BTC USD 83,509.9 Gold USD 4,114.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Panasonic and Technics move out from Malaysia

The Room

Legendary Member
gem
Messages
11,085
Top Poster #4
Joined
Feb 18, 2018
Messages
11,085
Reaction score
1,299
Points
206
Panasonic Is Closing Malaysian AVC Factory and Moving Technics Hi-Fi Production


Panasonic has announced that Panasonic AVC Networks Kuala Lumpur Malaysia will cease operations by the end of March 2027, affecting approximately 400 employees. The factory currently produces televisions, Panasonic Blu-ray Disc players and unspecified Technics branded Hi-Fi components.

This does not mean that Panasonic is abandoning Blu-ray players or that Technics is exiting the Hi-Fi market. Production is being moved elsewhere. But the closure removes another major consumer audio and video factory from Panasonic’s manufacturing network, and that matters for a company whose premium audio reputation still depends heavily on engineering consistency, build quality and control over production.

What Is Moving?

Panasonic says television production will end at the Malaysian facility, while Blu-ray Disc player production will transfer to China Hualu Panasonic AVC Networks Co., Ltd. in China by the end of September 2026.

Production of Technics branded Hi-Fi audio products will end at the Shah Alam factory by the end of February 2027 and move to another Panasonic Group operation. Panasonic has not disclosed the destination or identified which Technics products are currently manufactured at the facility.

That missing information is important. Technics currently sells turntables, integrated amplifiers, network players, wireless loudspeakers, headphones and true wireless earphones across multiple price categories. Consumers should not assume that every Technics component is affected, or that production is being outsourced to an unrelated manufacturer.

The official statement says Technics manufacturing will remain within the Panasonic Group.

Why This Matters

Panasonic has already reduced its direct involvement in television manufacturing. Earlier in 2026, the company entered a partnership with Skyworth for production of Panasonic branded televisions sold in the United States. The Malaysian closure shows that the restructuring extends beyond one regional TV agreement and reaches deeper into Panasonic’s global AVC manufacturing footprint.

Technics is the more sensitive part of the announcement.

Panasonic has spent the past decade rebuilding Technics as a premium audio brand, with direct drive turntables such as the SL-1200G, SL-1200GR2 and new SL-1500CS supported by proprietary motor control, digital amplification and extensive in-house engineering. Moving production does not automatically reduce quality, but relocating manufacturing can affect component sourcing, production capacity, delivery schedules, costs and country of origin labeling.

It can also require new tooling, worker training and quality control procedures. Panasonic has not announced any product delays, shortages, price changes or model cancellations connected to the move, so predicting those outcomes would be premature.
 
Biasalah..... Ini kan kat Negeri sg4.....mestilah salah Pas....

Ayatollah mullahh..bla..bla..bla....

🤣🤣🤣

On a serious note

Kedah, perlis ngan terengganu bnyk bawah umno. Nak salahkan Pas takleh jugak.
Kedah, perlis ngan terengganu kalau kau claim mundur, salah umno sbb umno paling lama pegang

Ikut statistik, negeri paling miskin sebenarnya Sabah
 

Kerajaan Selangor Bantu 400 Pekerja Terjejas Akibat Penutupan Kilang Panasonic​

837edfc3ee8685fe530a8c48a36619cf6a69f63d0277f

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berucap pada Program Bantuan Baucar Jom Shopping Perayaan bersempena Hari Pahlawan peringkat Negeri Selangor 2026 di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz Shah, hari ini.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kerajaan Negeri Selangor dijangka menerima maklumat terperinci berhubung nasib kira-kira 400 pekerja yang dijangka terjejas susulan penutupan operasi kilang pengeluaran televisyen oleh Panasonic AVC Networks Kuala Lumpur Malaysia Sdn Bhd (PAVCKM) di sini.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata langkah itu akan membolehkan intervensi sewajarnya dilaksanakan menerusi kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Selangor.

