BTC USD 61,879.1 Gold USD 4,406.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pakistan haramkan TikTok

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,370
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,370
Reaction score
5,557
Points
721
ISLAMABAD: Pakistan semalam mengharamkan aplikasi popular, TikTok, dalam usaha membanteras kandungan tidak bermoral.

TikTok yang dimiliki syarikat dari China mempunyai ramai pengikut daripada golongan muda di negara ini.

Ada pengguna di negara ini juga sudah menjadi bintang TikTok dengan 10 juta pengikut seperti Jannat Mirza.

Sebelum ini, pihak berkuasa sudah mengharamkan aplikasi janji temu seperti Tinder dan Grindr.

Selain itu, kerajaan mengancam untuk menutup YouTube.

Pihak Berkuasa Telekomunikasi Pakistan mendakwa TikTok gagal untuk mematuhi dua amarannya bagi menyekat kandungan yang tidak bermoral dan lucah.

"Aplikasi itu gagal sepenuhnya mematuhi arahan, oleh itu, arahan dikeluarkan untuk menyekat aplikasi TikTok di negara ini", kata PTA dalam satu kenyataan.

Rakyat Pakistan tidak dapat mengakses aplikasi itu pada Jumaat malam.

Penasihat media digital Perdana Menteri Imran Khan, Arslan Khalid, sebelumnya mendakwa 'eksploitasi, objektifisasi & seksualisasi gadis-gadis muda di TikTok' menyebabkan sakit kepada ibu bapa.

Awal minggu ini, Mirza menjadi yang pertama di Pakistan mencapai 10 juta pengikut, dengan klip bibir dan gerakan perlahan antara kandungannya.

"TikTok adalah sumber hiburan utama bagi rakyat Pakistan kelas bawah dan menengah, serta warga negara buta huruf yang merangkumi separuh populasi kerana berdasarkan video dan mudah digunakan," kata Usama Khilji, seorang aktivis hak digital, yang mengatakan larangan itu melanggar undang-undang kebebasan bersuara. - AFP

 


Fatwa mufti
1602392518896.jpeg

1602392533802.jpeg


mohon kerajaan Malaysia ikut hukum agama spt kata2 mufti
 
Last edited:
HUKUM LIHAT PEREMPUAN MENARI DALAM APLIKASI TIK-TOK

SOALAN :
Akhir-akhir ini timbul kegemaran anak-anak muda terutama yang perempuan merakamkan diri sendiri dalam aplikasi tik-tok yang mana tanpa rasa malu menari dalam keadaan berpakaian seksi atau mendedahkan aurat dengan gaya yang jijik dan dikongsikan rakaman tersebut di dalam grup washap dan lain-lain media sosial.
Apakah hukumnya kita melihat rakaman tersebut atau kita kongsikan pula kepada rakan-rakan?


JAWAPAN :
Hukum melihat perlakuan tidak senonoh dan jijik seperti itu adalah haram dan haram pula dikongsikan di dalam media sosial atau lainnya.
Perempuan-perempuan yang terlibat dengan perbuatan seperti ini telah dirasuk oleh syaitan bertujuan menyesatkannya dari jalan yang benar.
Kerana itulah dikatakan kaum perempuan itu sentiasa didampingi oleh syaitan samada dari hadapannya atau dari belakangnya.


