BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pancing ikan, dapat ular

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Muhammad Baihaqi menunjukkan taut yang terkena pancing ular terbabit.
< 1 / 1 >
ALOR SETAR - “Saya ingat dapat ikan toman besar, bila angkat taut (sejenis peralatan menangkap ikan) rupanya ular guni buruk,” kata Muhammad Baihaqi Yaakub, 31, dari Kampung Tanjung Seri Hujung, dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari, kelmarin, Muhammad Baihaqi mengangkat taut yang diletakkan di sekitar pokok keman air di sungai belakang kediamannya untuk melihat sama ada umpan cengkeriknya membuahkan hasil.

“Ada ikan toman, ikan haruan dalam sungai. Jadi, saya cuba nasib mana tau umpan mengena. Saya letak semalaman. Keesokannya, saya cuba memeriksa hasil tangkapan diperoleh selepas balik kerja di pasar besar.

“Sebaik angkat, rasa berat seolah-olah memperoleh ikan besar. Tidak sangka, rupa-rupanya sejenis ular yang panjangnya lebih satu meter (m), manakala beratnya pula mungkin lebih kurang tiga kilogram (kg),” katanya.

Bagaimanapun, katanya, bahagian atas ular yang bersisik kasar seakan pasir, manakala corak bahagian bawah badannya seakan ular sawa telah mati dipercayai tertelan mata kail tautnya.

Katanya, dia kemudiannya cuba memeriksa bahagian mulut ular yang tersembul keluar berkenaan untuk melihat sama ada mata kail yang tertinggal.

“Selepas itu, saya terus membuangnya ke dalam sungai semula kerana haiwan terbabit sudah mengeluarkan bau busuk.” katanya.

Manakala, ibu mertuanya, Liah Taib, 64, berkata, mereka bukan sahaja terkejut dengan penemuan haiwan ini, malah agak trauma apabila menyaksikan seekor ular yang bersaiz agak besar.

Katanya, dia hanya menyaksikan dari jauh sewaktu menantunya memotong tali taut berkenaan, mujurnya ular terbabit telah mati, namun dia turut bimbang kawasan dipenuhi keman air ini menjadi sarang ular guni buruk.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/pancing-ikan-dapat-ular-1.243126
 
tahniahla makin maju berita kita ni
 
Mcm ni pn masuk suratkabo?
Budus punya wartawan..
Pemalas...
 
macam ni pun masuk paper? sinar harian ni da takda modal ke apa... aduh
 
adesss tu pun nak kuar newspaper ke? dah takde berita lain ke
 
wartawan caprut plus TT ngek... kot ular besar saiz ultra ok jugak. choiiiii
 
biasa la mancing, kekadang dapat ikan, kekadang dapat labi2, kekadang kura2, kekadang dapat belut, kekdang ular.... lumrah ler.
 
berita mcm ni pon bole layak masok paper...?? caittt...

masa kecik2 dulu, seluk ikan haruan dpt ulaq.. itam merelik.. nyesai x panggil wartawan time tu.. haha
 
Back
Top
Log in Register