Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.

Lebih 30 orang pengerusi-pengerusi persatuan-persatuan penduduk di kawasan Parlimen Lembah Pantai dilaporkan telah ditanggung oleh pejabat wakil rakyat Parlimen Lembah Pantai untuk melancong secara percuma ke Incon, Korea selama 4 hari.
Ini yang telah diberitahukan oleh salah seorang pengerusi persatuan penduduk yang mahu namanya dirahsia kepada Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Wilayah Persekutuan, Md. Zaman Md. Tasi pagi tadi.
Menurut pemberi maklum tersebut, seorang kakitangan pejabat wakil rakyat yang terletak di Bangsar Baru bernama 'Ani' telah menghubungi beliau beberapa hari lalu bagi menawarkan pakej melancong tersebut dan meminta beliau dan pengerusi-pengerusi persatuan penduduk yang lain berkumpul dengan paspot masing-masing di KLIA pada 11 malam ini.
Mereka dijangkakan akan berlepas dari KLIA dengan penerbangan pukul 1.30 pagi esok.
Tambah beliau lagi pejabat Wakil Rakyat tersebut telah menempah dua lagi pakej pelancongan dari sebuah syarikat pelancongan tempatan yang sama, beralamat di Leisure Commerce Square, Jalan PJS 8/9 Petaling Jaya, Selangor ke destinasi Beijing, China dan destinasi Acheh/Medan, Indonesia.
Difahamkan kedua-dua pakej tersebut pula diperuntukan untuk pengerusi-pengerusi masjid dan surau-surau dalam parlimen Lembah Pantai.
Ini adalah sebahagian 'usaha-usaha' Datuk Seri Sharizat Abul Jalil yang juga Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga yang merupakan Wakil Rakyat kawasan dan UMNO Bahagian Lembah Pantai untuk 'membeli undi'ketua-ketua masyarakat setempat dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang.

wa nak 'berjihad' gan puteri umno....ekekkekekke
sapa nak ikut......ekkekekekkeke
amik no dulu erk.....ekekkekekkee
)
)
)

aku suka putely UMNO)


aku suka putely UMNO)