Telah diriwayatkan dari Jabir bin Abdullah r.a. Nabi saw telah bersabda :
إِنَّ الْمَرْأَةَ تُقْبِلُ فِي صُورَةِ شَيْطَانٍ ، وَتُدْبِرُ فِي صُورَةِ شَيْطَانٍ
Artinya : “Sungguhnya perempuan itu berhadap ia pada rupa syaitan dan berpaling ia pada rupa syaitan.” (Hadith Imam Muslim)
Berkata Imam Nawawi :
معناه الإشارة إلى الهوى والدعاء إلى الفتنة بها لما جعله الله تعالى في نفوس الرجال من الميل إلى النساء والالتذاذ بنظرهن وما يتعلق بهن فهي شبيهة بالشيطان في دعائه إلى الشر بوسوسته وتزيينه له ويستنبط من هذا أنه ينبغي لها أن لا تخرج بين الرجال إلا لضرورة وأنه ينبغي للرجل الغض عن ثيابها والإعراض عنها مطلقا
Artinya : “Makna hadith ini ialah mengisyaratkan kepada bahawa hawa nafsu dan seruan kepada fitnah dengan sebab perempuan itu ketika Allah menjadikannya pada segala nafsu lelaki rasa ingin kepada perempuan dan bersedap-sedap dengan melihatnya dan barang yang berkait dengan kaum perempuan yaitulah diserupakan dengan syaitan pada seruannya kepada kejahatan dengan mewas-waskannya dan menghiasinya bagi lelaki. Dan diambil daripada inilah sungguhnya sayugia bagi perempuan itu tidak menonjolkan diri di hadapan lelaki melainkan kerana darurah. Dan sepatutnya kaum lelaki memejamkan mata dari melihatnya dan berpaling darinya secara mutlak.” (Kitab Syarah Muslim)
Dan tersebut pada kitab Al-Mufhim Syarah Hadith Muslim :
وقوله : (( إن المرأة تقبل في صورة شيطان )) ؛ أي : في صفته من الوسوسة ، والتحريك للشهوة ؛ بما يبدو منها من المحاسن المثيرة للشهوة النفسية ، والميل الطبيعي ، وبذلك تدعو إلى الفتنة التي هي أعظم من فتنة الشيطان
Artinya : “Dan sabda Nabi saw : Sungguhnya perempuan itu berhadap ia pada rupa syaitan dan berpaling ia pada rupa syaitan itu maksudnya ialah sifat perempuan itu yang memberi was-was dan pergerakkannya bagi merangsang syahwat dengan barang yang nyata daripadanya dari segala keelokan yang membangkitkan nafsu syahwat dan menjadikan tabiat cenderung kepadanya. Dan dengan sebab yang demikian itu ia menyeru kepada fitnah yang merupakan salah satu fitnah syaitan yang terbesar.”
Rasulullah saw telah bersabda :
ما ترَكْتُ بعدي فتنةً أضَرَّ على الرِّجالِ مِن النِّساءِ
Artinya : “Tiada aku tinggalkan selepasku fitnah yang paling memudaratkan atas kaum lelaki yaitu perempuan.” (Sahih Ibnu Hibban daripada Usamah bin Zaid r.a.)
Kesimpulannya perbuatan merakamkan kelakuan menari dalam keadaan seksi atau mendedahkan aurat seperti itu kemudian ditunjukkan pula kepada umum samada menggunakan aplikasi tik-tok atau lainnya adalah haram dan sekelian yang melihatnya adalah berdosa begitu juga haram dikongsikan dengan orang lain dan selama mana rakaman tersebut dilihat orang maka berjalan dosa setiap saat ke atas pelakunya dan dan ke atas orang yang menyebarkannya.
Sebaiknya berhenti dari tindakan yang merugikan seperti ini dan sungguhnya Allah itu maha penerima taubat.
wallahua’lam
ustaz azhar idrus.




.............
 
Pakistan sekat TikTok

PESHWAR, PAKISTAN: Pakistan menyekat aplikasi perkongsian video TikTok untuk kali kedua selepas mahkamah mengarahkan platform itu ditutup kerana kandungan tidak beretika dan bermoral.

Aplikasi milik China yang popular dalam kalangan anak muda Pakistan itu disekat tahun lalu atas alasan yang sama oleh agensi telekomunikasi negara itu.

"Lembaga Telekomunikasi Pakistan (PTA) mengeluarkan arahan kepada penyedia perkhidmatan untuk segera menyekat akses aplikasi TikTok," menurut agensi itu berikutan perintah mahkamah.

Sebelum ini, aplikasi itu dipersalahkan oleh seorang Penasihat Perdana Menteri, Imran Khan kerana mempromosikan eksploitasi dan seksualisasi wanita muda.

Peguam, Sara Ali Khan berkata, Mahkamah Tinggi Peshawar memerintahkan aplikasi itu dihentikan segera kerana video bertentangan dengan standard etika dan nilai moral Pakistan.

Aplikasi ini tidak dapat diakses di Pakistan bermula semalam.

Sementara itu, TikTok mengatakan ia mempunyai perlindungan yang kuat untuk menjaga kandungan yang tidak sesuai daripada platform berkenaan.

Penyokong kebebasan bersuara sekian lama mengkritik penapisan dan kawalan pemerintah ke atas internet dan media cetak serta elektronik Pakistan.

Tahun lalu kerajaan Pakistan meminta YouTube untuk segera menyekat semua video yang dianggap mendapat bantahan untuk diakses di negara itu dan ia dikritik oleh pejuang hak asasi.

Amerika Syarikat (AS) menuduh TikTok berisiko untuk keselamatan negara, tetapi di Pakistan selaku sekutu rapat China, tiada kebimbangan privasi yang ditimbulkan.

India pula sudah melarang aplikasi itu bersama dengan puluhan platform mudah alih China yang lain. - AFP
 
Back
Top
Log in Register