“Kita akan dapatkan maklumat itu daripada PERKESO dan JTK Selangor untuk melihat intervensi yang boleh dilakukan termasuk menyalurkan mereka ke kilang pembuatan atau sektor lain serta menyediakan latihan keusahawanan jika diperlukan.

“Selain itu, platform Karnival Jelajah JobCare Selangor akan dimanfaatkan bagi menawarkan peluang pekerjaan baharu,” katanya pada sidang media di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini hari ini.

Beliau berkata langkah penstrukturan semula syarikat itu menyaksikan pengeluaran televisyen dihentikan pada September ini manakala produk audio Technics-branded Hi-Fi pada akhir Februari tahun depan.

Amirudin menegaskan pihaknya komited memastikan setiap pekerja yang terlibat mendapat sokongan peralihan kerjaya serta akan membantu mengurangkan impak sosial ke atas mereka.

Panasonic Malaysia Sdn Bhd (Panasonic) menerusi kenyataan semalam mengumumkan penutupan operasi pengeluaran dua produk terlibat yang akan memberi kesan kepada 400 pekerja menjelang akhir Mac.

Sementara itu, berhubung bantahan penduduk terhadap cadangan pembinaan pusat data di Kota Damansara, Amirudin berkata pihaknya akan meneliti maklumat serta bantahan dikemukakan mengikut saluran perundangan termasuk menyemak syarat pengezonan tanah kawasan itu, sama ada dikategorikan sebagai zon industri atau kediaman sebelum sebarang keputusan akhir dibuat.

“Kita perlu melihat asas kebimbangan yang dibangkitkan dan sekiranya ia mempunyai asas yang jelas berbanding sekadar sentimen, kerajaan negeri boleh mempertimbangkan alternatif lain termasuk memindahkan tapak,” katanya.

 
414559-414559.jpg


Panasonic tutup kilang di Shah Alam Mac 2027, 400 pekerja dijangka terkesan

PANASONIC AVC Networks Kuala Lumpur Malaysia Sdn Bhd dilapor akan menghentikan operasi fasilitinya di Shah Alam menjelang Mac 2027 sebagai sebahagian langkah penstrukturan semula global bagi memperkukuh daya saing perniagaan produk audio visual untuk pengguna.

Menurut kenyataan syarikat tersebut, pengeluaran televisyen di kilang berkenaan akan dihentikan menjelang September 2026 manakala pengeluaran pemain Blu-ray Disc akan dipindahkan ke China Hualu Panasonic AVC Networks Co Ltd di China.

Pengeluaran produk audio Hi-Fi berjenama Technics di kilang Shah Alam turut akan dihentikan menjelang Februari 2027 dan dipindahkan ke satu lagi syarikat kumpulan Panasonic.

Penstrukturan semula itu dijangka memberi kesan kepada kira-kira 400 pekerja sebelum kilang terbabit menghentikan operasi sepenuhnya menjelang akhir Mac 2027.

Panasonic berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan, agensi kerajaan serta Kesatuan Pekerja Industri Elektrik bagi membantu pekerja terjejas menerusi bantuan penempatan pekerjaan dan program peralihan kerjaya.

Langkah tersebut merupakan sebahagian daripada usaha kumpulan berkenaan untuk mengoptimumkan jejak pembuatan global serta meningkatkan daya saing produk.

Bagaimanapun, Panasonic berkata, pihaknya akan meneruskan pengeluaran produk audio di Malaysia, sementara jualan serta perkhidmatan selepas jualan bagi produk televisyen dan audio akan diteruskan seperti biasa.

Tegas Panasonic, Malaysia kekal sebagai hab serantau penting bagi kumpulan itu dengan kira-kira 12,000 pekerja merangkumi operasi pembuatan, penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta fungsi korporat.

"Panasonic akan terus melabur di Malaysia bagi menyokong strategi pertumbuhannya dalam rantaian bekalan bernilai tambah tinggi, selain kekal komited untuk menyumbang kepada negara dan komuniti tempatan," katanya.
 
Back
Top
Log in Register