tidak tali terpaksa ditukar baru.

mak aiii....panjangnya!
ko pun kaki pancing gek ke biggie..? =D>=D>=D><:-P<:-P
 
pancing awek pun masuk dlm kategori memancing gak ke?? :-? :eek:
 
saya memancing penah dapat ikan, ular.Malah pernah sekali dapat ayam.entah macam mana dia sangkut mata kail tu
 
http://images.google.com/imgres?img...ng+memancing&start=80&ndsp=20&um=1&hl=en&sa=N

14_JPG.jpg
 
PETUA – MABUK LAUT

( Samada benar atau tidak kita perlu mencuba terlebih dahulu dan jika mahu mencuba saya sarankan agar berselawat terlebih dahulu. Jika masih mabuk gunakan teknologi terkini dengan menelan pil penahan mabuk dan jika masih gagal, dinasihatkan jangan kelaut. Memancing sahaja di sungai dan tasik – anda pasti tidak mabuk)

1. Ini rasional – mengikut pakar perubatan. GINJAL dibelakang telinga memainkan fungsi penting dalam menseimbangkan tubuh badan. Digalakkan mengurut ginjal dibelakang telinga terutama bila mula merasa pening. Menggerakkan kepala ke kiri dan kanan selain melakukan senaman ringan mampu menghilangkan rasa mabuk laut.
2. Bagi nelayan, MINUM AIR LAUT dikuala mampu menahan diri daripada mabuk laut. Boleh diminum hingga ‘sendawa’ dan boleh juga sedikit sahaja kerana ini boleh menahan tekak dari merasa loya.
3. Syor nelayan dan TLDM, agar orang yang mabuk laut, TERJUN DAN MANDI LAUT tapi mesti pandai berenang. Dengan menyelam beberapa ketika badan dan kepala akan menjadi segar semula.
4. OREN SUNKIST juga berguna. Ada orang kata,limau tak boleh dibawa kelaut, takut ribut. Kita hanya perlu bawa kulit Oren Sunkist saja. Kalau boleh kunyah kulit Oren berkenaan sepanjang berada di laut. Kalau tak sanggup, kunyahlah sebelum perjalanan dan jika terasa loya semula, kita kena kunyah lagi.
5. Cuba makan KELEDEK MENTAH. Rasionalnya mudah, keledek mentah mempunyai sedikit getah yang boleh membuat mulut kita tidak rasa loya.
6. Makan PISANG KELAT. Rasionalnya sama seperti keledek. Untuk lebih mujarab, titiskan sedikit air limau sebelum memakannya.
7. Selit kan SAYUR KANGKUNG dipinggang atau poket.Pastikan ia tidak jatuh sepanjang kita memancing.
8. Tumbuk LADA HITAM yang dicampur dengan HALIA BARA, kemudian sapu diperut terutama bahagian pusat sebelum ke laut.
9. Sebelum memancing , jangan minum minuman yang BERKRIM ATAU BERSUSU. Seeloknya bawa AIR OREN sebagai minuman semasa memancing.

"SELAMAT MENCUBA & SELAMAT MEMANCING"
 
cantik pic ni....

sunset_002s.jpg
 
satu info yg bagus. tq! :D
 
Back
Top
Log in Register