Viere
CG Top Poster Club

- Messages
- 26,579
- Joined
- Aug 8, 2008
- Messages
- 26,579
- Reaction score
- 179
- Points
- 123
ESHAWAR 29 Mac – Pakistan, hari ini memecat seorang doktor kerajaan yang direkrut oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA) untuk membantu menjejaki ketua rangkaian al-Qaeda, Osama bin Laden.
Pakar bedah, Shakeel Afridi dipecat kerana melanggar disiplin oleh kerajaan wilayah Khyber Pakhtunkhwa, barat laut negara ini, di mana Osama ditembak mati pada Mei lalu dalam satu operasi sulit komando Amerika Syarikat (AS) yang memalukan Pakistan.
“Kerajaan Khyber Pakhtunkhwa mengeluarkan notis pemecatan kepada Dr. Shakeel Afridi,” kata setiausaha kesihatan wilayah, Ashfaq Khan.
Kerajaan sudah pun memecat 17 lagi petugas perubatan terdiri daripada seorang doktor wanita, seorang penolong penyelaras dan 15 pekerja kesihatan wanita yang terlibat dalam program vaksinasi palsu yang diatur oleh CIA dalam usaha untuk mengesahkan kehadiran Osama di bandar Abbottabad, katanya.