BTC USD 81,949.8 Gold USD 4,136.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pakistan's Bhutto killed in attack !!!!!

ade le bahagian untuk benazir butto tu...
ada le hikmahnye dia mati..
benazir ni, pro usa... kira bagus le dia dah takdok... hehe..
 
ganazzz betol dorang punye penangan time nak pilihanraya...
tempat kita buat bersih pon..kena hambat gak..
harap2 jgn la jadi sampai kotor cam kat pakistan ni..
 
fergh,,laju btol..aku baru jek baca kat yahoo news nih..baru post 12 minit.. dah dok ada 3 thread pages kat sini..huhuh..

papepon dah ajal..tapi dia nih dulu duk dlm buangan..sebab nak pilihanraya baru balik pakistan..balik2 terus kena bunuh..fuh..
 
suh ahmedinejad jd pemimpin 2 negara xleh ker..

kalau diorg bleh terima ler..pemimpin dari kalangan syiah...:D


..aku penah terbaca dolu2..satu artikel yg aku "rembat" dari satu laptop omputih nie...mengenai rancangan2 US ...depa mmg dah siap sumer plan...dan salah satu nyer..nakk hancurkan pakistan..kire terus ghaib dari peta dunia nie..india depa kontrol..kasi jadi maju..dari sumer segi...pas tu senang ler nak attack negeri kat nusantara nie...
 
kalau diorg bleh terima ler..pemimpin dari kalangan syiah...:D


..aku penah terbaca dolu2..satu artikel yg aku "rembat" dari satu laptop omputih nie...mengenai rancangan2 US ...depa mmg dah siap sumer plan...dan salah satu nyer..nakk hancurkan pakistan..kire terus ghaib dari peta dunia nie..india depa kontrol..kasi jadi maju..dari sumer segi...pas tu senang ler nak attack negeri kat nusantara nie...

patut la ade bollywood...
 
kt nusantara xpyh gne bom..buat jer byk2 program `pantasia` insyaallah hancur ler nusantara nie...
 
..jangan buat kesimpulan sendiri.
syurga n neraka tuh di tanganNYA.
abih tu...yg palestin meletupkan diri kat dlm kem2 tentera yahudi tuh masuk neraka la...sbb letupkan diri?...

abih tuh,...
ada ke cara terbaik?...nak idup lepas bunuh org...
bukan ke mati jugak
??? :">

Meletupkan diri ni atas pagar silap buat, jatuh pada bunuh diri. bunuh diri haram. Kes palestine bacalah ulasan yusuf Qardawi. Yang lain2 tu macam Bali ke yg pakistan ni ke.. samar2. Lepas dia tembak Benazir dia letupkan diri. ramai yang mati lepas dia letupkan diri. Yg mati akibat lepupan tu org2 yg tak bersalah. Orang Islam pulak tu. Dia dah turut membunuh org2 disekeliling yg tak bersalah.

Sedangkan dalam kisah zaman nabi. seorang sahabat tak jadi bunuh musuh islam dalam peperangan sbb org tu ludah muka dia.. kenapa??? Sbb takut dia bunuh musuh tu di sebabkan dia marah org tu ludah muka dia bukan sbb dia sdg berjihad. Betapa telitinya nak bunuh org walau dalam perang.

Dalam letupkan diri, atau letukan bom, kalau org yang terkorban tak bersalah. bukan sdg berperang mcm kes kat Bali.. macam mana
pula? Boleh ke kita bunuh org kafir sesuka hati, bukan waktu berperang?

Islam ni agama yang sejahtera, tak provokasi, tak ganas, adil, teliti dan lain2.

Fikir fikirkan lah.
 
Last edited:
dasat2...
apapun al-fatihah utk yg terkorban...
 
27 Disember, 2007 22:57 PM

Bhutto Terbunuh Dalam Serangan Berani Mati Di Rawalpindi

Oleh P. Vijian

NEW DELHI, 27 Dis (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Pakistan Benazir Bhutto dilaporkan terbunuh dalam serangan berani mati di Rawalpindi petang ini.

Laporan televisyen yang belum disahkan dari Pakistan dan India berkata Bhutto menghadiri satu perhimpunan di bandar raya ini apabila beliau terkena tembakan seorang pengebom dan cedera parah, bersama dengan 15 pekerja parti serta setiausaha politiknya.

Pemimpin itu, yang pulang ke Pakistan pada Oktober lepas selepas lama hidup dalam buangan bagi mengelak tuduhan rasuah, dikatakan baru selesai memberikan ucapan dalam perhimpunan politik di Rawalpindi apabila insiden itu berlaku.

Bhutto dan parti pimpinannya Pakistan People's Party ketika ini berkempen menjelang pilihan raya kebangsaan yang dijadualkan pada 8 Jan tahun depan.

Pada hari kepulangannya Oktober lepas, Bhutto terselamat dalam dua serangan berani mati ketika beliau sedang melakukan perjalanan dalam perarakan kereta terbuka tetapi hampir 140 orang terbunuh dalam insiden itu.

Laporan awal media di Delhi menyebut ibu kepada dua anak itu pada mulanya cedera parah tetapi kemudian disahkan meninggal dunia di hospital semasa dirawat kerana kecederaan di leher dan belakang.

-- BERNAMA

begini akhirnya kisah Benazir Bhutto,
al-fatihah...
 
Back
Top
Log in Register