BTC USD 82,932.5 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pakistan's Bhutto killed in attack !!!!!

Abu Bakar, Umar, Uthman....................... pon mati kena bunuh jugak kalau tak silap.................................

tinggal Abu Bakar Ellah jer yg masih ada
:))



BENAZIR BHUTTO mengikut jejak bapanya untuk menceburi politik dan kedua-duanya terkorban kerananya. Bapanya, Zulfikar Ali Bhutto, Perdana Menteri Pakistan pada awal 1970-an, dihukum mati di tali gantung pada 1979, manakala Benazir terbunuh dalam serangan pengebom bunuh diri, semalam.

Dua saudara kandungnya – Murtaza dan Shahnawaz – juga mati akibat keganasan. Seperti keluarga Nehru-Gandhi di India, keluarga Bhutto di Pakistan juga terkenal dengan wangsa politiknya.



Dilahirkan pada 1953 di wilayah Sindh dan mendapatkan pendidikan di Universiti Harvard dan Oxford, Benazir mewarisi kepercayaan rakyat yang banyak dipupuk oleh bapanya.

Walaupun pada mulanya Benazir berasa berat hati untuk memasuki politik, beliau muncul dua kali sebagai perdana menteri dengan penggal pertama dari 1988 hingga 1990 dan kedua dari 1993 hingga 1996.

Dalam kedua-dua penggal beliau dipecat oleh presiden atas dakwaan terbabit dengan rasuah. Kerjaya politik Benazir banyak mengalami tempoh turun dan naik.




p/s.....fuh seram betul nak jadi PM kat sana
 

hehe.. biarkan dia release tensen dia sampai aidiladha tahun depan.. :eek: :eek: :eek:

Alahai... tensen sampai camtu skali...:)) :)) :))
jangan terbawak2 dekat public sudah:)) :)) :eek: :eek:
 
Inalillah,
Tak per lah, dia dah patut dok umah patutnya, wat apalah
berebut nak jadi PM lagi.
Apa-apa pun dah ajal dia, nak kata apa.
 
baik die dok diam jerk,kan dah kena tembak & terus meninggal dunia.al fatihah
 
ada dalam TV3 tadi.. huhuhu kesian nyer...
 
senasib cam arwah bapak die mati sbb politik gak
 
Biasa la tu kat Pakisatan sana. Islam sesama Islam berbunuh-bunuhan. Dari seratus juta lebih rakyat Pakisatan, 99% adalah Islam pengikut Ahli Sunnah Wal-Jamaah sama macam kita orang Islam kat Malaysia jugak. Tapi diorang tak pernah bersatu sejak Pakistan merdeka dari British. Biasa la tu kat sana bunuh-membunuh kerana politik. Lepas ni Nawaz Sharif pulak kena tembak, tak pun Mohammedin Mouri PM Pakisatan sekarang. Tak pun si Pervez Musharraf kena tembak. Sblm ni masa keadaan kat Pakistan masih tegang dan kacau bilau, si Musharraf ni sempat lagi pegi buat umrah. Patutnya settlekanlah dulu masalah kacau-bilau kat negara dia. Kan itu lagi utama. Ini dia syok je pegi buat umrah masa rakyat tengah sengsara. Teruk betul Pakistan. Inilah akibatnya kalau kuasa tentera dicampur aduk dlm politik negara.
 
Back
Top
Log in Register